Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 28, 2022 @ 4:28pm

Ahirine Ahirudin Risau Berlakon Di Samping Hattan

Pendatang baharu dalam dunia lakonan, Ahirine Ahirudin, 26, mengakui risau untuk bekerja dengan artis otai seperti Datuk Hattan.

Bergandingan dengan Hattan dalam filem Gadis Jolobu The Movie yang bakal ditayangkan pada 4 Ogos 2022, gadis yang pernah menjadi wartawan penyiaran dan pengacara ini membawakan watak Jijah.

Gadis Jolobu The Movie dihasilkan susulan kejayaan lagu duet Hattan bersama Waris, Gadis Jolobu yang meraih hampir 10 juta tontonan di YouTube.

“Pada mulanya, saya risau untuk bekerja dengan artis otai seperti Hattan. Maklumlah, watak Jijah banyak dengan Atan (Hattan) termasuk babak romantik.

“Bagaimanapun, selepas saya bawa Hattan naik motosikal pusing bendang dan ronda keliling kampung, perasaan risau hilang, malah sering ketawa dengan telatah lucunya.

“Saya juga tidak kekok bergandingan dengan Khir Rahmah dan Joey Daud kerana pernah menemubual mereka.

“Mereka adalah pelakon profesional dan tahu apa yang perlu dilakukan di lokasi penggambaran. Begitu juga dengan pengarah, CL Hor.

“Jijah adalah gadis yang bertugas sebagai pegawai tentera dan pulang ke kampung untuk menjaga neneknya.

“Saya tidak perlu bertutur dialek Negeri Sembilan pekat sangat kerana Jijah bekerja di bandar.

“Selain dibantu Hattan dan pelakon kelahiran Negeri Sembilan, ada guru lakonan memberi bimbingan dari segi dialek dan sebagainya,” katanya.

Menariknya, filem berteraskan dialek Malaysia itu memberi tumpuan pada budaya dan tradisi Minangkabau dari Negeri Sembilan.

Kata Ahirine lagi, filem Gadis Jolobu The Movie turut menyerlahkan sisi komedi dalam dirinya.

“Saya sebenarnya suka buat orang ketawa kerana tidak mahu berasa tekanan di lokasi. Khir dan Joey juga suka buat lawak. Jadi, saya memang ketawa dan terhibur dengan telatah mereka.

“Untuk babak aksi, saya mengalami sakit badan lebih seminggu ketika merealisasikan adegan pertarungan dengan penjahat.

“Selain dibantu koreografer aksi, saya memang ada asas dalam seni mempertahankan diri iaitu Muay Thai dan Krav Maga.

“Masih banyak aspek lakonan yang perlu diperbaiki terutama ekspresi muka. Ini kerana sebelum ini saya banyak berada di belakang tabir untuk babak aksi dan lagak ngeri dalam filem,” katanya lagi.

Selain Hattan, Ahirine, Joey dan Khir, filem terbitan syarikat hiburan terkemuka Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dan Zebra Studios Sdn Bhd turut menampilkan anak Hattan, Adam E dan Nizam Laksamana.

Filem ini akan menemui penonton di pawagam GSC di seluruh negara bermula 4 Ogos depan. Malah, turut ditayangkan di platform Over-The-Top (OTT), Get PLAY yang akan diumumkan kemudian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Mar 2024
Hiburan Sun, 30 Jul 2023
Hiburan Thu, 4 Jan 2024
Hiburan Sat, 26 Jan 2019

Persedian Untuk AJL Ke 33, Jaclyn Victor Lebih Kerap Karaoke

Good Luck Jac & Nana dengan Nisan Cinta nanti!

familuv Tue, 21 Jun 2022

[VIDEO] Selepas Direman 3 Hari, Sharnaaz Ahmad Terus Lepas Rindu Jumpa Anak

Sharnaaz Ahmad lepas rindu jumpa anak lelakinya sebaik sahaja dibebaskan.

Hiburan Wed, 23 Apr 2025

Netizen Kritik Penampilan Seksi Daiyan Trisha – “Mengucap Banyak-Banyak”

Daiyan Trisha sekali lagi dikritik seksi, tak jaga aurat lepas balik Umrah

Hiburan Sat, 28 Aug 2021

Ejen Ali Misi: Juang Menang Di ContentAsia Awards 2021

Filem pendek Ejen Ali Misi: Juang hasil kolaborasi Primeworks Studios dan WAU Animation berjaya meraih trofi kategori Best 3D Animated Kids TV Programme di ContentAsia Awards 2021. ContentAsia Awards merupakan sebuah majlis anugerah yang mengiktiraf […]

Hiburan Wed, 7 Jun 2023
Trending Tue, 9 Oct 2018

Kali Ini Ammar Alfian Pula Bikin Aksi Lucah

Korang confirm ke itu Ammar Alfian?

Featured Wed, 21 Dec 2022

“Dua-Dua Toksik, Hipokrit.. Soroklah Selagi Boleh, Penipu!” – Puteri Sarah Berang, Tekad Mahu Bongkar Semua Tahun Depan

Saya hanya tahu sehari sebelum melahirkan Sumayyah. Kejamkan manusia? – Puteri Sarah Liyana

error: Content is protected !!