Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 24, 2025 @ 5:14pm

“Saya Tak Merajuk Dengan Industri, Bekerja Bukan Kerana Anugerah” – Nadhir Nasar

Pelakon, Nadhir Nasar akhirnya tampil menjernihkan spekulasi selepas hantarannya di aplikasi X menimbulkan persoalan ramai sehingga ada yang menyangka dirinya seolah-olah berkecil hati dengan industri hiburan.

Namun, Nadhir atau nama penuhnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 29, telah menafikan dakwaan tersebut sekaligus menegaskan dia masih komited dengan dunia seni.

“Saya tak merajuk dengan industri langsung. Saya masih bekerja, masih berlakon… tak timbul isu saya jauh hati dengan sesiapa.

“Saya baru lima tahun dalam industri. Bukanlah hebat sangat pun, masih banyak yang saya perlu belajar,” katanya.

Menurutnya, persepsi kononnya dia ‘kecewa’ kerana tidak memenangi anugerah juga tidak pernah bermain di fikirannya.

“Ramai tanya kenapa saya tak menang anugerah. Dari dulu saya dah pegang satu prinsip, kita bekerja bukan kerana anugerah,” katanya.

Bagi Nadhir, kemenangan bukanlah kayu ukur utama seorang pelakon, namun sebaliknya perkara yang lebih penting baginya ialah kejujuran dan ketulusan dalam menghidupkan karakter yang diberi.

“Kita bekerja dengan ikhlas. Saya percaya rezeki Tuhan akan sampai tepat pada masa yang sepatutnya.

“Tak ada apa yang saya kejar. Kalau umur panjang, saya masih boleh menang anugerah pada usia 42 tahun… atau 55 tahun sekali pun.

“Tak ada siapa kata saya wajib menang masa tengah ‘panas’. Saya bukan macam tu,” katanya lagi.

Nadhir berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Perdana filem Klepet baru-baru ini.

Walaupun tidak mengejar glamor, Nadhir tetap mengakui dia tetap menyimpan cita-cita untuk membawa pulang trofi Festival Filem Malaysia (FFM) suatu hari nanti.

“Kalau boleh, memang saya sasarkan kemenangan di FFM. Setiap anugerah ada nilai sendiri, tapi untuk menang itu rezeki.

“Kalau ditakdirkan menang, Alhamdulillah… itu hasil kerja keras kita dalam setiap drama atau filem.

“Bagi saya, semua anugerah adalah kemenangan. Tak ada istilah anugerah mana lebih hebat atau tidak. Kalau tak menang, saya akan usaha lagi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nadhir kini membintangi sebuah filem komedi, Klepet yang bakal ditayangkan pada 27 November ini.

Selain Nadhir, filem tersebut turut menampilkan barisan artis hebat tanah air lain seperti Meerqeen, Aedy Ashraf, Joey Daud, dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 31 May 2018

Comedy Planet Tutup, Afdlin Ucap Terima Kasih

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada yang telah mengunjung dan juga telah memberi sokongan padu kepada kami! Tapi apakan daya, kami sudah tidak mampu meneruskan operasi di Great Eastern Mall. 

Hiburan Wed, 6 Feb 2019
Hiburan Wed, 28 May 2025
Hiburan Sun, 27 May 2018

Status Saya Single & Available – Puteri Aishah

Foto yang dimuat naik itu secara tidak langsung membuktikan tiada apa yang perlu kami sorokkan…Puteri juga memberitahu pengakuan ini adalah ikhlas dan tiada apa yang perlu disembunyikan.

Trending Sun, 27 Jul 2025
Trending Tue, 14 Jan 2020

This Japanese Billionaire Is Willing To Give Away 9 Million For Women To Accompany Him To The Moon

Who knows you might be the lucky lady who gets to fly to the moon, and back 😉

Hiburan Fri, 15 Nov 2019

‘Bukan Mahu Popular Tapi…’-AC Mizal Dedah Rahsia Anggota Kumpulan 4U2C

Kumpulan 4u2C dijangka mengadakan persembahan di sebuah festival muzik, Stereo Fest di Sentosa, Singapura bermula 22 Februari tahun depan.

Featured Tue, 30 Aug 2022

[VIDEO] Mesra Layan Peminat OKU, Siti Nurhaliza Buat Netizen Cair! – “Terharunya, Tak Kekok Pun…”

Alahai comelnya Siti Nurhaliza layan peminat ☺️☺️ Sweet sungguh!! Tapi kenapa min rasa sebak niiii? 🥲

Hiburan Mon, 4 Dec 2023
error: Content is protected !!