Euforia Bola 2026
Hiburan By: XTRA December 3, 2024 @ 4:34pm

Berlangsung Meriah! Jadi Syurga Peminat Muzik Indie, 15,000 Pengunjung Banjiri Nyala Fest

Diadakan pada Sabtu lalu di Stadium Hoki Bukit Jalil, Nyala Fest berlangsung dengan jayanya apabila dibanjiri oleh 15,000 pengunjung.

Meskipun baru pertama kali diadakan, konsert yang menjadi himpunan dan tumpuan peminat muzik indie ini membariskan pemuzik indie dari Indonesia dan Malaysia bergabung meriah atas satu pentas.

Hampir berlangsung selama 10 jam, penonton disajikan dengan karya indie yang mendapat sambutan hangat daripada penonton bermula pukul 3 petang sehingga membawa ke tengah malam.

Barisan pemuzik indie mempamerkan persembahan yang memukau hingga membuatkan penonton tidak berganjak dari tempat duduk.

Peminat dihiburkan oleh Bilal Indrajaya, Feby Putri, Romantic Echoes, Bernadya, Pamungkas, David Bayu dan Diskoria dari Indonesia manakala pemuzik indie tanah air pula ialah Fugo dan Noh Salleh x Restoe Iboe.

Momen paling riuh ialah apabila penyanyi popular negara seberang, Bernadya muncul dengan lagu hit ‘Untungnya, Hidup Harus Tetap Berjalan’ kerana karya tersebut menjadi fenomena dan siulan peminat muzik masa kini.

Suasana stadium menjadi gamat apabila hampir semua penonton serentak menyanyikan bahagian korus lagu tersebut sehingga membuatkan penyanyi tersebut terharu dengan sambutan peminat di Malaysia.

Kemeriahan konsert turut diserikan lagi dengan hadiah cabutan bertuah yang menawarkan hadiah seperti motosikal Yamaha LC V8, Sony Playstation 5, iPad, iPhone dan lain-lain.

Di penghujung konsert tersebut, bunga api turut dinyalakan bagi meraikan penganjuran Nyala Fest yang menyala dan menjadi pengalaman berharga buat komuniti peminat muzik indie.

Teks: Afzal Zulkifli
Kredit foto: Nyala Fest / @brstmode.jpg

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 26 Mar 2020
Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Takziah, Cucu Prof Dr. Muhaya Telah Kembali Ke Rahmatullah

Semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Hiburan Thu, 14 Mar 2019

‘Kalau Tak, Saya Nak Makan Apa?’- Altimet Nafi Kecil Hati Dengan Komen Netizen

Setiap benda yang saya buat mesti ada orang kecam. Jadi saya risau kalau buat sesuatu orang tak kecam, maknanya…

Trending Sun, 16 Jan 2022

Tya Arifin Teruja Dapat Makan Semeja Dengan Vincent Tan

Pelakon, penyanyi dan usahawan, Tya Arifin menzahirkan rasa teruja selepas dirinya dan suami, Asyraf Khalid dapat bertemu ahli perniagaan yang disegani ramai, Tan Sri Vincent Tan tempoh hari. Ujar pelantun lagu Bagai Mutiara, dia berkesempatan […]

Hiburan Tue, 10 Jul 2018

Tiada Lagi #Jelena, Bieber Umum Dah Bertunang

Tambah Bieber, hatinya kini hanya milik gadis berusia 21 tahun itu. Wah, romantik habis!

Hiburan Tue, 17 Oct 2023
Hiburan Tue, 7 May 2019

Tak Terkesan Dengan Komen Netizen, Scha Alyahya Buang Sifat Baran!

Ibu kepada Lara Alana ini juga mengingatkan netizen di luar sana bahawa selebriti juga manusia biasa yang memiliki perasaan sedih.

error: Content is protected !!