Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 30, 2023 @ 6:14pm

Sedih Semakin Ramai Buka Tudung, Noorkhiriah Beri Teguran – “Kalau Dah Puas, Semoga Kembali..”

Pelakon, Noorkhiriah mengakui terganggu dan sedih apa bila melihat semakin ramai individu yang dikenalinya tidak lagi memakai tudung.

Khiriah menerusi hantaran di Instagram meluahkan isi hatinya yang seakan terkesan dengan keadaan industri hiburan pada zaman kini.

Menyedari dia tidak mempunyak hak untuk menilai, namun sebagai saudara seagama, Khiriah mengambil tanggungjawab untuk memberi teguran secara terbuka.

Pesan aktres filem popular Mario Mariono Bros itu, sekiranya sudah puas dia berharap individu berkenaan akan kembali ke pangkal jalan.

“Assalamualaikum. Bukan tugas akak untuk menilai, akak pun jahil lagi cuma itulah di saman media sosial ini semua berlumba nak cantik.. nak jadi macam yang itu yang ini..

“Sebolehnya, hati kena kenal adik. Kalau tak, kita tak akan bersyukur dengan apa yang ada. Sedih juga sebenarnya bila makin ramai buka tudung tapi itu adalah pilihan masing-masing.

“Akak cuma berdoa dan berharap semoga umur yang tua ini tak diduga sebegitu. Tak ada apa yang nak dikepok-kepok lagi.

Noorkhiriah
“Cuma pesan akak, bila dah puas kepok-kepokkan cinta dan baju belahan dada, berdoalah semoga dibuka kembali pintu hidayah yang pernah dapat dulu.

“Sebab tak semua Allah campakkan, maaf andai tukisan akak mengguris hati tapi akak sebagai saudara se-Islam.

“Itu tanggungjawab akak supaya bila ditanya Allah nanti, sekurang-kurangnya Allah tahu akak dah pesan kat sini, maaf sekali lagi ya,” tulisnya.

Noorkhiriah

Di ruangan kapsyen, Khiriah juga memberi peringatan tersebut kepada dirinya dan terpaksa menutup ruangan komen setelah meraih pelbagai reaksi pengikutnya.

“Berpesan-pesanlah pada kebaikan walaupun kita bukan orang yang baik… kita masing-masing sedang diuji.

“Cuma ujian itu berbeza-beza, maaf akak off komen. Ini ingatan tulus dari akak buat semua saudara seIslam. Termasuk diri akak sendiri,” katanya.

Artikel Berkaitan: Noorkhiriah Akui Bukan Senang Kekal Istiqamah – “Saya Pun Masih Haru-Biru, Fizikal & Mental Kena Strong”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 5 May 2019

Syed Saddiq Berang Ada Akaun Facebook Palsu

YB Syed Saddiq telah tampil membuat laporan polis berikutan kewujudan akuan palsu yang menggunakan nama dan gambarnya di laman sosial Facebook.

Hiburan Fri, 10 Oct 2025

“Mereka Seperti Wali-Wali Gaza” – Iylia Balqis Dedah Kejadian Sebenar Kapal Mikeno Dinaiki Ardell Aryana

Iylia Balqis perjelas Ardell Aryana hampir demam, Kapal Mikeno kena water canon selama dua jam

Events Mon, 26 Mar 2018

AV Actresses Who Just Debuted as KPOP Girl Group Releases First Song

People aren’t exactly happy about it though.

Hiburan Tue, 16 Oct 2018

陈奕迅为慈善献声!全球首唱未曝光新歌《疯狂的朋友》

Eason陈奕迅首次受邀担任《新加坡总统星光慈善2018》 压轴演出嘉宾!为慈善他演唱了全球首唱未曝光的新歌《疯狂的朋友》。

Hiburan Thu, 17 Jul 2025
Hiburan Sat, 20 Oct 2018
Hiburan Mon, 8 Dec 2025
Hiburan Tue, 18 Apr 2023
error: Content is protected !!