Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 4, 2025 @ 1:17pm

Nur Fazura Berserah Soal Jodoh Pada Takdir – “Yang Sayang Saya & Fatima, Faham Agama.. Itu Saya Doakan”

Pelakon dan usahawan terkenal, Fazura sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi pandangannya mengenai soal jodoh dan perkahwinan yang dianggap terlalu peribadi untuk dijadikan bahan bualan umum.

Menerusi potongan klip video yang tular di TikTok, pemilik nama penuh Nur Fazura Sharifuddin, 42, itu menegaskan soal kahwin bukan urusan sesiapa, sebaliknya hanya Allah yang berhak menentukan perjalanan hidupnya.

“Kahwin atau tidak bukan urusan sesiapa. Itu adalah ketentuan Allah. Apa yang terbaik untuk saya hanya Allah yang boleh tentukan, bukan orang lain,” katanya.

Menurut Fazura, setiap doa yang dipanjatkan hanyalah untuk kebaikan dirinya dan anak kesayangan, Nur Fatima Aisya, agar mereka dikurniakan kebahagiaan yang hakiki.

“Kalau itu yang terbaik, yang diredai Allah, yang faham agama dan bertanggungjawab… semua yang saya doa, mudah-mudahan Allah makbulkan. Yang sayang saya dan Fatima. Yang buat kita bahagia dan tenang,” katanya lagi.

@affendyjailani

Jodoh #Fazura doakan #adaapadengancinta #podcastbukakmulut #bukakmulut #fyp

♬ original sound – DNP – DNP

Rata-rata netizen turut menitipkan doa agar aktres filem Manisnya Cinta di Cappadocia itu terus dilimpahkan rezeki serta dipertemukan dengan jodoh terbaik pada masa yang tepat.

Sekadar info, Fazura mendirikan rumah tangga bersama aktor, Fattah Amin pada 2017 namun sah bercerai talak satu pada September 2024 setelah 7 tahun membina mahligai cinta bersama.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata bernama Nur Fatima Aisya, 5 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Fri, 6 Oct 2023
Trending Tue, 4 Aug 2020

Melaka Berdepan Gangguan Bekalan Air Bermula 5 & 6 Ogos Ini

Simpan dan jimatkan penggunaan air anda!

Trending Mon, 12 Oct 2020
Featured Tue, 24 May 2022
Hiburan Fri, 24 Nov 2017

ADA APA DENGAN KUMPULAN DAMASUTRA – AIR MATA ROHINGYA

Dana yang dikutip akan disalurkan terus kepada warga Rohingya yang ditempatkan di Kem Perlindungan Cox Bazar, Bangladesh dan kepada program INSAF di seluruh Malaysia.

Hiburan Thu, 25 Oct 2018

Penyiar Antarabangsa German Jalinkan Hubungan Digital Bersama Tonton

Deutsche Welle (DW) mengumumkan bahawa mereka akan menjalinkan kerjasama bersama tonton. 

Events Tue, 5 Nov 2019

APink, K-Clique and More to Heat Up The Stage of LAZADA 11.11 Super Show This Year!

Countdown to the biggest one day sale with the Lazada 11.11 Super Show!

Hiburan Sat, 30 Dec 2017

Nora Danish Sukar Melahirkan Anak Secara Normal?

Bayi ini besar berbanding anak pertama dulu jadi …

Featured Sat, 24 May 2025

Pempengaruh Ditahan Polis Hantar Mesej L*cah Pada Remaja Bawah Umur

Lelaki berusia 22 tahun itu ditangkap bagi membantu siasatan.

Featured Mon, 7 Aug 2023
error: Content is protected !!