Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari October 6, 2023 @ 7:26pm

“Ia Memang Memeritkan” – Serik Terkena Buatan Orang Namun Shila Amzah Tak Patah Semangat Sertai Pertandingan Nyanyian

Penyanyi popular Shila Amzah mengakui berasa risau apabila pernah berdepan dengan buatan orang sewaktu menyertai sebuah pertandingan nyanyian tahun lepas.

Namun begitu, pengalaman perit tersebut tidak menjadi penghalang kepada Shila untuk menyertai program realiti Famili Duo tahun ini.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Shila menyatakan itu kali pertama dia mengalami perkara mistik sebegitu.

“Saya tak dapat nak kongsikan secara khusus tentang apa yang berlaku dan saya tak boleh nak jelaskan siapa disebalik perbuatan itu kerana jujur saya tak tahu.

“Tapi sepanjang berada dalam industri seni, itulah kali pertama saya menghadapinya. Ia memang memeritkan.

“Saya tahu setiap pertandingan pasti ada elemen-elemen mistik sebegini. Perasaan takut memang ada. Saya hanya mampu berdoa, semoga dilindungi dan mudah-mudahan perkara begini tidak lagi berlaku kepada saya,” katanya.

Untuk makluman, Shila dan adik lelakinya, Syahir bakal bergandingan sebagai duo adik beradik dalam program nyanyian Famili Duo musim ke-3 yang bakal bersiaran secara langsung dari Glenmarie, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 mulai 15 Oktober 2023.

Sumber: Utusan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 16 Jun 2025
Hiburan Wed, 7 Feb 2024
Hiburan Sat, 12 Oct 2019

草蜢公开「征友」向大马导演自荐演技佳!

华语乐坛初代不老男团草蜢即将于今年11月重登云顶开唱!成员蔡一杰公开征友,希望大马歌迷充当导游,带着他们在大马游山玩水。

Events Fri, 1 Nov 2019

Mnet MAMA 2019 Umum Barisan Artis Yang Bakal Membuat Persembahan Pada Tahun Ini!

Wow, tak sabar nak tengok siapa yang bakal menyandang kategori Artist Of The Year tahun ni!

Featured Mon, 9 Mar 2026

Dihina Busuk & Sengau, Intan Maya Menangis 2 Mingggu Gara-Gara Dikecam Netizen

Kata Intan dia tidak menyangka akan menerima kecaman sedemikian, namun memilih untuk melihat perkara itu dari sudut positif.

Hiburan Thu, 18 Jul 2024

Intan Najuwa Nafi Tak Bayar Gaji Pekerja – “Orang Songlap Duit, Hutang Saya Lagi Ada”

Malu la ek individu tu konon nak spil the tea sekali dah fitnah orang hmm

Hiburan Wed, 11 Aug 2021

“Shuib Datang Melutut Depan Saya, Dia Kata Siti Sarah Dah Tak Ada…” – Kehilangan Anak, Raissuddin Hamzah Rasa Sepi

Penyanyi veteran dan bapa kepada Allahyarham Siti Sarah, Raissuddin Hamzah berkongi momen sayu ketika dirinya dimaklumkan mengenai pemergian anak tersayang. Menurut Raissuddin, berita sedih terbabit disampaikan oleh menantunya, Shuib. “Bila momen terbabit berlaku, saya tak […]

error: Content is protected !!