Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 19, 2025 @ 5:06pm

Memang Legend! M. Nasir Cetus Sejarah, Cipta Raya ‘Konsert Spin Off Lagu Raya’ Pertama Dianjurkan Di Malaysia

Penyanyi lagenda, Datuk  M. Nasir bukan sekadar nama, tetapi satu figura hebat dalam bidangnya terutamanya dalam menghasilkan karya berkualiti yang kekal relevan sepanjang zaman.

Lagu-lagu ciptaannya sama ada bergenre balada, pop, rock, komersial, patriotik, mahupun lagu raya, pasti mendapat sentuhan magis sehinggakan menjadi antara lagu kegemaran peminat.

Lebih mengujakan, pemilik nama sebenar Mohamad Nasir Mohamed Sam, 67, ini bakal tampil dengan sebuah konsert berskala besar yang belum pernah dianjurkan sepanjang karier seninya.

Cipta Raya merupakan konsert yang bertemakan lagu-lagu raya dan akan dianjurkan oleh Icon Entertainment pada 13 April 2025 di Zepp KL.

Seperti namanya, Cipta Raya akan dipenuhi dengan seleksi lagu-lagu raya popular dan konsert ini merupakan spin-off yang dihasilkan oleh Icon Entertainment sebagai bukti bahawa semua genre muzik, termasuk lagu raya, boleh diraikan dalam skala konsert besar.

“Cipta Raya merupakan kesinambungan daripada Konsert Cipta 2 M. Nasir, yang diakhiri dengan lagu raya Satu Hari Di Hari Raya dan mendapat sambutan luar biasa sehingga tular selama berminggu-minggu pada tahun lalu.

“Dari situ, tercetus idea untuk Icon Entertainment menganjurkan konsert spin-off—sesuatu yang kebiasaannya dilakukan dalam dunia perfileman.

“Melihat kepada sambutan luar biasa serta koleksi lagu raya M. Nasir, sama ada yang dinyanyikan sendiri atau dicipta untuk penyanyi lain, kami berfikir—mengapa tidak menganjurkan Cipta Raya? Lebih istimewa, konsert ini diadakan dalam bulan Syawal sebagai satu keraian Aidilfitri,” kata Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang.

Menurut Iman Tang, konsert ini akan menampilkan kira-kira 20 buah lagu, dengan 17 daripadanya bertemakan hari raya.

“Cipta Raya bukan sekadar menghimpunkan lagu-lagu popular M. Nasir, tetapi akan menampilkan pelbagai lagu raya hasil karyanya serta lagu raya nyanyian artis lain yang menjadi kegemarannya.

“Apakah lagu-lagu raya pilihan M. Nasir yang bakal berkumandang di Cipta Raya pada 13 April 2025? Nantikan kejutan istimewa!” tambahnya.

Idea dan konsep unik yang diketengahkan oleh Icon Entertainment ternyata mendapat sokongan penuh daripada M. Nasir sendiri.

Sebagai seorang legenda yang telah lama mencipta nama dalam industri muzik dan sering terlibat dalam pelbagai persembahan serta konsert, Cipta Raya pastinya memiliki keistimewaannya yang tersendiri.

Menariknya, setiap pembelian tiket bukan sahaja memberikan akses ke konsert, tetapi juga peluang untuk menikmati hidangan raya sebelum acara bermula seolah-olah menghadiri Rumah Terbuka khas buat peminat M. Nasir! Satu pengalaman eksklusif untuk menyanyi bersama-sama Dato’ dalam suasana penuh kemeriahan.

“Cipta Raya adalah konsert yang cukup istimewa dan harus diraikan seperti Hari Raya, hari kemenangan kita semua,” ujar M. Nasir.

  • Tiket kategori seperti berikut:

Sate dan kuah kacang (seating) – RM 588

Rendang dan Ketupat (standing) – RM 258

Lontong dan Kuah Kacang – RM 388

Lemang dan Serunding – RM 588

VIP Box – RM 10,000

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 31 Dec 2019

“Saya Lebih Suka Berterus Terang…” – Ruhainies

Pelakon jelita, Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas bersyukur kerana masih mendapat tawaran lakonan walaupun sejak akhir-akhir ini kisah cintanya  dengan seorang ahli perniagaan yang digelar ‘Mr. E’ sering di beri perhatian […]

Hiburan Mon, 22 Aug 2022
Acara Tue, 6 Sep 2022
Hiburan Mon, 9 Jun 2025

Ibu Fattah Amin Puji Amira Othman Cantik

Amira Othman sempat mengusik ibu Fattah Amin

Trending Thu, 17 Jan 2019

令人难以置信!你绝不会相信它们居然「完全未经 PS 修图」

数位编辑工具几乎已成万能的修图大神,但是有时候最惊人的影像,却是来自于未经 Photoshop 修改过的照片!

Fab Foodies! Fri, 25 May 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda

Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jangan sampai bawang putih hangus).

Trending Mon, 29 Oct 2018

#UPDATE; Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kapten JT 610

Juruterbang itu juga dikatakan mendapatkan lesen penerbangan daripada Bel-Air International, sebuah sekolah penerbangan di San Carlos, California, Amerika Syarikat bermula dari 2007 hingga 2009.

Hiburan Wed, 6 Mar 2019

Freda Liu Embraces Girl Power in Her Fifth Book ‘In Your Skin’

For all the women out there to become stronger than ever!

error: Content is protected !!