Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir February 14, 2023 @ 7:06pm

Konsert Blue Berlangsung 75 Minit Buat 2,900 Peminat Tidak Puas Berhibur!

Kumpulan popular antarabangsa sekitar tahun 2000, Blue mengadakan konsert ‘Blue 20th Anniversary: Heart & Soul Tour’ mengubati rindu peminat di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Anggota kumpulan Blue iaitu Duncan James, Lee Ryan, Simon Webbe dan Antony Costa menghiburkan penonton dan dibawakan oleh Hitman Solutions dan Happymoon.

Walaupun selepas dua dekad, Blue masih bertenaga mempersembahkan lagu-lagu hit mereka seperti ‘One Love’, ‘All Rise’, ‘Sorry Seems To Be The Hardest Word’ yang pernah dinyanyikan bersama penyanyi legenda, Elton John.

Selain itu, Blue turut menyanyikan lagu-lagu dari album terbaru ‘Heart & Soul’ antaranya ‘Dance with Me’, ‘Ultraviolet’, ‘Paradise’ dan banyak lagi dengan membawakan 17 buah lagu keseluruhannya.

Menurut salah seorang ahli kumpulan Blue, Duncan, semangat dan sokongan peminat di Malaysia sangat menakjubkan.

“Peminat di Malaysia merupakan salah satu penonton yang tergempak yang pernah mereka saksikan. Semangat yang ditunjukkan serta nyanyian bersama tanpa henti sangat menakjubkan,” ujarnya.

Konsert berdurasi selamat 75 minit yang dipenuhi peminat seramai 2,900 orang membuatkan ramai seperti tidak puas dan mahukan lebih banyak persembahan daripada mereka.

Sementara itu, terdapat beberapa kejutan dengan kehadiran penyanyi dan pelakon tanah air, Diana Danielle yang membuat penampilan istimewa semasa persembahan pembukaan.

Tambah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal sangat berpuas hati dengan kejayaan konsert dan merancang festival muzik kolaborasi pada masa akan datang.

“Konsert malam tadi menandakan kejayaan berterusan dengan Happymoon dan kami sangat gembira dengan kolaborasi yang bernas ini.

“Kami juga tersentuh dengan kesungguhan kesemua ahli kumpulan Blue dalam membuat persembahan, sama seperti nama konsertnya ‘Heart & Soul’ kerana setiap ahli memberikan yang terbaik dan berjaya menghiburkan peminat.

“Happymoon dan Hitman Solutions sedang merancang festival muzik kolaborasi pertama kami yang bakal kami umumkan tidak lama lagi,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Jun 2019

Asam Laksa Dikritik Netizen, Ini Jawapan Slumber Eina Azman!

Tidak berdiam diri, Eina membalas beberapa komen netizen terbabit.

Featured Tue, 20 Dec 2022

Peminat Cemburu Lihat Kakak Aliff Syukri Satu Flight Dengan Aktor Korea Lee Jae Wook – “Peh, Jealous Ah!”

Umum mengetahui, aktor korea Lee Jae Wook selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam bagi mengadakan sesi pertemuan bersama peminatnya di Malaysia. Ketibaannya itu telah disambut meriah oleh rata-rata peminat yang sanggup […]

Featured Wed, 21 Jul 2021

“Kalau Letak Orang Cakap, Tak Letak Pun Orang Cakap”- Tak Kongsi Foto Di Media Sosial, Siti Nurhaliza Dah Terima Vaksin

Isu selebriti dan suntikan vaksin semakin hari semakin mendapat perhatian ramai. Terbaru, penyanyi no 1 negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza memberitahu bahawa dirinya telah mendapatkan vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Walaupun sudah menerima suntikan, […]

Featured Wed, 8 Apr 2026

“Kau Ingat Kau Famous Sangat Ke Kami Nak Tumpang Kau” – Kamal Adli Ajak Tareq Fit Bersemuka

Pelakon Kamal Adli tampil membalas kenyataan jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataannya menerusi temu bual audio siar yang tular di platform TikTok

Featured Tue, 23 Aug 2022
Events Fri, 24 Aug 2018

Hanya Celup, Cicah Dan Rasai Keseronokkan Dunk & Dip Hanya Di KFC

Rasai kelazatan dan kenikmatan hidangan terbaharu KFC Malaysia pastinya menjilat jari dengan Celup dan Cicah! 

Featured Tue, 7 Apr 2020
error: Content is protected !!