Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi March 3, 2024 @ 10:55pm

AJL38: Busana Akar Aina Abdul Ada Simbolik Tersirat, 50Liter Wangian Harumkan Axiata Arena

AJL38: Busana Akar Aina Abdul Ada Simbolik Tersirat, 50Liter Wangian Harumkan Axiata Arena

Finalis Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) Aina Abdul mempersembahkan konsep ‘Tree of Life’ untuk persembahan Jangan Mati Rasa Itu di Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38) sebentar tadi.

Menurut Aina, simbolik enam akar pokok, termasuk dirinya membawa makna tersendiri dan menguatkan lagi mesej disebalik maksud lagu Jangan Mati Rasa Itu.

“Sebuah perjalanan cinta dipersembahkan di pentas #AJL38.

“Kasihmu terus hidup, jangan mati rasa itu.”

“Ia membawa makna hati dan rasa yang akan terus mekar dengan cinta biarpun rasa itu tidak sama seperti dahulu. Walaupun pohon-pohon tidak subur, ranting keras mengering dan hampir mati, tetapi akar di bawah tanah masih menjalar dan mekar, seperti hati yang terus kukuh mencintai biarpun jiwa tersakiti.

“Mereka yang berada dalam Axiata Arena juga menghidu bau harum ketika persembahan Jangan Mati Rasa Itu, simbolik kepada mekarnya cinta yang berada di dalam hati.

“Dingin hatimu berlalu pergi, getir jiwa tak siapa tahu.”

“Cinta tak semestinya berakhir bahagia. Daun-daun berguguran menggambarkan rasa hati yang semakin dingin melihat sayang yang tidak lagi berbalas. Kasih yang mekar gugur satu persatu kerana hebatnya gelora jiwa yang disembunyikan.

“Apakah aku bisa melawan takdir kita? Aku hanya manusia biasa.”

“Tenggelamkan kesedihanku, terapungkan kebahagiaan aku.”

“Di akhir persembahan, Aina sebagai akar pokok terapung ke atas. Ini membawa makna, Aina ingin mencari bahagia sendiri dengan ‘move on’ dari cinta yang tidak lagi berbalas dan meletakkan diri sendiri sebagai fokus untuk mecapai bahagia. Kasih dan sayang terhadap diri sendiri seharusnya sentiasa menjadi keutamaan yang tersemat dalam lubuk hati,” katanya.

Menariknya, Aina menggunakan gimik daun berguguran serta menyemburkan 50 liter wangian untuk mengharumkan Axiata Arenaz

Alami dunia Muzikaverse di AJL38, bersiaran langsung dari Axiata Arena, Ahad, 3 Mac, 9.00 malam, di TV3 & strim juga melalui Tonton.

Dibawakan khas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Apr 2026
Trending Tue, 10 Apr 2018

Pilihan Raya Umum Jatuh Pada 9 Mei Ini!

Pengumuman ini telah diumumkan oleh Tan Sri, Mohd Hashim Abdullah, Pengerusi Suruhanjaya Pilhan Raya Malaysia sebentar tadi

Featured Mon, 23 May 2022

“Taklah Sehebat Mana, Tapi…” – Hadiahkan Diri Sendiri, Afieq Shazwan Beli Honda Civic RS

Tahniah! Afieq Shazwan menghadiahkan dirinya sebuah kereta baru Honda Civic RS 2022.

Hiburan Sat, 25 Jan 2020

“Saya Ambil Masa 10 Tahun Buka Rantai, Jam Emas Rolex” – Caprice Backing MK K-Clique?

Hukum agama memang tak boleh bawak bincang sebenarnya…tapi doakan je lah yang baik-baik.

Hiburan Sat, 30 Aug 2025
Hiburan Tue, 14 Nov 2023
Gaya Hidup Thu, 22 Aug 2024

RASA ‘FLAGSHIP’ HARGA MIDRANGE!!! Siri HONOR 200 Ciri-Ciri AI Canggih Dengan Spek Fotografi Unggul!

Ada berita baik bagi penggemar selfie dan fotografi! Korang tahu tak, HONOR 200 dah ada dipasaran Malaysia? Ala, telefon pintar dengan inovasi kamera terkini untuk tahun 2024? Tidak hanya memiliki keupayaan kamera yang menakjubkan dengan teknologi […]

Hiburan Fri, 30 Nov 2018
Hiburan Mon, 30 Jul 2018

Ini Respon Amelia Henderson Kepada ‘Makcik Bawang’

Netizen mula menjadi ‘makcik bawang’ melontarkan pelbagai spekulasi mengenai perkahwinan pelakon jelita, Amelia Henderson. Apakah respon yang diberikan oleh Amelia?

error: Content is protected !!