Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 14, 2021 @ 10:19am

Janna & Dini Jadi Kim K & Squid Game, ‘Ikan Paus’ Syamel, Apa Kena Dengan Fesyen Aina Abdul? – Jom Baca Corat-Coret Sepanjang ABPBH 34!

Masih mengekalkan konsep norma baharu, Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-34 (ABPBH 34) telahpun melabuhkan tirainya pada malam tadi dengan suasana yang cukup meriah walaupun tanpa kehadiran penonton.

Diserikan dengan persembahan pembukaan malam anugerah dengan kehadiran artis popular tanah air, pastinya ABPBH 34 kali ini tampil dengan semangat baru.

Justeru itu, masih tidak terlambat rasanya untuk Xtra mengucapkan syabas dan tahniah buat semua pemenang terutamanya kepada Janna Nick kerana berjaya membawa pulang gelaran Bintang Paling Popular Berita Harian ke-34 dengan jumlah undian sebanyak 86,374,777 undian. Wow!

Berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), ABPBH 34 kali ini membariskan 14 kategori utama, satu kategori khas dan enam kategori online.

Dengan tema #KITABERSAMA, jom kita throwback semula corat-coret sepanjang ABPBH Ke- 34!

1. Peminat wish Dolla pakai gaun di karpet merah? Tapi, hakikatnya…

Kumpulan wanita sensasi Malaysia, Dolla yang dianggotai oleh empat orang gadis ini tidak lari daripada menerima jolokan Blackpink Malaysia. Walaupun tidak beraksi di pentas ABPBH 34 kali ini, Dolla bagaimanapun tidak menghampakan peminat-peminatnya kerana membawa pulang anugerah Artis Baharu Wanita Popular #ABPBH34.

Namun begitu, lain pula ceritanya apabila netizen berharap kali ini Dolla tampil anggun dengan mengenakan gaun pada karpet merah ABPBH 34 semalam.

2. Next Level! Aina Abdul  The Next Mummy Didie Alias & Biar betul seluar trek buat lilit kepala?

Penyanyi bersuara lunak, Aina Abdul juga antara artis yang sering menjadi perhatian peminat tiap kali anugerah berlangsung.

Kalau tahun lalu, Aina disama kan dengan ais krim, kali ini lain pula ceritanya. Tampil dengan busana berwarna hitam berbentuk bunga di bahagian kepala persis bunga di Karpet Merah ABPBH 34 malam tadi,  netizen melabelkan fesyen yang digayakan Aina ini semestinya next level!

Malah, ada netizen tampil dengan idea kreatif menggunakan bakul dan periuk berwarna hitam sama seperti fesyen yang tunjukkan penyanyi berusia 28 tahun ini.

 

3. Ikon! Nabila Huda disamakan dengan watak Disney, Pocahontas

Kali ini, Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil, tampil dengan penuh menawan bertemakan, klasik, moden dan mid-glam pada ABPBH 34 sehingga ada yang menyamakannya dengan karakter terkenal, Pocahontas.

Jadi tidak hairanlah sekiranya pelakon dan pengacara berbakat ini digelar ikon fesyen dalam kalangan peminat dan juga rakan- rakan artis.

4. Augmented Reality (AR) dianggap tidak relevan & mengarut!

Semestinya dalam corat-coret kita kali ini, bukan sahaja pakaian artis, lagu, suara, malah isu teknikal juga antara yang menjadi topik pilihan netizen kita. Ini termasuklah, isu berkenaan Augmented Reality (AR).

AR adalah sejenis unsur digital langsung yang anda lihat pada skrin televisyen. Sebagai contoh, ikan paus yang timbul ketika Syamel membuat persembahan menerusi lagu Salam Terakhir.

Rata-rata penonton yang melihat persembahan tersebut di ABPBH 34 malam tadi kurang berpuas hati dengan pemilihan grafik AR yang digunakan.

Haa, kalau nak tahu dengan lebih lanjut apa itu AR, jom check this out!

 5. Awal Ashaari & BTS?

Kehadiran Awal Ashaari dan isteri, Scha Alyahya sebagai penyampai pada malam ABPBH 34 juga antara yang menarik perhatian netizen.

Mana taknya, baju berjenama mewah yang Awal gayakan turut disamakan dengan ahli kumpulan Kpop terkenal BTS, J Hope.

