Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 12, 2025 @ 5:27pm

“Hutang Bawa Kebinasaan, Pandanglah Isu Daripada Sudut Hikmah” – Ustaz Yaakub Yusra

Pendakwah bebas, Ustaz Mohammad Yaakub Yusra percaya isu hutang yang hangat diperkatakan mempunyai banyak hikmah kepada semua.

Menurut panelis program Tanyalah Ustaz TV3 ini, dia menyifatkan hutang membawa kebinasaan yang banyak kepada semua.

“Hutang membawa kebinasaan yang banyak. Setiap cerita mesti ada dua versi, saya yakin dengan perkara itu. Jadi, siapa yang berhutang, haruslah dilunaskan.

“Agama ajarkan kita jika berhutang, ia wajib dibayar. Ada kisah sahabat Nabi yang meninggal dunia. Sahabat lain datang dan memaklumkan kepada Nabi, ada sahabat meninggal dunia.

“Nabi bertanya, adakah dia sudah membayar hutang ketika dia hidup? Jika dia masih berhutang, Nabi enggan solat jenazah. Sampai begitu serius bab hutang ini.

“Bagi saya, setiap yang berlaku ada hikmah. Mungkin kes viral berlaku baru-baru ini, menjadi asbab untuk kita teringat kepada hutang,” katanya.

Yaakub yang ditemui pemberita di majlis pelancaran Jam Azan kolaborasi antara Murtadha Dakwah Centre (MADAD) dan PROMAS diminta mengulas mengenai isu hutang yang hangat diperkatakan, baru-baru ini.

Terdahulu, kejadian yang berlaku antara dua pereka fesyen yang diserang seorang jurugambar heboh diperkatakan ramai dan ia didakwa berpunca kerana isu hutang.

Tambah pengasas MADAD ini, orang ramai harus menginsafi diri atas insiden viral yang terjadi.

“Hutang adalah perkara yang dibawa sampai mati. Apabila bertemu di Padang Mahsyar pun, ia akan dibicarakan. Nabi pernah berkata, orang yang tidak melunaskan hutang ketika di dunia, dia akan membayar hutang dengan amalannya.

“Saranan saya, apa juga perkara yang berlaku, pandanglah daripada sudut hikmah. Kes yang berlaku sudah pun berlalu, kita sebagai orang yang menyaksikan, perlu semak semula jika kita ada hutang-hutang lama yang belum diselesaikan.

“Allah memanjangkan umur pasti ada sebab. Antara sebabnya mungkin untuk melunaskan hutang. Banyak atau sikit, ia tetap hutang.

“Mengenai isu yang didakwa berpunca kerana isu hutang itu sehingga menyebabkan pertelingkahan, komen saya adalah matlamat tak menghalalkan cara. Kita tahu yang berhutang itu orang yang salah. Salah tetap salah tapi negara kita ada undang-undang. Ada pihak yang boleh dirujuk jika kita mahu menuntut hutang,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Thu, 4 Jun 2026

Memang Kelakar! 5 Bomoh Angkat Isu Kepercayaan Tahyul Dalam Balutan Komedi

Gabungan pelakon daripada pelbagai latar belakang memberikan warna tersendiri kepada filem 5 Bomoh menerusi pelbagai situasi lucu yang dijangka mencuit hati penonton.

Hiburan Sat, 21 Jul 2018

Ini Tips Berjaya Versi Vivy Yusof !

Rata-rata followers dan yang menjadikan wanita ini sebagai inspirasi bersetuju terhadap kenyataan yang dibuat oleh Vivy

Hiburan Mon, 20 Aug 2018

Ribut Kencang Di Oklahoma, Backstreet Boys Pesan Simpan Tiket!

Hal ini turut disahkan oleh jurucakap di tempat kejadian, Kym Koch Thompson di mana runtuhan pintu gerbang ke arena konsert disebabkan ribut kencang. Semoga semuanya berada dalam keadaan selamat…

Featured Wed, 4 Jan 2023

Intan Najuwa & Keluarga Berangkat Ke Tanah Suci Tunai Ibadah Umrah – “Setiap Kali Nak Ke Sana, Dia Punya Nervous…”

Pelakon jelita Intan Najuwa selamat berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah Umrah bersama ahli keluarganya, semalam. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram story (IGS), Intan memaklumkan bahawa dirinya sering berasa gementar setiap kali […]

Featured Thu, 29 Jan 2026

Insomniacks Cipta Sejarah, Pertama Kali Dinobat Artis Domestik Paling Tinggi Distrim 2025

Insomniacks kini memberi fokus sepenuhnya kepada perancangan serta projek baharu bagi tahun 2026

Featured Wed, 30 Jul 2025
Featured Fri, 29 Apr 2022
Featured Fri, 26 Jun 2026

“Kalau Betul Nak Jaga Aurat Perempuan Muslim Tak boleh Pergi” – Isa Khan Lantang Ulas Isu Pakaian Gym Wanita 

Isa Khan tampil meluahkan pendapat peribadinya apabila menegur pakaian gim golongan wanita terutamanya yang aktif bersukan.

error: Content is protected !!