Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi December 15, 2022 @ 12:47pm

Norman Hakim Hampir ‘Hilang’ Ayah, Nafas Terhenti Selama 15 Minit – “Alhamdulillah Allah Beri Peluang Kedua”

Pelakon, Norman Hakim berdepan detik cemas apabila mendapat panggilan bahawa ayahnya tidak bernafas buat seketika waktu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Norman menceritakan saat dia menerima mesej dari kakanya yang memberitahu keadaan ayahnya dan merasakan dunia terhenti apabila dapat tahu berita tersebut.

“Saya sekeluarga hampir kehilangan ayah semalam, infact dah ‘hilang’ pun selama 15 minit.

“Kakak saya @noorishah hubungi saya menangis-menangis panik bagitahu saya kena balik sekarang, ayah tak bergerak.

“Kakak terus cut off call. Habis kat situ. Saya buka WhatsApp family group. Terus rasa dunia berhenti. Isteri @memeysuhaiza depan mata pun baca juga. Tak keruan & terus nangis,” kongsi Norman.

Norman juga turut berkongsi keadaan ayahnya yang tidak memberi sebarang respon dan tidak bernafas. Terkejut dengan berita tersebut, Norman juga mengharapkan apa yang terjadi hanyalah mimpi semata.

“Gambar dalam WhatsApp group: ayah dalam posisi duduk dalam bilik air. Nampak kondisi ayah pucat satu badan. Caption; ayah tak respon. Nafas pun tak ada. Saya bagi masa untuk diri istighfar dan bertenang.

“Terus hubungi abang sulung kat Johor suruh baca WhatsApp group dan standby untuk balik. Ayah mungkin dah tak ada.

“Saya tahu inilah momen paling saya takut untuk berdepan. Saya istighfar lagi. Tarik nafas dalam-dalam. Cuba sedaya redakan diri untuk berdepan dengan kemungkinan yang ayah dah tak ada. Saya dongak kepala pejam mata mengharap pada Allah supaya benda paling saya takut ni semua mimpi.

“Dalam kepala dah fikir segala formasi untuk tindakan seterusnya di KL & Kuantan. Tapi hati masih mengharap supaya ini semua hanya mimpi.

“Call niece @shrmllhw kat Kuantan mintak update progress directly. Dunia still terasa berhenti. Baca Yaasin dalam hati untuk ayah in a meantime jasad tetap kena bergerak dan bertindak,” ujarnya.

Atas keajaiban yang maha esa, Norman meluahkan rasa syukur apabila ayahnya kembali bernafas dan berharap ayahnya dapat terus bertahan.

“Tiba-tiba dapat direct respon dari niece @shrmllhw bagitahu “Tok ayah bernafas balik, mama (my sis @noorishah) tengah ajar mengucap.

“Perasaan masa tu Allah sahaja yang tahu. Hanya mengharap padaNya supaya nafas tu terus bertahan. Dan long story short, alhamdulillah Allah beri peluang kedua utk bersama lagi dengan ayah.

“Belaian & kasih sayang paling Agung dengan izinNya saya curahkan pada ayah atas kesempatan dan peluang kedua ini. Sisa trauma masih ada dengan insiden semalam. Tak tau nak luah macam mana lagi kat Allah atas rasa syukur & terima kasih untuk peluang kedua bersama ayah ini,” luah Norman.

Dalam perkongsian sama, Norman turut memohon semua agar mendoakan kesihatan dan kesejahteraan ayahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 26 Jul 2024
Featured Fri, 4 May 2018

Teknik Urutan Bahu Dan Kaki Yang Gerenti Melegakan Pasangan Dan Buat Mereka Semakin Sayang!

Bila suami penat pulang dari kerja, bantu dia berehat dengan memberikan urutan yang relaxing ini.

Hiburan Tue, 19 Feb 2019
Hiburan Thu, 29 Mar 2018

Kucing Jadi Petanda, Suami Curang Rupanya!

Anna Rudenok mula mengesyaki suaminya, Dmitry, 27, mula curang setelah menyedari suaminya itu tidak henti-henti meletakkan tanda ‘like’ pada gambar yang dimuat naik pelajar berkenaan di media sosial.

Hiburan Wed, 7 Sep 2022

Netizen Persoal Kredibiliti Shila Amzah Jadi Peserta

Mungkin nak bawa pembaharuan gitu!!! Tak baik tau cakap tak layak

Hiburan Fri, 15 Mar 2019

Tahniah! Ahmad Idham Kini CEO Finas

Tahniah sekali lagi buat pelakon drama Cinderella ini

error: Content is protected !!