Euforia Bola 2026
familuv By: Fadzlena Jafar May 13, 2020 @ 5:34pm

Temui Chef Kobe, bayi comel berusia setahun yang menjadi sensasi Internet

Gordon Ramsay sila ke tepi, Chef Kobe kini pilihan peminat dunia masakan!

Jika anda peminat tegar program masakan, nama Chef Kobe kini pasti tidak asing lagi khususnya dalam laman sosial Instagram.

Menggunakan nama pena Chef Kobe, bayi berusia setahun yang tampil dengan identiti unik memakai topi chef berwarna merah kini menjadi sensasi Internet terbaharu apabila ‘program masakannya’ sentiasa dinantikan.

Penonton pasti tersenyum melihat video masakan bayi berkenaan terutama apabila menyaksikan aksi comel Chef Kobe membuat persediaan setiap hidangan.

Sebut apa sahaja, membuat doh piza, memasak pasta, membuat kek atau membuat ais kocak, semuanya sudah dilakukan dan pastinya membuatkan anda yang baru berjinak-jinak dalam dunia masakan, tersipu malu!

Bersesuaian dengan maklumat yang tertera pada akaun Instagramnya @kobe_yn, ‘Hi, I’m Chef Kobe, I like to cook & eat’ (Hai, saya Chef Kobe, saya suka memasak dan makan), bayi comel itu juga mencuit hati apabila sering kali memasukkan bahan yang sepatutnya digunakan untuk memasak, ke dalam mulutnya.

Sambil memasak, sempat lagi makan. Memang comel sungguh Chef Kobe!

Akaun yang mempunyai 63 hantaran itu kini sudah mempunyai lebih 602,000 pengikut dan dikendalikan ibu bapa bayi comel itu.

Meskipun dibantu ibunya sepanjang proses memasak, gelagat bayi berkenaan yang diberi peluang untuk memasukkan bahan dan mengacau adunan, amat menyeronokkan.

Menerusi hantaran terbaharu, Chef Kobe berkongsi cara membuat kebab nanas dan sebelum itu, si comel sensasi itu menyediakan bar cip coklat pisang vegan yang tampak sungguh menyelerakan.

Tindakan ibunya memasak dengan si kecil membuatkan Chef Kobe meminati sayur-sayuran.

Lebih menarik pada hujung setiap video, Chef Kobe diberi peluang mencuba masakannya. Gelagatnya apabila melihat ‘hasil masakannya’ pasti membuatkan anda ketawa.

Semoga Chef Kobe membesar menjadi jurumasak terkenal satu hari nanti!

KREDIT GAMBAR: Instagram @kobe_yn

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 17 Oct 2018

Hasilkan Garam Berwarna Merah Jambu, 5000 Kolam Air Garam Ini Tersusun Indah Di Peru!

Keluasan setiap kolam adalah 5 meter dan kedalamannya adalah 30 cm.

Featured Tue, 29 May 2018

Kalau Tak Nak Boros Berbelanja, Ikuti 5 Tip Membeli-Belah Ini

Jangan nak syok sangat membeli-belah, takut pokai pula lepas raya!

Featured Fri, 23 Sep 2022
familuv Tue, 24 Jul 2018

Ini Antara Punca Yang Anda Tidak Tahu Tentang Kenapa Bayi Boleh Tersedak Susu

Jangan disebabkan kelalaian kita, nyawa anak tergadai!

Featured Sun, 17 Apr 2022
Featured Tue, 23 May 2023
Featured Tue, 28 Oct 2025

Ayda Jebat Mengaku Tak Pandai Masak, Netizen Komen Minta Teruskan Usaha 

Ayda Jebat mencuri perhatian warganet apabila secara jujur mengaku dia tidak pandai memasak, namun kini sedang berusaha belajar demi keluarga kecilnya.

error: Content is protected !!