Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 30, 2024 @ 4:40pm

Nafi Jalin Hubungan Dengan Syazwan Zulkifly, Fify Azmi Lebih Berhati-Hati Dalam Soal Cinta – “Saya Tak Pernah Tutup Pintu Hati”

“Kami pernah rapat, tapi tak lebih daripada tu,” demikian kata aktres Fify Azmi ketika menjawab dakwaan dirinya pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Syazwan Zulkifly.

Menurut Fify, dia juga sudah tidak mengikuti laman media sosial pelakon drama 7 Hari Mencintaiku demi menghormati status aktor itu yang dikatakan sudah berpunya.

“Kami tak bergaduh cuma saya tak boleh dengan orang yang sudah berpunya. Saya dan dia pernah rapat sekitar Ogos 2023. Jadi saya unfollow dia di media sosial. Tapi kami masih berkawan dan lepak bersama,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Fify ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Padu The Movie yang diadakan di Dadi Cinema Pavilion Kuala Lumpur, malam tadi.

Pada Jun 2022, Fify pernah dirisik oleh keluarga aktor Nafiez Zaidi selepas dua tahun menjalin hubungan cinta sejak Disember 2021.

Namun, kisah cinta mereka dikhabarkan sudah berakhir sekitar April 2023 kerana tiada persefahaman.

Ditanyakan sama ada dirinya sudah serik bercinta, Fify menyatakan dia tidak pernah menutup pintu hati sebaliknya mahu lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup.

“Saya tak pernah tutup pintu hati cuma saya tiada masa fikir fasal bercinta. Lepas ini, saya akan periksa latar belakang lelaki itu, sebelum ini saya bukan yang macam itu sebab bekas kekasih saya semua orang baik.

“Kalau ada jodoh adalah, saya tak ada masa dan tak fikir mengenainya,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Fify bakal muncul menerusi filem biopik, Padu The Movie yang mengangkat kisah benar dari pengalaman atlet pasukan Bola Keranjang Wanita Negara.

Menerusi filem arahan Faisal Ishak itu, Fify telah menjayakan watak sebagai Kapten Izzati yang mengetengahkan peristiwa peting Pasukan Harimau Malaysia dalam Sukan Sea 2013 di Myanmar, Sukan SEABA 2014 di Semarang, Indonesia, dan Sukan SEA 2015 di Singapura.

Selain Fify, filem itu juga turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Jojo (Naib Kapten Mulan), Thanuja (Center Kalai) dan Mei Fan (Jurulatih Yoong).

Orang ramai boleh menonton filem Padu The Movie di pawagam pada 6 Jun ini.

Artikel Berkaitan: Rungkai Kisah Benar Pasukan Bola Keranjang Wanita Malaysia, Padu The Movie Bakal Ditayangkan Di Pawagam 6 Jun Ini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 25 Aug 2018

Pasangan Ini Sering Lakukan Hubungan Seks Namun Belum Dikurniakan Anak, Pendedahan Si Isteri Pasti Buatkan Anda Terkejut!

Empat tahun berkahwin tapi suami atau isteri tidak tahu bagaimana untuk hamil. Pasangan yang kurang pengetahuan tentang pengetahuan umum ini sangat jarang berlaku.

Selebriti Sun, 3 Sep 2023
Trending Sat, 24 Mar 2018

Misteri Hilang Semalaman Terjawab!

Menurut ibu mangsa, Noorliah Kasbulah, 48, dia dimaklumkan oleh rakan anaknya yang menemui kereta milik Muhammad Hafiz berhampiran restoran di Bandar Baru Klang kira-kira 2 petang, semalam.

Hiburan Mon, 18 Dec 2023

Lagu Hasrat ‘Point Of View’ Arwah Bapa, Air Mata Amir Jahari Tumpah Selepas Diumum Layak Ke AJL38

Min pun mengalirkan air mata bila Amir nyanyi lagu Hasrat ni🥹😭

Hiburan Wed, 15 Nov 2023
Hiburan Thu, 13 Apr 2023
Trending Tue, 26 Nov 2019

Malaysia Went Amok When 5-Starred “Jalur Gemilang” Went Viral On The Internet

This shouldn’t be how our country should be represented.

Hiburan Fri, 22 Feb 2019
Hiburan Mon, 17 Sep 2018

Munafik 2 Kutip RM 40 Juta, Syamsul Yusof Terus Demam Terkejut?

Pengarah berbakat besar ini bersyukur dan berharap mesej filem ini sampai dan menjadi inspirasi kepada pendakwah di luar sana. Alhamdulillah…

error: Content is protected !!