Euforia Bola 2026
Fab Foodies! By: SGMS Faida May 25, 2018 @ 5:41am

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda

Cuba intai dalam peti ais korang tu, ada ayam tak? Ahaaaaa, kalau ada, bawa keluar dan rendam sekarang! Chef Imelda Harris nak kongsi resepi yang cukup ringkas dan mengenyangkan perut seisi keluarga. Ayam Masak Halia, Bau memikat rasa, selera mengikat perut! Cubalah…

Gambar sekadar hiasan

Bahan-bahan Ayam Masak Halia

– 500 gram ayam, potong kecil
– 4 ulas bawang putih, hiris nipis
– 2 cm halia, dihiris halus memanjang
– 1 sudu besar kicap cair
– 1 sudu besar sos tiram
– 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
– 1 biji cili merah, hiris nipis
– 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
– 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
– minyak masak, untuk goreng ayam
– sedikit lada sulah atau lada hitam
– sedikit garam dan kunyit
– garam dan gula, secukup rasa

Cara-cara memasak;

1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. 
3. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jangan sampai bawang putih hangus).
5. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
6. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.

Selamat Menjamu Selera!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Tue, 3 Dec 2019

5 Tips Untuk Ibu Hamil Hadapi Banjir

Encik suami sila ambil perhatian dengan tips yang dikongsikan ini

Hiburan Mon, 15 Jul 2019

Betul Ke Rihana Oksana Cerai Talak Tiga?

Media Moscow melaporkan perkahwinan Rihana bergolak pada 24 Januari lalu. Bagaimanapun bapa Rihana, Andrey Gorbatenko menafikan dakwaan tersebut.

Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Selepas Usher, Yuna Kini Bakal Berduet Bersama Zedd!

Zedd merupakan pengarah muzik yang terkenal dari Rusia. Yuna telah menyatakan hasratnya untuk berkolaborasi dengannya.

Events Sun, 9 Feb 2020
Hiburan Thu, 30 Aug 2018

Tarian ‘Jeng Jeng Jeng’ Jadi Bahan Gelak, Ini Respon Penari…

Ia mungkin menjadi ‘salam perkenalan’ saya untuk melangkah masuk menjadi pelakon. Saya memang minat untuk serius dalam bidang lakonan.

Featured Wed, 25 Jan 2023
Fab Foodies! Wed, 5 Dec 2018
Fab Foodies! Tue, 2 Oct 2018

Berbau Tapi Bagus Untuk Kesihatan, Jom Makan Petai?

Petai yang berbau tetapi diamalkan sebagai ulam kerana banyak khasiat. Antara yang dikongsikan untuk anda

error: Content is protected !!