Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie November 21, 2023 @ 7:47pm

Warganet Kata RM400,000 Membazir Untuk Baju Konsert? Busana Aina Abdul Disamakan Dengan Tanghulu, Rama-Rama Patah Sayap… Ada Yang Guna Fabrik Emas Seberat 40 KG!

Penyanyi Aina Abdul dikritik apabila busana yang diperagakan ketika membuat persembahan di konsert A Night With Aina Abdul 3.0 disamakan dengan tanghulu, rama-rama patah sayap dan banyak lagi.

Pemilik nama sebenar Nurul Aina Abdul Ghani itu menampilkan lima busana ketika menjayakan konsert yang dihadiri lebih 10,000 penonton di Axiata Arena.

Penampilan Aina pada Sabtu malam itu mencuri perhatian orang ramai dan telah menerima pelbagai respons.

Meskipun busana yang berkonsepkan ‘avant-garde’ disanjung oleh ramai penggemar fesyen, namun dia tidak dapat lari daripada kecaman warganet.

Ada segelintir netizen menyifatkan penampilan juara The Masked Singer Malaysia musim pertama itu sebagai keterlaluan.

Terkejut dengan sikap berani Aina, segelintir netizen menasihatinya agar meninggalkan amalan ‘tabarruj’ iaitu perbuatan berhias atau pemakaian yang berlebih-lebihan dengan tujuan menarik perhatian orang ramai.

“Tabarruj…dalam Islam, wanita dilarang berpakaian sehingga menarik perhatian orang ramai… ni dah lebih 10K penonton, berubahlah Aina.

“Sedih sebab ramai yang support walaupun terang-terang Aina dah lari dari ajaran Islam… fesyen terlalu over. Tabarruj. Ambillah teguran ini dah berubah,” tulis netizen.

Sebagai seorang anak seni yang sering bereksperimentasi dengan fesyen, setiap busananya memiliki konsep dan keunikan tersendiri.

Busana merah dengan sentuhan tradisional dan elemen songket dikatakan menyerupai binaan tokong Cina serta hiasan kepala untuk busana tersebut juga menerima kecaman kerana sama dengan Tanghulu iaitu sejenis manisan buah yang bersalut gula berasal dari Tiongkok, China.

Tanpa rasa bersalah, netizen turut menempelak baju ikonik berkonsepkan rama-rama ketika menyampaikan medley K-pop hits, I Will Go Tou You Like The First Snow, This Love, Shut Down dan How You Like That turut dikritik seperti patah sayap.

Busana berkonsepkan Queen of Gold yang merupakan kostum keempat rekaan Ezuwan Ismail menelan belanja sehingga RM120,000 dan menggunakan fabrik emas yang dibeli di luar negara.

Antara batu perhiasan yang digunakan ialah mutiara, berlian serta dihiasi manis dan labuci. Berat keseluruhan kostum tersebut dianggarkan mencecah sehingga 40 kilogram termasuklah cape.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Jun 2025

Kereta Porsche Selebriti & Usahawan Wanita Antara 101 Kenderaan Mewah Disita JPJ Dalam Ops Luxury

Kenderaan mewah milik selebriti dan usahawan wanita itu disita di kawasan sekitar Lembah Klang.

Hiburan Wed, 8 Apr 2026

Demi Kesihatan Mental, Mimi Lana ‘Berehat’ Daripada Aplikasi Threads

Mimi turut memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan akaun palsu

Featured Wed, 7 Sep 2022
Hiburan Wed, 12 Feb 2020

Drama Band’s Performance On AJL34—Freedom Of Speech Or Mocking ‘Politics’?

Maybe Malaysia hasn’t yet fully accepted ‘freedom of speech’.

Featured Wed, 5 Oct 2022
Trending Sat, 14 Dec 2019

Greta Thunberg, 16, dinamakan ‘2019 Person of the Year’ oleh majalah TIME

Kecil molek tetapi kebijaksanaannya mengalahkan orang tua!

error: Content is protected !!