Euforia Bola 2026
Acara By: Fatin Nurain September 6, 2022 @ 2:49pm

New Hope Club Kembali Ubat Kerinduan Peminat Di Malaysia

Kumpulan British New Hope Club kembali mengubati kerinduan peminat mereka di Malaysia selepas mengadakan showcase pertama di Sunway Pyramid, 30 Ogos lalu.

Kali terakhir berada di Kuala Lumpur pada tahun 2018, kumpulan yang dianggotai oleh Reece Bibby, Blake Richardson, dan George Smith itu berjaya memukau sebanyak 2,000 peminat mereka ketika konsert berlangsung.

Menurut Reece, mereka sangat terpaku dan teruja melihat sambutan yang diterima daripada peminat di sini biarpun sudah empat tahun tidak berkunjung ke Malaysia.

“Tenaga mereka dan mendengar mereka menyanyi setiap bait lirik lagu kami membuat jelajah kami merentas Asia Tenggara menjadi satu detik indah sambil mengenang perjalanan kami sebagai sebuah kumpulan muzik.

“Dapat bertemu mereka secara langsung ataupun melihat karya mereka di media sosial sejujurnya adalah pembakar semangat kami untuk terus berkarya sebagai satu kumpulan.

“Kami benar-benar ingin melihat konsert kami habis tiket jualan di Malaysia satu hari nanti,” katanya.

Sementara itu, George turut menyatakan mereka juga merancang untuk membuat konsert yang lebih besar di Malaysia di masa akan datang.

“Sudah tentu suatu hari nanti kami ingin kembali ke Malaysia untuk mengadakan konsert yang lebih besar dan berharap semua peminat dapat datang dan bernyanyi bersama.

“Mungkin juga ketika itu kami sudah keluarkan album dan kami dapat persembahkan kepada semua peminat yang hadir,” katanya.

Perkongsian tersebut telah dikongsikan oleh mereka ketika ditemubual di sesi sidang media, baru-baru ini.

Mereka juga menzahirkan ucapan terima kasih atas sokongan yang diberikan selepas sekian lama tidak datang ke Malaysia untuk membuat persembahan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@tontonmy)

“Kami berasa sangat gembira apabila dapat kembali ke sini selepas sekian lama tidak membuat persembahan. Terima kasih atas sokongan yang diberikan,” kata Blake.

Kumpulan yang terkenal dengan lagu “Know Me Too Well” bersama Danna Paola itu juga dianugerahkan sebuah plak Platinum oleh Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim sebagai lambang lagu mereka yang berjaya meraih rekod platinum di Malaysia.

Selain New Hope Club, showcase tersebut turut diserikan dengan persembahan oleh kumpulan Insomniacks sebagai membuka acara konsert tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 14 Oct 2025

Antara Cinta, Agama & Restu, ‘Jika Itu Salahku’ Pertemukan Sophia Albarakbah dan Alvin Chong

Drama 13 episod bakal menemui penonton mulai 17 Oktober ini, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9 malam

Hiburan Tue, 3 Dec 2019
Featured Fri, 24 Feb 2023
Hiburan Sat, 14 Sep 2019

Rumah Tangga Lufya, Suami Goyah?

Kita doakan yang terbaik untuk Lufya & suami…

Hiburan Fri, 28 Feb 2020

[VIRAL] “Lelaki Dalam Video Lucah Itu Bukan Saya Tapi….” – Ammar Alfian

Semoga dengan penjelasan ini dapat meredakan kontroversi yang melibatkan Ammar ini.

Featured Sat, 27 Jul 2024
error: Content is protected !!