Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 1, 2026 @ 9:52am

Abby Abadi Bidas Kenyataan Umisya Mazlan, Mohon Jangan Berlebihan Mereka Cerita – “Memang Salah Anak Saya Tapi…”

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi tampil membidas kenyataan madu kepada anak perempuannya, Marissa Dania iaitu Umisya Mazlan yang didakwa hanya menokok-nambah cerita.

Menerusi perkongsian di platform Threads miliknya, Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 49, menjelaskan sejak awal isu antara hubungan Marissa bersama Aslam, dia tidak menyentuh mengenai Umisya.

“Dari awal hal Aslam dengan Marissa ni, saya tak pernah dan langsung tak sebut pun tentang isterinya, sebab saya memang tak nak cakap apa-apa tentang belah sana.

“Sebab saya tahu dia dah terluka dengan apa yang berlaku. Tapi bila jadi hal ini, bila Aslam dan Marissa teruskan juga sampai nikah di Thailand, saya berbunyi juga.

“Tak pertahankan anak saya sebab tahu dia sangat-sangat salah sebab masuk dalam rumah tangga orang. Saya cuba tarik anak saya tapi tak berjaya,” katanya.

Dalam masa sama, Abby yang juga penyanyi kumpulan Elite itu turut mempersoalkan kenyataan Umisya yang sebelum ini berkata dia dan pihak keluarga Marissa sudah berjumpa berkali-kali bagi menyelesaikan isu hubungan anaknya bersama Aslam.

“Tulis dah berkali-kali jumpa. Tapi dua kali saja jumpa. Satu masa awal-awal tahu Aslam dengan anak saya berhubung, satu lagi lepas tahu nikah di Thailand.

“Berkali-kali cakap tu berapa kali? Salah memang salah pun anak saya masuk dalam hubungan ni, tapi janganlah berlebihan mereka-reka cerita. Benda tak ada jangan diadakan,” katanya.

Sebelum ini, Umisya mencuri tumpuan apabila memuat naik kenyataan panjang berhubung isu rumah tangganya bersama Aslam dan Marissa.

Artikel Berkaitan: Umisya Mazlan Dedah Aslam Pernah Lafaz Taklik, Tampil Bongkar Kisah Sebenar Di Sebalik Poligami – “Saya Pernah Minta Pihak Sana Buat Laporan…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 12 Nov 2023
Hiburan Mon, 5 Sep 2022

Netizen Kecam Penampilan Masya Masyitah Tunjuk Leher

Alamak! Lebihan Shawl tu nak simpan buat apa dik?

Hiburan Thu, 14 Feb 2019

Tercekik Sudu Bukan Gimik, Ezuwan Ismail Sedia Terima Kritikan Netizen

Buat apa nak terasa…semua orang berhak beri pendapat. Betul tak?

Hiburan Sat, 19 May 2018

Yoon Eun Hye Finally Acting Again After 5 Years Hiatus

It’s been a while since we last saw her acting in anything new.

Hiburan Fri, 15 Nov 2024

Dakwaan Tak Bayar Gaji & Perkeso Fitnah Semata, AC Mizal Ambil Tindakan Undang-Undang!

AC Mizal ambil tindakan undang undang, dakwa tak bayar gaji pekerja satu fitnah

Hiburan Sat, 10 Jan 2026

Filem The Voice of Hind Rajab: Suara Kecil Dari Hujung Talian Yang Meruntun Jiwa

Sebagai simbol solidariti, Media Prima turut menyumbangkan RM1 daripada bahagiannya bagi setiap tiket yang terjual kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima

Featured Wed, 21 Dec 2022

Comelnya Gelagat Tyra Kamaruzzaman Menjerit Teruja Dapat Mainan Bubble Bazooka Sempena Birthday!

Pempengaruh jelita, Tyra Kamaruzzaman berkongsi keterujaan menerima hadiah mainan sempena hari ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, Tyra sedang membuka setiap hadiah yang diterima dan menjerit teruja ketika menerima mainan Bubble Bazooka. Bukan […]

Hiburan Wed, 5 Nov 2025

‘Rangga & Cinta’ Kembali Hidupkan Nostalgia Cinta Remaja, Ini 5 Sebab Anda Wajib Tonton!

5 sebab perlu Tonton Rangga & Cinta, akan mula ditayangkan pada 6 November 2025

Featured Wed, 5 Apr 2023

Didakwa Kena Sidai 4 Jam, Individu Tampil Dedah Cara Kerja Janna Nick?

Alamak kes apa pulak ni? Lamanya kena sidai!

error: Content is protected !!