Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 24, 2025 @ 10:37am

Pempengaruh Ditahan Polis Hantar Mesej L*cah Pada Remaja Bawah Umur

Pempengaruh media sosial yang dikenali dengan gelaran CEO Batu telah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar mesej serta gambar berbaur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Menurut sumber, lelaki berusia 22 tahun itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak semalam sebelum ditahan reman pada Jumaat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Memetik laporan Harian Metro, perkara itu turut disahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan yang memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima laporan berkaitan kejadian tersebut.

“Ya, kami dah siasat,” katanya kepda pemberita.

Difahamkan, setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh suspek berhubung dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.

Malah, pihak polis dijangka meneruskan siasatan mengikut peruntukan undang-undang berkaitan jenayah seksual melibatkan kanak-kanak di bawah umur.

Justeru, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi berlebihan sehingga siasatan selesai sepenuhnya.

Terdahulu, isu ini mula menyorot perhatian ramai selepas penyanyi rap, Caprice tampil mendedahkan beberapa bukti berupa pesanan mesej yang diterimanya dari ibu mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN:Caprice Dedah Pempengaruh Hantar Gambar L*cah Pada Gadis Bawah Umur, Cuba Bincang Dengan Ibu Mangsa? – “Saya Masih Ada Orang Tua Untuk Bagi Nafkah”

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Berlagak Jadi Hero Malaysia, Caprice Dedah Wajah Individu ‘Biadap’…. Mahu Ludah Muka Isteri

ARTIKEL BERKAITAN:Caprice Anggap Kanak-Kanak Di Malaysia Tidak Selamat – “Ramai Yang Tak Sedar, Tak Berpelajaran Atau Masih Bengap”

ARTIKEL BERKAITAN:“Dulu Tak Ada Masa Nak Rileks” – Caprice Dedah Pernah Bergantung Pada Ubat Tidur, Hidup Berubah Selepas Ada Anak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 12 Jan 2025

“Hutang Bawa Kebinasaan, Pandanglah Isu Daripada Sudut Hikmah” – Ustaz Yaakub Yusra

Ustaz Yaakub Yusra mahu orang ramai memandang isu daripada sudut hikmah.

Featured Mon, 30 Jan 2023
Hiburan Mon, 20 Nov 2023
Featured Sun, 21 Mar 2021

Elizabeth Tan Dikhabarkan Sudah Berkahwin?

Mesti ramai yang patah hati ni..

Hiburan Sat, 16 Feb 2019

‘Akaun Laman Sosial Tutup Tapi Belum Minta Maaf’- Misha Omar

Penyanyi lagu Sampai Bila itu mendakwa adalah tidak adil dengan hanya mendiamkan diri selepas memadam dan menutup akaun laman sosial mereka.

Featured Sun, 1 Oct 2023
Trending Mon, 20 Jan 2020
Hiburan Sun, 17 Aug 2025
error: Content is protected !!