Euforia Bola 2026
Trending By: Padin May 4, 2021 @ 5:20pm

Nak Lebih Healthy Tapi Tetap Nak Enjoy Juadah Raya? Jom Gantikan 5 Bahan Masakan Ini!

Lepas dah sebulan berpuasa, sambutan Syawal adalah masa untuk membalas dendam dan makan semua makanan kan?

Faham-faham je lah dengan rendang, lemang, lontong, semuanya tinggi dengan kolestrol tu!

Sedap memang sedap tapi dalam tak sedar tu, berat pun naik, bertambah-tambah kilogram, adoi!

Ish, ish.. Nak makan boleh, tapi berpada-pada dan pastikan anda kawal pengambilan makanan anda tu.

Nak lagi bagus, anda gantikan bahan masakan tu dengan ramuan yang lebih berkhasiat dan dalam masa yang sama masih mengekalkan keenakan juadah raya anda nanti!

Jom kami kongsikan!

Gantikan santan dengan susu badam?

Santan ni memang bahan yang wajib dalam masakan rakyat Malaysia. Tanpa santan dalam rendang atau kari memang kurang kick!

Tapi sekali sekala apa salahnya kalau anda gantikan santan dengan bahan yang lebih berkhasiat seperti susu badam!

Susu badam mempunyai kalori yang sangat sedikit iaitu 17kcal setiap 100 gram berbanding santan.

Caranya, anda rendam 1 cawan badam semalaman, kemudian kisar dengan air suam atau susu. Tapis dulu sebelum masukkan ke dalam masakan kari, gulai atau rendang. Sedap tau!

Garam bukit vs Garam putih

Tanpa garam, masakan apapun takkan menjadi sedap. Tapi kalau berlebihan garam, boleh jadi darah tinggi pulak!

Nak lagi sihat, anda boleh gantikan garam putih yang selalu anda guna tu dengan garam bukit (pink salt) dalam masakan.

Memanglah mahal sikit, tapi garam bukit ni tidak diproses dan mempunyai jumlah mineral yang tinggi tau!

Greek yogurt sebagai alternatif sour cream!

Sour cream atau krim masam memang akan meningkatkan keenakan kek, biskut atau pemanis mulut tapi ia mengandungi kalori yang tinggi tau!

Senang je, anda boleh gantikan krim masam dengan greek yogurt. Selain kalorinya yang lebih rendah, greek yogurt juga dapat memberikan lebih banyak protein daripada krim masam biasa.

Tukarkan dari marjerin ke mentega!

Bila nak buat biskut raya, mestilah kena ada marjerin. Tapi, tahukah anda yang marjerin sebenarnya mempunyai asid lemak trans yang sangat tinggi!

Untuk lebih sihat, anda boleh gantikan marjerin dengan mentega (butter) yang mempunyai banyak manfaat nutrisi semulajadi. Biskut pun akan jadi lebih rangup dan lemak!

Gunakan beras basmathi berbanding beras biasa!

Ramai yang tak makan nasi bila nak diet, kononnya nasi ni menggemukkan. Haa.. tak betul tu! Sebenarnya nasi adalah makanan yang bebas gluten, dibandingkan dengan roti, mee, oat dan makanan berasaskan gandum.

Nasi juga tak mengandungi garam dan tinggi dengan protein yang diperlukan oleh tubuh. Nak lagi sihat, kawal jumlah pengambilan nasi dan gantikan dengan beras basmathi yang lebih sihat dan berkhasiat tinggi!

Pilihan kami, mestilah Beras Basmathi PusaCream Jasmine!

Kalau anda nak tahu, Beras Basmathi PusaCream Jasmine adalah beras basmathi premium berkualiti tinggi yang diproses untuk mengekalkan kandungan mineral dan vitamin semulajadinya. Ia juga tiada kolestrol dan bebas gluten serta mempunyai kandungan karbohidrat kompleks dengan kandungan lemak rendah.

Beras Basmathi PusaCream Jasmine juga mengandungi protein, zat besi, selenium, tiamina dan niasin dan mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang lebih rendah. Secara tak langsung, ia dapat membantu mengawal tahap glukosa darah dan mengurangkan tahap kolestrol dalam badan.

Teksturnya yang berwarna krim keemasan, kering, gebu dan menjadi dua kali lebih panjang setelah dimasak juga membuatkan rasanya lebih lazat dan memberikan aroma yang enak untuk dinikmati seisi keluarga.

Tak hairanlah ia digemari oleh pakar makanan dan menjadi beras basmathi pilihan rakyat Malaysia! Malah, Masterchef Ezani dalam video masakannya iaitu Dapur Healthy, pun syorkan kepada kita semua untuk menggunakan Beras Basmathi PusaCream Jasmine dalam menyediakan hidangan yang sihat dan berkhasiat serta semestinya enak!

Jom bertukar ke Beras Basmathi PusaCream Jasmine untuk kekal sihat Syawal ini!

Untuk lebih banyak tips tentang #StayFitJasmine, layari facebook @jasminefoodmy

Kredit foto: Murai MY, Freepik, Heather’s Dish, FeedFeed, Cookidoo, Basmati Images | Free Vectors, Stock Photos & PSD

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Dec 2024
Trending Sun, 6 Dec 2020
Trending Thu, 28 Mar 2019

Mangsa Gas Toksik Sungai Kim Kim Dibenarkan Keluar Hospital

Kesemua mangsa kes pembuangan sisa toksik yang dimasukkan ke hospital kerana menghidu gas toksik di Sungai Kim Kim pada bulan lalu dibenarkan keluar dari hospital.

Hiburan Wed, 7 Jan 2026

Terlalu ‘Clean’ Sampai Disisih? Adriana Adnan Dakwa Industri Mahu Kontroversi, Bukan Bakat – “Kepada Yang Cari Kekurangan Saya, Semoga Berjaya”

Adriana Adnan tetap bersyukur dengan sokongan individu sekeliling yang sentiasa mempercayai bakatnya

Hiburan Thu, 5 Mar 2026

“Saya Trauma & Sekarang Masih Alami Vertigo” – Ezzanie Jasny Fobia Memandu Selepas Kemalangan

Bengkak di bahagian kepalanya sebenarnya masih belum sembuh sepenuhnya

Trending Tue, 16 Jun 2020

KFC Benarkan Semula Makan Di Restoran

Berita baik untuk untuk penggemar makanan segera KFC! Perkhidmatan makan di premis atau dine-in kini sudah dibuka semula di semua restorannya di seluruh negara. So senang lah nak makan KFC lepas ini kan? KFC menjelaskan […]

Hiburan Sun, 15 Jan 2023

Darah Manis! Bakal Dirisik, Zarina Anjoulie Kongsi Momen Shopping Cincin Kahwin

Pelakon Zarina Anjoulie tampil berkongsi momen dirinya membeli cincin perkahwinan bersama kedua ibu bapanya dan bakal suaminya, Datuk Seri Kazrul. Menerusi perkongsian di TikTok, Zarina atau lebih mesra disapa sebagai Anju kelihatan sangat berseri dan […]

Hiburan Wed, 21 Aug 2024
Hiburan Wed, 1 Apr 2026

Abby Abadi Bidas Kenyataan Umisya Mazlan, Mohon Jangan Berlebihan Mereka Cerita – “Memang Salah Anak Saya Tapi…”

Abby Abadi tampil membidas kenyataan madu kepada anak perempuannya, Marissa Dania iaitu Umisya Mazlan yang didakwa hanya menokok-nambah cerita. 

error: Content is protected !!