Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi February 18, 2023 @ 3:21pm

Naim Daniel Kesal Ramai Tonton Drama Secara Haram – “Hargai Seni Bukan Rog*l Seni”

Penyanyi dan pelakon meluahkan rasa kesal apabila drama lakonannya ditayangkan secara haram menerusi sebuah platform media sosial, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Naim memuat naik satu tangkap layar yang memaparkan sebuah siaran haram yang menyiarkan drama lakonannya itu.

Naim memberitahu seluruh tenaga produksi bekerja keras demi menghasilkan sebuah karya yang bagus namun kudrat mereka seolah-olah dilacurkan seperti begini.

“Siang malam; Kami seluruh tenaga produksi bersengkang mata, memperjudikan kudrat dari terbit matahari, hingga ke terbitnya matahari satu lagi. Yang namanya dilakukan buat seni, dibalas dengan ini.

“Ada yang gadai masa dengan anak bini, yang dah lama hilang masa dengan keluarga yang dicintai. Yang bikin atas dasar mencari rezeki. Dicemari dengan cara sebegini.

“Yang lebam-luka satu badan, yang cedera semasa penggambaran, yang hilang selera makan. Diduga oleh pihak yang hilang malu dan ihsan.

“Yang bermati-matian buat persiapan, bukan makan hari tapi berbulan. Dilacur-murahkan bagai semuanya satu mainan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Naim turut berharap kepada pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut mendapat ketenangan biarpun melakukan kesalahan.

“Harap kepada tukang sebar, tukang tonton, tukang bayar, tukang beli secara haram. Selamat dan lenalah buat kalian, siang dan juga malam,” tutupnya.

Lebih mengejutkan, siaran haram tersebut sudah mencecah lebih 6,000 pelanggan serta menyiarkan episod terbaru drama berkenaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 5 Nov 2019
Featured Wed, 21 Aug 2019
Hiburan Thu, 16 Mar 2023
Hiburan Thu, 20 Sep 2018

Bapa Syafiq Kyle Pengsan Di Majlis Ramah Mesra

Turut berada di tempat kejadian, ibu Syafiq, Rohaya Sulaiman, 55, dan ahli keluarganya.

Filem Tue, 16 Aug 2022

Maya Karin Idam Jayakan Watak Mahsuri, Mahu Syamsul Yusof Jadi Pengarah… Ini Respons Empunya Diri

Wahh mesti best kalau filem Mahsuri bawah arahan Syamsul Yusof kan? Maya Karin pulak tu bawa watak Mahsuri.

Featured Thu, 21 Sep 2023
Featured Fri, 9 Sep 2022

Netizen Dakwa Video Tular Dedah Wajah Bilal, Ini Respons Neelofa

Pelanduk dua serupa kot ni? Hihi ☺️ Ramai tak sabar nak tengok muka comel Bilal kannn 🤪

error: Content is protected !!