Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 1, 2023 @ 10:50am

Rezeki Mencurah Selepas Menang Bintang Paling Popular, Dipilih Jadi Duta… Bell Ngasri Dapat Bayaran Tinggi?

Selepas meraih trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH ke-35 (ABPBH35), pelawak Bell Ngasri, 43, tidak pernah meletak harga bayaran tinggi untuk sesuatu kerja seni.

Walaubagaimanapun, pemilik nama Nasrizal Ngasri ini tidak menafikan terdapat peningkatan harga bayaran untuk beberapa tawaran kerja yang ditetapkan sendiri oleh penganjur.

“Sejujurnya, saya tak letak harga bayaran tinggi. Mungkin ada peningkatan sedikit, tapi bukan saya yang tentukan. Sebaliknya, mereka (penganjur) sendiri yang menambah kadar bayaran untuk diberikan.

“Pernah berlaku situasi, saya diberikan harga yang berbeza berbanding dulu sehingga saya tanya secara bergurau, kenapa dulu tidak beri harga begini?” katannya.

Tidak kisah dengan bayaran yang diberikan, Bell bersyukur dan menganggap populariti yang diraih sebagai rezeki.

“Tetapi saya tak kisah pun sebab dah lama dalam bidang ini. Asalkan kena dengan tawaran dan harganya berbaloi. Apa bayaran yang mereka berikan, itu adalah rezeki saya.

“Mereka tahu cara kerja saya dan menghargai hasilnya. Jadi kadang-kadang saya tidak perlu letakkan harga, tapi mereka tahu sendiri,” katanya.

Pelakon filem Kaki Bakar ini ditemui pada majlis pengumuman pelantikannya sebagai wajah produk minyak wangi jenama Sky keluaran Ikonik Sky Entertainment, baru-baru ini.

Sering membawa watak lelaki kampung, Bell tidak menyangka dirinya masih mendapat tempat menjadi duta atau wajah bagi sesebuah produk.

“Mereka mempercayai saya dan itulah yang dinamakan rezeki. Saya pun tak sangka rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Saya percaya setiap tawaran yang datang itu bersebab. Mungkin saya dekat dengan pelbagai golongan selain suka bertemu peminat,” katanya.

Sementara itu, Menurut Pengarah Urusan Iconic Sky Entertainment, Muhammad Danial Ismail, wangian Sky tampil dengan tiga variasi Bell Edition iaitu Bell Eau De Parfum for Him, Bell Eau De Parfum for Her dan Bell Freshener.

“Pemilihan Bell sebagai duta produk untuk wangian Sky bagi Bell Edition adalah bertepatan dengan visi kami untuk memperkenalkan jenama ini kepada pasaran tempatan. Kami bakal adakan acara besar-besaran untuk melancarkan wangian ini di Karnival Kedah Best yang akan berlangsung di Tasek Darul Aman Park, Jitra Kedah pada 23 Disember hadapan.

“Bell sendiri akan turun padang ke sana bagi memeriahkan acara. Selain pelancaran dan jualan wangian, Karnival Kedah Best turut menarik ramai pengunjung dengan pelbagai acara menarik seperti Pertandingan Memancing, Perhimpunan Motor, Jualan T-Shirt (motor dan memancing) serta booth jualan makanan.

“Pengunjung yang datang boleh menyertai cabutan bertuan dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM500,000 antaranya Nissan GTR, Yamaha 135LC, gelang emas dan wang tunai dengan setiap pembelian. Kesemua pembelian wangian dan baju akan mendapat satu kupon cabutan bertuah,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 10 Jun 2019

林文荪化身女Rapper首献处女秀!真心细诉音乐梦心路历程

向来唱民族、艺术歌曲,全身散发着文青女气质的林文荪,摇身一变狂野女Rapper,献唱亲自填词的饶舌曲,真心细诉音乐梦心路历程。

Featured Tue, 12 Dec 2023
Featured Thu, 12 Jan 2023

‘This Is Ernie Zakri Showcase’ Berjaya Menambat Hati 200 Peminat Bertuah

Kelunakan dan lontaran vokal mantap Ernie memang tak dinafikan power! Looking forward for next concert berskala besar! Axiata kan? Janjiiii 🤣🤪

Featured Wed, 21 Sep 2022

[VIDEO] Netizen Berang Usahawan Asyalliee Bubar Sistem Agent Secara Mengejut – “Lupa Ke Dia Kaya Sebab Apa?”

Hmm, banyak isu kan antara founder, agent dengan stokis ni? Apapun tuan badan dah tampil jelaskan

Featured Tue, 5 Apr 2022

‘Puasa’ Instagram, Laudya Cynthia Bella mahu fokus ibadah

Bella berehat dari dunia media sosial sepanjang bulan Ramadan

Hiburan Thu, 21 Mar 2019

Hasnol Menangis Rakam Semula ‘Laguku Untukmu’

Penyanyi popular sekitar 90 an, Hasnol mendedahkan pengalaman sebak ketika merakamkan semula single Laguku Untukmu yang pernah melonjakkan namanya 20 tahun dahulu. Kata penyanyi berusia 49 tahun ini ketika ditemui XTRA, dia bakal merakamkan semula […]

Featured Tue, 17 Dec 2024
error: Content is protected !!