Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 27, 2024 @ 7:12pm

Aliff Aziz Titip Ucapan Hari Lahir Buat Ruhainies – “Semoga Allah Membalas Setiap Kebaikan Yang Awak Lakukan”

Pelakon dan penyanyi sensasi Aliff Aziz mengambil peluang menitipkan ucapan sempena ulang tahun aktres, Ruhainies.

Menerusi hantaran di ruangan Instagram miliknya sebentar tadi, dia mendoakan agar Ruhainies sentiasa dilimpahkan dengan kebaikan.

“Selamat ulang tahun buat awak. Semoga dirahmati dengan kegembiraan pada hari istimewa ini. Semoga tahun-tahun mendatang lebih baik,” titipnya.

Dalam pada itu, Aliff turut memuat naik foto mereka berdua ketika sama-sama terlibat dalam  penggambaran drama.

Bukan itu sahaja, ayah kepada dua orang cahaya mata ini juga kelihatan memohon maaf atas kontroversi yang menimpa mereka berdua.

“Semoga Allah membalas segala kebaikan awak. Maafkan saya dan kami semua atas kekurangan yang berlaku,” katanya.

Terdahulu, nama Aliff dan Ruhainies menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen selepas ditangkap khalwat pada 9 Mac lalu di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota.

Namun, kedua-dua selebriti ini mengaku tidak bersalah ketika sebutan kes berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur pada 3 Julai lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Mar 2026
Hiburan Mon, 5 Jan 2026
Trending Mon, 29 Oct 2018

Experts Say Playtime is Very Important for Children

We need to let kids play more often.

Hiburan Wed, 11 Apr 2018

Apa Pula Sajat Buat Kali Ni?

Wow! kalau nak tahu, dalam episod kali ini juga, Sajat turut meniru gaya-gaya photoshoot Penyanyi kumpulan wanita paling popular di Korea iaitu Girl Generation tau! 

Trending Mon, 13 Nov 2023
Hiburan Thu, 11 Apr 2019

Thalia Rasul Bakal Bercerai Kali Kedua

Jujurnya, hubungan kami masih berjalan seperti biasa namun mungkin saya perlu terima ketetapan bahawa kami lebih sesuai menjadi sahabat. Kami berpisah secara baik. 

error: Content is protected !!