6. Who wear it better? Haqiem Rusli & Dolla pun kena!

Nampaknya kali ini, pemenang anugerah Penyanyi Lelaki Popular, Haqiem Rusli dan ahli kumpulan Dolla juga tidak terlepas menjadi ‘mangsa’ netizen.

Ini kerana, kedua-duanya dilihat memakai ‘aksesori’ yang sama pada majlis anugerah berprestij malam tadi.

 

7. Gabungan Squid Game & gaya ala Kim Kardashian di Met Gala, Janna Nick ‘buat’ hal!

Walaupun pengacara, penyanyi dan pelakon, Janna Nick dinobatkan sebagai pemenang ABPBH 34, namun itu bukan alasan untuk beliau dan teman lelaki terlepas dari menjadi ‘bahan’ usikan netizen.

Tampil dengan busana persis model antarabangsa, Kim Kardashian disamping teman lelaki, pelakon Dini Schatzmann yang turut memakai penutup muka seakan-akan karakter di dalam filem Korea popular, Squid Game, pasangan ini nampaknya masih menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Al-maklumlah, ramai yang terkejut dan mempersoalkan Janna Nick tampak berisi dan wajah kelihatan seakan-akan bengkak. Betul ke? Tak baik netizen ni!

Bukan itu sahaja, netizen turut mempertikaikan jumlah undi yang diperolehinya memandangkan penduduk Malaysia adalah kurang daripada jumlah undian yang diterima Bintang Paling Popular ini iaitu sebanyak 86,374,777 undian.

8. Persembahan Anuar Zain paling ditunggu-tunggu

 

Semestinya, persembahan yang paling ditunggu-tunggu oleh kebanyakan penonton dan netizen adalah persembahan daripada penyanyi berkelas A iaitu Anuar Zain.

Walaupun hanya menyampaikan sebuah lagu, namun persembahan Anuar dianggap sebagai penyeri malam anugerah berkenaan.

Apapun, sekalung penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada semua pemenang ABPBH 34! #KITABERSAMA

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 24 May 2025
Hiburan Wed, 13 Mar 2019

Cinta Tanpa Henti Gandingkan Aeril Zafrel dan Elizad Sharifuddin

Aeril Zafrel kini kembali lagi di kaca televisyen dengan drama terbaru beliau iaitu Cinta Tanpa Henti bersama Elizad Sharifuddin.

Hiburan Sun, 14 Jul 2019

“Ada Kereta Masuk Kanan Tiba-Tiba…”- Ebit Lew Cemas Kena Langgar

Ada kereta berhenti sekejap semua terus jalan. Tiba saya pandang mana kereta satu lagi…

familuv Wed, 13 May 2020
Trending Wed, 11 Apr 2018

May 9th Officially a Public Holiday in Conjunction with GE14!

The government just announced it so that everyone can easily vote.

Featured Fri, 7 Nov 2025

“Ernie Zakri Tidak Bossy, Tidak Diva & Hormat Orang”- Allan Anderson

Kata Allan, Ernie bukan sahaja berbakat tetapi sepanjang bekerjasama tetapi…

Featured Sat, 31 Jan 2026

“Tak Payah Timbulkan Lagi Isu Suami Kaya Atau Kayap, Kita Semua Sama Je” – Anzalna Nasir

Anzalna tidak terasa hati dan bersikap terbuka mengenai isu tular tersebut.

Hiburan Tue, 6 Feb 2018

GEGARIA嘉年华8个必打卡点

一个聚集了吃喝玩乐的Gegaria嘉年华,于上周末在新山Plaza Angsana圆满举行!受邀出席采访的小编发现,嘉年华不仅适合老人与小孩,更是年轻人「必去」,因为……实在有太多可以打卡的点, po一个星期都没有问题!

Featured Wed, 30 Nov 2022

Jaga Aurat Isteri, Aeril Zafrel Dipuji Warganet – “Kita Ini Meniaga Jangan Tunjuk Aurat”

Pasangan selebriti terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kembali tular di media sosial kerana aksi mereka yang berjaya meraih perhatian netizen. @kakmid8803 Diam seribu bahasa! Kelu terus wawa zainal.. Tapi asben jenis tegur soft je […]

error: Content is protected !!