Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 4, 2022 @ 7:24pm

Digesa Buat Ujian Air Kencing, Pengurus Yakin Noh ‘Bersih’ Dari Bahan Terlarang

Selepas tular beberapa rakaman yang menunjukkan aksi kurang sopan yang dilakukan oleh vokalis Kumpulan Hujan, Noh Salleh pada Konsert Hausboom Music 2022 yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) baru-baru ini,  timbul pula spekulasi dalam kalangan warganet yang mengatakan Noh berkelakuan sedemikian akibat pengaruh bahan terlarang.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA, ciapan tersebut telahpun dipadam oleh pengguna terbabit selepas beberapa minit ia dimuat naik.

Susulan dakwaan yang timbul, pengurus kumpulan Hujan iaitu Ahmad Ariffin Ahmad menafikan dakwaan bahawa Noh mengambil bahan terlarang kerana perbuatannya itu adalah tindakan spontan akibat terkena renjatan elektrik.

“Kami harap tiada spekulasi yang menganggap tindakan tersebut disebabkan bahan terlarang. Noh ‘bersih’, itu saya yakin 100 peratus.

“Mungkin sebab rambutnya kelihatan tidak terurus, tetapi dalam keadaan panas berkurung di dewan yang dipenuhi 13,000 penonton, tentu saja susah nak maintain elok,” katanya.

 

Sementara itu, tuduhan yang mengatakan penyanyi berusia 37 tahun itu masih tertekan akibat perceraiannya bersama Mizz Nina, Ahmad Ariffin bagaimanapun enggan mengulas dengan lebih lanjut.

“Hal peribadi memang kami tidak pernah bincangkan, namun saya nampak dia sibuk dengan beberapa projek lain termasuk projek solo. Jadi semuanya macam biasa saja,” ujarnya.

Terdahulu, selepas isu meludah penonton, Noh hujan sekali lagi terpalit dengan tindakan menunjukkan isyarat lucah kepada penonton ketika membuat persembahan pada malam konsert tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Selepas Isu Ludah, Noh Salleh Tunjuk Jari Tengah Pula?

ARTIKEL BERKAITAN:Dikritik Jijik Gara-Gara Meludah, Pengurus Kumpulan Hujan Dedah Punca Sebenar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 27 Apr 2020

Pertama kali berpuasa penuh, ratu terjun negara, Pandelela tabik pada orang Islam

Kagum dengan ketabahan rakan atlet Muslim beragama Islam

Trending Thu, 5 Mar 2020

[VIRAL] “Buruk Bebenor!”—Poster Acara Larian Ala-Ala Zaman Microsoft Words 2000 Dituduh “Mengejar Virality”

Sama ada ini taktik mereka untuk menjadi viral atau tidak, tiada siapa boleh nafikan bahawa poster tersebut sangat kuno.

Featured Sun, 31 Jul 2022
Trending Wed, 12 Dec 2018

Lelaki Maut Dipercayai Jatuh Dari Bangunan Wisma MPK

Mayat mangsa ditemui terbaring terlentang di bahagian belakang bangunan tersebut oleh orang awam

Hiburan Tue, 8 Nov 2022
error: Content is protected !!