Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 11, 2025 @ 8:00pm

Rakan Bisnes Bersuara Lagi! Suami Dakwa Zahnita Letak D*dah Dalam Makanan?

Susulan dakwaan yang dibuat oleh rakan perniagaan kepada pelakon dan model Zahnita Wilson iaitu @neysahz, pelbagai respons telah diterima daripada warganet.

Disebabkan ramai yang mengecam dirinya, wanita itu sekali lagi tampil mendedahkan masalah yang didakwa sedang dihadapi oleh selebriti berkenaan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram Story, Neysahz atau nama sebenarnya Nur Hanisah mendakwa, dia tidak berniat untuk mencampuri urusan peribadi selebriti itu, sebaliknya merasakan dia berhak bersuara memandangkan dirinya mengetahui perkara sebenar di sebalik kejadian yang berlaku.


Lebih mengejutkan, wanita itu mendakwa suami Zahnita, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, tidak pernah membuka aib atau memburukkan isterinya kepada orang lain.

Ini termasuklah, tuduhan pengambilan dadah yang didakwa tidak benar.

Malah, menurut Zackery, Zahnita adalah individu yang didakwa memasukkan benda terlarang itu ke dalam makanannya.

Hanisah menegaskan bahawa pasangan itu masih sah sebagai suami isteri, dan dia merancang untuk menyerahkan segala bukti yang dimilikinya kepada suami Zahnita.

“Segala bukti yang saya ada, termasuk gambar ketika anak bongsu mereka hampir lemas, akan saya serahkan kepada suami dia.

“Malah sekarang, jiran-jiran pun ada bagi gambar anak mereka yang beberapa kali terlepas keluar dari kawasan rumah,” dakwanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Rakan Bisnes Dakwa Zahnita Wilson Putar Belit Cerita, Kisah Dipukul Suami Tidak Benar?

ARTIKEL BERKAITAN:Dituduh Putar Belit Cerita Isu Dipukul Suami, Zahnita Wilson Dedah Laporan Perubatan Alami Kecederaan Di Mata & Telinga

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Nov 2023
Featured Wed, 20 Oct 2021

“Ramai Panggil Saya C*laka, Bab*…” – Didakwa Buka Aib Raja Farah, Fauzi Nawawi Mohon Maaf

Pelakon, Fauzi Nawawi tampil memohon maaf atas kesalahannya terlepas kata mengenai isu melibatkan pengalaman berlakon bersama Raja Farah dalam filem Anak Halal. Menurut Fauzi, laman sosialnya menjadi sasaran netizen yang mendakwanya membuka aib Raja Farah. […]

Featured Fri, 27 May 2022
Trending Tue, 10 Apr 2018

Pernah Terfikir Bercuti Ke Angkasa Bersama Keluarga? Nah, Sekarang Waktunya!

Hotel ini dibina oleh syarikat Orion Span yang berpengkalan di Texas mempunyai pasukan tersendiri dalam misi jelajah angkasa bersama Nasa lebih 140 tahun.

Featured Fri, 7 Oct 2022
Hiburan Sat, 5 Jul 2025
Featured Tue, 4 Apr 2023

Meerqeen Jadi Artis Malaysia Pertama Dilantik Jadi Duta Jenama Mewah Antarabangsa!

#Meerna mesti seronok baby boss mereka jadi duta jenama mewah👏👏👏

Featured Wed, 22 Apr 2020
familuv Wed, 6 May 2020

Bina sendiri permainan luncur di dalam rumah sepanjang PKP

Guna kreativiti daripada kotak dan pita pelekat

Hiburan Fri, 16 Mar 2018

Syamsul Yusof Jadi Pencipta Lagu?

Lagu ini bukan saja sarat dengan nasihat dan mesej positif, Selamat Tinggal Masa juga mulai trending dilaman Youtube sejak ia mula dilancarkan pada 8 Mac lalu, dengan jumlah tontonan sebanyak 698, 638 jumlah tontonan. Wow!

error: Content is protected !!