Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 25, 2022 @ 4:55pm

“Saya Tak Pernah ‘Single’ Terlalu Lama, Hidup Saya Bosan….” – Anggap Lelaki Tidak Semua Sama, Shila Amzah Akui Tidak Serik Untuk Cari Pengganti

Pelantun lagu, Patah Seribu, Shila Amzah mengakui tidak pernah menutup pintu hatinya untuk menerima kehadiran insan bergelar lelaki sebagai suami.

Menurutnya, walaupun kini dia berasa gembira dengan kehidupan baharunya namun, itu bukanlah tanda beliau tidak mahu mencari pengganti.

“Sekarang saya gembira dan bukan dalam proses untuk mencari-cari pasangan hidup baharu. Ia belum lagi, tapi pintu hati saya tetap terbuka untuk menerima orang baharu,” katanya.

Tegasnya lagi, dia kini mengakui sudah mula berasa bosan dengan kehidupan tanpa pasangan.

“Saya tak pernah ‘single’ terlalu lama. Hidup saya bosan kalau kerja saja dan tak ada apa-apa hubungan. Saya bukanlah tak boleh ‘single’ terlalu lama. Jadi ‘single’ ini seronok tapi bukan untuk hari-hari,” jelasnya.

Shila, 32, berkata, dia juga tidak serik untuk mendirikan rumah tangga memandangkan usianya juga masih muda. Malah dia yakin yang setiap lelaki itu tidak sama.

“Saya juga tak serik untuk berumah tangga, sebab saya masih muda dan saya yakin semua lelaki bukan sama. Kita tak boleh nak pukul rata semua lelaki,” ujarnya.

Bagaimanapun, pemenang Anugerah Juara Lagu ke 36 bergandingan bersama Sekumpulan Orang Gila (SOG) ini memaklumkan, dia hanya mengharapkan wujudnya keserasian terhadap pasangannya selepas ini.

“Saya dah tak ada ciri spesifik untuk lelaki yang saya mahukan. Orang kata kalau nak doa (dapat jodoh) perlu spesifik. Tapi sebelum ini saya terlalu sepsifik sangat macam kena tinggi dan kena pandai. Selepas ini saya akan lebih terbuka dan tengok mana yang lebih sesuai.

“Kadang-kadang apa yang sesuai dengan kita adalah bukan daripada apa yang kita mahukan. Keutamaan saya adalah keserasian dari segi cara bercakap yang sama dan cara bergaduh yang sama. Maksudnya kita boleh faham bahasa cinta antara satu sama lain. Itu semua penting, kalau tak sama jadi penat dan pada saya memang buang masa,” katanya.

Terdahulu, Shila Amzah sah bercerai selepas 4 tahun mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018. Hasil perkahwinan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 2 Jul 2019
Trending Thu, 15 Mar 2018

Dinobat Kanak-Kanak Perempuan Paling Cantik Di Dunia, Ramai Lelaki Ajak Anastasia Knyazeva Dating!

Baru berusia 7 tahun, namun ramai lelaki mengajaknya keluar dan apa yang mengejutkan kebanyakan mereka adalah golongan dewasa. 

Trending Fri, 22 Apr 2022
Trending Tue, 10 Apr 2018

10件「情侣日常」甜到让人融化

因为相爱而在一起的情侣,在日常生活中,会不经意有许多「充满爱」的甜蜜动作,自己觉得没什么,但却会闪瞎旁人!

Hiburan Wed, 18 Jul 2018

People are Petitioning to the Government for Dispatch to Be Shut Down

It seems like people finally realise how damaging Dispatch’s reporting can be.

Hiburan Tue, 31 Dec 2019
Hiburan Sun, 19 Jan 2025

“Kalau Nampak Saya & Fattah Amin Keluar Bersama, Itu Semua Atas Dasar Kerja” – Amira Othman

Fattah dan Amira mencuri perhatian pengunjung apabila tampil berpakaian sedondon warna ‘burgundy’.

Trending Mon, 27 Jul 2020
error: Content is protected !!