Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 21, 2026 @ 10:14am

“Banyak Buaya Tak Berguna Dah Dikorbankan, Sesuai Jadi Handbag” – Ciapan Spontan Fazura Undang Tawa Warganet

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura, sekali lagi menjadi bualan selepas membalas ciapan peminat yang meminta agar koleksi beg tangan jenamanya dikeluarkan dalam jumlah lebih banyak.

Menerusi platform Threads, jawapan spontan Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin, 41, itu mengundang tawa apabila disifatkan warganet sebagai ‘pedas berlapik’, namun sarat dengan elemen menghiburkan.

Dalam nada berseloroh, aktres filem Manisnya Cinta Di Cappadocia ini menyatakan kononnya banyak ‘buaya’ telah ‘dikorbankan’ demi memenuhi permintaan peminat setianya.

“Ada banyak.. don’t worry! Banyak buaya telah dikorbankan.. mereka sesuai jadi handbag je, tolong angkut lipstick, bedak, duit dan sanitizer kita.

“Jenis tak berguna, sesuai tak banyak bunyi juga. Ok jom simpan duit beli warna apa pilihan kalbu hehe..,” tulisnya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet terhibur dengan jawapan tersebut, malah ada yang menyifatkan Fazura bijak menarik perhatian sambil mempromosikan produk secara santai dan bersahaja.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Mar 2019

Terlalu Sibuk Kerja, Shuk Risau Anak Mula Tak Kenal?

Amboi, betul-betul sibuk nampaknya ni Shuk!

Hiburan Sat, 6 Apr 2019

Klasik Sungguh Resepsi Kedua Aidil-Fasha Sandha!

Aidil dan Fasha diarak menaiki ‘tandu’ yang diperbuat daripada buluh. 

Trending Tue, 5 Nov 2019

5 November Hari Kesedaran Tsunami Sedunia

Memperingati Mangsa-Mangsa Bencana

Hiburan Fri, 3 May 2019

Tak Kisah Nyanyi Lagu Lama, Francissca Peter Belum Sedia Nyanyi Lagu Komposer Muda

Beberapa kali saya disapa oleh peminat cilik yang suka dengan lagu-lagu seperti Kehebatan Cinta, Sekadar Di Pinggiran dan beberapa buah lagu lagi.

Trending Sun, 21 Feb 2021

Syoknya Dapat Ilmu Ekstra… Jom Tonton 9 Dokumentari Menarik Di DidikTV KPM!

Semenjak DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diperkenalkan, ramai ibu bapa, guru dan pelajar memberi maklum balas yang baik. DidikTV KPM ternyata membantu mereka dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan lebih efektif. Untuk […]

Featured Fri, 27 Jan 2023

[VIDEO) Mesra Bersama Di Konsert, Peminat Setuju Jika Daiyan Trisha & Aedy Ashraf Bercinta!

Umum mengetahui, pelakon Aedy Ashraf dan Daiyan Trisha sememangnya sering mencuri perhatian ramai dengan keakraban mereka. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Aedy di platform TikTok yang memaparkan dia dan Daiyan berada […]

error: Content is protected !!