Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops July 9, 2019 @ 12:00pm

10 petanda hubungan anda dengan pasangan semakin renggang

Berada di dalam hubungan yang sudah lama terjalin boleh mendatangkan banyak faedah kepada individu yang terlibat.

Tetapi bukan semua pasangan cukup bertuah. Perasaan sayang mereka lama-kelamaan boleh menjadi pudar dan memang mencabar bagi mereka untuk cuba kukuhkan hubungan yang telah dibina.

Jika anda rasa yang hubungan anda dan pasangan semakin renggang, ada beberapa petanda yang membuktikannya, menurut Insider.

1. Anda memilih untuk kongsi berita penting dengan orang lain

Biasanya orang pertama yang anda akan kongsikan bersama kisah menarik atau berita penting, seperti kenaikan pangkat atau kematian ahli keluarga, ialah pasangan anda sendiri.

Jika anda perasan dia bukanlah orang pertama untuk diberitahu, maknanya ada orang yang lagi penting dalam hidup anda.

2. Anda tidak lagi ingin luangkan waktu ‘free’ anda dengan pasangan

Seronoknya apabila anda memohon cuti sehari! Ini bermakna anda berpeluang untuk menghabiskan masa lebih dengan pasangan anda.

Sesetengah orang memilih untuk keluar berjalan dengan kawan ataupun secara berseorangan. Tetapi jika anda tiada keinginan langsung untuk berjumpa dengan pasangan anda, mungkin ruangnya di dalam hidup anda sudah tiada.

Sepatutnya bersama dialah yang anda patut pergi bercuti, bukannya lari daripadanya.

Foto: The Nest

3. Keinginan untuk hidup bersamanya hingga ke hari tua berkurangan

Anda hanya akan mengahwini seseorang itu jika anda dapatkan bayangkan masa hadapan anda bersama.

Apabila pasangan anda tidak lagi wujud dalam imaginasi anda tadi, maknanya anda dan dia tidak lagi rapat.

Satu lagi tanda anda berdua semakin renggang ialah apabila anda ingin membuat pelaburan terhadap masa hadapan tetapi rasa tidak selesa jika pasangan anda turut terlibat dalam perancangan ini.

4. Tiada sentuhan fizikal di antara anda berdua

Keintiman dengan pasangan tidak semestinya melibatkan seks. Ia juga boleh merujuk kepada sentuhan biasa seperti perbuatan berpegangan tangan atau mengurut kaki.

Jika anda rasa tidak selesa dengan perbuatan ini, mungkin hubungan anda dan si dia tidak lagi serapat dahulu.

Foto: University of Colorado Boulder

5. Anda tidak sanggup lagi untuk mengadakan perbincangan serius bersama pasangan

Setiap pasangan bercinta sepatutnya boleh berbincang mengenai isu yang rumit walaupun ia boleh mengakibatkan pergaduhan.

Bagaimanapun, ada manfaatnya bagi hubungan mereka. Jika mereka berjaya menyelesaikan perbalahan ini bersama, maknanya hubungan mereka masih kukuh.

Jika anda rasa tiada point lagi bagi anda untuk mengadakan perbincangan seperti ini, maksudnya anda dan pasangan tidak lagi serasi dari segi intelek.

6. Anda tidak lagi berbincang mengenai apa-apa topik pun

Komunikasi di antara dua individu yang sedang bercinta memang penting kerana ia adalah salah satu cara untuk mengekalkan keserasian mereka.

Mereka sepatutnya boleh meluahkan apa sahaja yang mereka fikirkan. Jika seseorang itu tidak tahu apa yang pasangannya fikirkan, lama-kelamaan hubungan mereka akan terputus langsung.

7. Anda rasa sunyi walaupun anda mempunyai pasangan hidup

Apabila anda sedang asyik bercinta dengan seseorang, anda berdua seolah-olah tidak boleh dipisahkan.

Tetapi apabila pasangan anda lebih banyak habiskan masa dengan telefon pintarnya daripada melayan anda, pastinya anda rasa terabai.

Walaupun anda hidup bersama, tidak semestinya jarak di antara hati anda dan hatinya dekat.

Foto: GoodTherapy

8. Anda berdua jarang bertentang mata

Apabila cinta mula berputik, anda dan pasangan akan memandang mata masing-masing, dengar kata-kata serta membaca bahasa badan.

Sebaliknya, apabila perasaan itu mula pudar, anda akan mula mengelak daripada memandang antara satu sama lain.

9. Minat anda berubah secara mendadak

Ramai orang berkongsi minat atau matlamat hidup dengan pasangan mereka. Inilah salah satu perkara penting yang mengekalkan keserasian mereka.

Jika salah seorang daripada pasangan itu tiba-tiba berubah hati dan fikiran, susahlah nanti bagi mereka untuk terus sekepala.

10. Anda mencari apa sahaja alasan untuk memulakan pergaduhan

Semua pasangan akan melalui pertengkaran tidak kiralah berapa lama anda sudah bersama. Tetapi jika anda perasan yang kerana perkara remeh pun anda akan bergaduh, nampaknya hubungan anda tidak akan kekal.

Sebarang ketegangan mungkin menunjukkan hubungan anda semakin renggang. Konflik di antara dua individu memang normal.

Anda cuma perlu tahu bagaimana untuk bezakan di antara konflik yang boleh diperbetulkan dan tanda yang membuktikan anda berdua tidak lagi serasi.

Semoga bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 18 May 2023

“Dia Sihat Walafiat” – Tular Berita Kematian Suami, Isteri Toki Kesal Dengan Berita Palsu

Jangan bimbang kerana Daddy Toki berada dalam keadaan sihat walafiat – isteri Toki

Featured Thu, 27 Mar 2025

Bukan Hutang Along! Kereta Milik Faye Kusairi Rosak Dihempap Bumbung Kondominium

Kata Faye, bukan kenderaan miliknya sahaja yang terkena tetapi beberapa lagi buah kenderaan turut menerima nasib sama sepertinya.

Featured Thu, 28 Aug 2025

“Ibu Tunggal Bukan Lemah, Dia Memilih Untuk Kuat”- Rita Rudaini

Ibu tunggal bukan lemah tapi memilih untuk kuat.

Featured Tue, 16 Jun 2026

Nadia Annuar Persoal Gaya Hidup Bob T20, Label Pengurusan Masa Teruk -“Takkan Tak Ada Masa Pergi Gym 30 Minit?”

Kata Nadia, dia tidak bersetuju dengan alasan kononnya kesibukan bekerja menjadi punca seseorang tidak mempunyai masa untuk menjaga kesihatan

Featured Thu, 9 Jun 2022
Featured Thu, 9 May 2024
Featured Fri, 20 Jan 2023

“Balut Hati Dengan Kesabaran, Tiada Dendam & Benci” – Fazura Pesan ‘Followers’ Hidup Dalam Kesederhanaan

‘Tak berharap pada siapa pun, tak terikat oleh apa pun, kecuali Allah SWT” – Fazura

Featured Fri, 28 Jun 2019
Featured Wed, 31 Oct 2018

12 Benda Yang Sentiasa Perlu Ada Di Rumah Anda Untuk Saat-Saat Kecemasan

Jika anda dah bersedia, anda boleh hadapi segala cabaran dengan mudah.

error: Content is protected !!