Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi December 21, 2022 @ 12:14pm

“Dua-Dua Toksik, Hipokrit.. Soroklah Selagi Boleh, Penipu!” – Puteri Sarah Berang, Tekad Mahu Bongkar Semua Tahun Depan

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana, 37, mencuri perhatian selepas meluahkan rasa bengang berdasarkan beberapa hantaran di Instagram Story miliknya, semalam.

Umum sedia maklum, konflik rumah tangga Puteri Sarah bersama pengarah tersohor, Syamsul Yusof yang didakwa curang sehingga kini masih ‘tergantung’.

Susulan itu, perkongsian Sarah mengundang 1001 persoalan mengenai intipati sebenar dan kepada siapa mesej tersebut ditujukan.

Berdasarkan hantaran itu, Puteri Sarah menggelarkan individu berkenaan sebagai seorang yang narsistik dan gemar memutar belitkan fakta.

“Soroklah selagi boleh sorok. Kebenaran akan terbongkar juga satu hari nanti. Seorang yang narsistik seperti awak akan sentiasa manipulasi perkara sebenar.

“Saya dah terlalu penat melayan perkara toksik. Penipu akan sentiasa menjadi PENIPU.

“Semoga berjaya untuk awak berdua. Kedua-dua toksik!” tulisnya di Instagram Story.

Menerusi hantaran lain, Puteri Sarah turut berkongsi sebuah laporan berita daripada portal mStar mengatakan selebriti ini mahu terus berfikiran positif.

Bagaimanapun, Puteri Sarah berkata dia hanya tahu mengenai kejadian yang berlaku (konflik rumah tangga) sehari sebelum melahirkan puteri sulungnya, Sumayyah.

“Saya hanya tahu sehari sebelum melahirkan Sumayyah. Kejamkan manusia? Orang sekeliling kita kadang kala boleh menjadi sangat narsistik dan manipulatif. Pilihlah orang sekliling anda dengan bijak,” katanya.

Di kesempatan itu, Sarah turut menegaskan bakal membongkar segala kejadian yang berlaku pada tahun hadapan dek kerana sudah tidak dapat menahan sabar dengan sikap hiporkit segelintir pihak.

“Semoga 2023 dapat bongkar semua. Saya dah penat dengan semuanya, hipokrit!” tambahnya lagi.

Sebelum ini, Puteri Sarah mendedahkan pihak ketiga iaitu Ira Kaza yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Syamsul mendapat surat daripada mahkamah akibat melanggar perintah injuksi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Perkara Ini Tak Sepatutnya Berlaku” – Ahli Keluarga Ira Kaza Akan Dikena Tindakan Mahkamah Gara-Gara Langgar Perintah Injuksi Puteri Sarah

Artikel Berkaitan: “Bila Dia Puji Masakan Hari Saya Sangat Indah, Tak Perlu Benda Lain” – Puteri Sarah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 27 Feb 2022

Dapat Jualan RM5.4 Juta, Koleksi Ramadan Tudung Milik Fazura Habis Terjual Dalam Masa 1 Jam

Patut sekarang ramai yang beralih pakai tudung bawal kan??

Featured Wed, 21 Jun 2023
Featured Mon, 2 Dec 2024

Daus Eli ‘Comeback’ Dengan Terukir… Mahu Fokus Ke Pentas AJL

“Kali ini takkan menghilang lagi. Kali ni memang nak fokus dengan lagu ini” – Daus Eli

Featured Mon, 11 Nov 2024

Aina Abdul Dedah Kemunculan Fattah Amin Dalam MV Adalah Pilihan Ibu – “Dia Cakap Kena Ada Hero Dalam MV Ni”

Ibunya merupakan orang pertama yang mendengar lagu tersebut sekaligus memberi cadangan agar aktor itu muncul dan menjadi hero dalam muzik video berkenaan.

Featured Thu, 12 Jun 2025
Trending Thu, 6 Sep 2018

Tenang…BSN Jawab Isu Duit Hilang Dalam Akaun

Sebanyak RM10 perlu dikekalkan dalam akaun sebagai jumlah minimum yang harus disimpan dalam akaun simpanan pelanggan.

Hiburan Sat, 30 Jul 2022
Hiburan Wed, 24 Jan 2024

“Iya Saya Dan Fuad Masih LDR” – Farah Lee Perjelas Sebab Tinggal Berasingan Dengan Suami

Haa kenapa tu? Kita doakan Farah bahagia bersama suami & anak

error: Content is protected !!