Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 15, 2024 @ 1:31pm

Dakwaan Tak Bayar Gaji & Perkeso Fitnah Semata, AC Mizal Ambil Tindakan Undang-Undang!

Pengacara dan selebriti terkenal, Datuk AC Mizal akhirnya tampil bersuara berikutan dakwaan mengatakan syarikat televisyen miliknya, Suke TV tidak membayar gaji pekerja dan PERKESO.

Menerusi sebuah kenyataan dalam bentuk video, AC atau nama lengkapnya Mizal Zaini menepis dakwaan tersebut yang dianggap satu fitnah tidak masuk dek akal fikiran oleh beberapa individu bekas pekerjanya.

“Kenyataan dan cerita yang tular tentang kegagalan Suke TV bayar gaji tiga bulan kepada individu-individu tersebut di media sosial adalah tidak benar dan fitnah semata-mata,” katanya.

Susulan itu, AC akan mengambil tindakan undang-undang serta merta terhadap individu-individu yang menyebarkan fitnah sehingga telah menggores imej syarikatnya itu.

“Saya telah mengarahkan peguam saya dan syarikat Suke TV untuk mengambil tindakan undang-undang serta merta terhadap individu-individu terbabit berkenaan penularan fitnah ini.

“Oleh itu, biarlah mahkamah menentukan salah betul masing-masing,” tambahnya.

Dalam pada itu, AC turut menjelaskan individu-individu yang memfitnahnya itu adalah bekas pekerja yang telah diberhentikan atas faktor melanggar syarat syarikat Suke TV.

“Cuma saya nak nyatakan kenyataan fitnah tersebut disebarkan oleh bekas pekerja yang antaranya telah ditamatkan perkhidmatan mereka oleh syarikat Suke TV kerana didapati melanggar syarat-syarat perkhidmatan.

“Kami mempunyai semua bukti, tetapi tidak akan mencanangkan butir-butir itu kepada umum,” ujarnya.

Sebelum ini, nama AC menjadi sebutan ramai selepas tular sebuah video dan curahan hati di media sosial mendakwa selebriti yang juga merupakan pelakon dan usahawan ini tidak membayar gaji pekerja selama tiga bulan termasuklah, perkeso.

Artikel Berkaitan: Stesen TV Milik Pengacara Popular Berstatus Datuk Didakwa Tak Bayar Caruman Perkeso, Gaji Pekerja Tertunggak 3 Bulan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 20 Mar 2025
Hiburan Fri, 29 Nov 2019

Da’i Farhan Tak Mahu Berdiam Diri, Buat Laporan Polis Terhadap Pemfitnah

Biarlah mereka selesaikan masalah keluarga dengan cara mereka. Tak perlu lah kita menokok tambah sebab bukan kita yang lalui, betul tak?

Hiburan Wed, 9 Oct 2019
Featured Sun, 5 Mar 2023
Hiburan Thu, 28 Feb 2019

Terpalit Cinta Lokasi, Aliff Aziz Mohon Maaf Kepada Isteri

Adakah Bella Astilah sedia menerima semula Aliff selepas episod kecewa kali kedua ini?

error: Content is protected !!