Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir March 2, 2023 @ 12:16pm

“Penyondol Akan Sentiasa Penyondol!” – Nurul Shuhada Tidak Terima Permohonan Maaf, Sedang Terima Rawatan Di Hospital

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri tampil memberitahu perosak rumah tangga orang atau penyondol akan sentiasa menjadi penyondol.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, dia seakan-akan tidak terima permohonan maaf yang pernah dibuat oleh wanita yang didakwa menganggu rumah tangganya, Athira Yuhada.

“Dengar sini semua! Yeap, penyondol akan sentiasa penyondol! Maaf dekat Humairah dan Umar? Tidak, penyondol akan sentiasa penyondol!

“Kali ni, saya sendiri akan cakap, bukan dari orang lain memandangkan saya dah bercerai, mari kita lihat kehidupan penyondol itu selepas ini!,” ujarnya.

Terkini, Shuhada berkongsi keadaannya yang sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital dan meminta maaf tidak dapat memberi kerjasama buat masa ini.

“Assalamualaikum pada rakan media, clients dan sahabat-sahabat yang sedang menghubungi Shu.

“Shu minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat beri kerjasama dan tanggungjawab buat masa ni sebab Shu sedang terima rawatan kat hospital.

“Shu akan beri kerjasama penuh selepas selesai semua rawatan. Doakan Shu kuat,” katanya serta menunjukkan wajahnya yang ditutup dengan kapas di bawah mata.

Untuk rekod, Hafiz dan Shuhada telah mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia 2 tahun.

Namun, rumah tangga mereka mulai retak apabila didakwa Hafidz curang dan telah menceraikan isterinya dengan talak satu dimana ia telah disahkan oleh adik kepada Shuhada sendiri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 29 Oct 2019

Wanita Terkejut Lukisan ‘Biasa’ Tersorok Di Dapur Milik Pelukis Agung Itali

Jom kita tengok tengok lukisan yang ada di rumah mana tahu ada ‘tuah’

Featured Mon, 20 Mar 2023
Hiburan Fri, 12 Dec 2025

Zizie Ezette Semakin Kuat Hadapi Pemergian Suami – “Saya Nak Abang Tengok Saya Lebih Bahagia”

Zizie Ezette mengakui masih merindui arwah namun sedikit demi sedikit sedang belajar menerima takdir pemergian suaminya itu

Featured Tue, 22 Apr 2025

“Mama Pesan Jangan Sedih, Biarkan Dunia Kecam… Allah Tetap Ada” – Rebecca Nur Al Islam Bangkit Hadapi Dugaan

Rebecca turut menyatakan tekadnya untuk kekal tabah dalam menghadapi pelbagai ujian dan fitnah.

Events Fri, 3 Feb 2023
error: Content is protected !!