Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 29, 2024 @ 12:10pm

“Dulu Tak Ada Masa Nak Rileks” – Caprice Dedah Pernah Bergantung Pada Ubat Tidur, Hidup Berubah Selepas Ada Anak

Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice mengakui kehidupannya banyak berubah sejak mendirikan rumah tangga dan selepas kelahiran cahaya mata sulungnya, Airiel Qashaf pada 17 Mac lalu.

Kata Caprice, meluangkan masa bersama anak merupakan rutin hariannya kini, selain menyifatkan kehadiran anaknya itu sebagai ‘ubat’ untuk menghilankan tekanan selepas seharian bekerja.

“MasyaAllah, Alhamdulillah. Rutin harian saya. Balik dari kerja, terus cari budak ni.

“Tak kisah betapa stress kehidupan ini, tak kisah betapa sibuk hari itu, tak kisah betapa banyak bil, gaji, overhead, kos yang kena selesaikan hujung bulan, dapat je bau si kecik ni… poof! Semua perkara dalam dunia ni hilang dan awak hanya fikir untuk luangkan masa bersama dia,” katanya.

Perkara itu dikongsi Caprice atau nama penuhnya, Ariz Ramli menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Dalam hantaran sama, pelantun lagu Kau Hade ini turut mengulas mengenai isu ‘childfree’ yang semakin hangat diperkatakan.

Menurutnya, anak itu sendiri merupakan rezeki yang dikurniakan Tuhan dalam kehidupan pasangan suami isteri.

“Tengah kecoh di media social pasal trend nak kahwin tapi tak nak ade anak. Jujur guys, kids adalah rezeki.

“Sebelum ada anak, saya sendiri selalu dengar benda ni. Selepas ada anak baru lah kita faham maksud dia. Its true. Rezeki comes in all types of form, not just money,” ulasnya.

Dalam pada itu, Caprice turut mendedahkan, sebelum mendirikan rumah tangga dan mempunyai keluarga, dia pernah bergantung pada ubat dek kerana sukar untuk tidur.

Namun, semuanya itu berubah dengan kehadiran anaknya.

“Kehidupan sebelum ada anak, saya sentiasa sibuk tak ada masa untuk rilek atau tenang. Dulu tidur pun bergantung dengan ubat tidur.

“Sejak ada anak, saya jumpa keseimbangan. Hes my check and balance. He’s my ubat tidur. He’s my kitkat, have a break,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

 

 Sekadar info, Caprice dan Farra Inalis mendirikan rumah tangga pada November 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Airiel Qashaf.

Bagaimanapun, Farra juga mempunyai seorang anak perempuan iaitu,  Aleesya Sofea hasil perkahwinan pertamanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Jun 2026

“Akhirnya Sangkar Ngeri Terungkai…” – Suami Abby Abadi Nasihat Marissa Dania Buka Lembaran Baru

Faizal menzahirkan harapan agar Marissa menjadikan segala yang berlaku sebagai pengajaran dan meneruskan kehidupan dengan lebih baik pada masa depan.

Trending Mon, 16 Nov 2020
Hiburan Mon, 24 Mar 2025

Terima Upah RM166, Andi Bernadee Terkejut Peminat Sanggup Bayar untuk ‘Servis’ Kejut Sahur

Tak sangka peminat ambil serius, Andi Bernadee terima SGD50 upah kejut sahur

Hiburan Thu, 3 Jan 2019

Zayn Malik Putus Cinta Lagi?

Biarpun masih belum ada kenyataan rasmi daripada kedua-dua pihak, bekas anggota kumpulan One Direction ini dikatakan tidak lagi mengikut bekas teman wanitanya di Instagram.

Trending Wed, 11 Nov 2020
Selebriti Wed, 5 Jul 2023

“Sudah-Sudahlah Tu” – Kesal Sering Dibandingkan, Ada Peminat ‘Bitter’ Ernie Zakri Tercalon Top 5 ABPBH 35

Masing-masing ada kelebihan kekurangan tersendiri. Tak perlu nak banding-banding!

Hiburan Tue, 25 Mar 2025
error: Content is protected !!