Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 10, 2025 @ 9:30pm

Bekas Rakan Bisnes Dakwa Zahnita Wilson Putar Belit Cerita, Kisah Dipukul Suami Tidak Benar?

Tiada angin, tiada ribut, nama pelakon dan model Zahnita Wilson kembali mencuri perhatian selepas rakan perniagaannya yang dikenali sebagai @neysahz tampil mendakwa kontroversi dipukul suami, Abdul Zackery hanyalah rekaan semata-mata.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Neyshaz mendakwa, dia tidak berniat untuk terlibat dalam isu rumah tangga model tersebut.

Namun, dia terpanggil untuk mendedahkan isu berkenaan selepas mendakwa tindakan tidak profesional yang ditunjukkan Zahnita terhadapnya selaku ‘personal shopper’ bagi produk makanannya, ‘Zahnita Humble Pie’ selama hampir tujuh bulan bermula Ogos 2024 sehingga Februari 2025.

Dakwanya lagi, Zahnita turut mengeluarkan kata-kata makian termasuklah culas dalam mengurus perniagaan.

Ini termasuklah mengambil tempahan terlalu banyak secara ‘pre-order’ namun produk makanan tersebut gagal dihantar meskipun pelanggan telah membuat bayaran penuh.

Lebih mengejutkan, Neysahz atau nama sebenarnya, Nur Hanisah mendedahkan ‘kisah dongeng’ mengenai insiden dipukul suami yang disajikan kepada satu dunia adalah tidak benar.

Malah, dia turut mendakwa sebagai seorang ibu, Zahnita tidak pernah mempertahankan anak sulungnya, Zahrafeena ketika menerima tohmahan berkenaan konflik rumah tangganya, apatah lagi pada ketika itu dia sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Tak pernah sekali dia sebagai ibu mempertahankan anak sulungnya ketika ditohmah satu dunia semasa sedang menduduki SPM kerana mempertahankan ayahnya. Walaupun saya dah pernah remind dia ‘You buat lah video apa-apa, defend anak you’.

“Banyak lagi saya nak spill. You are ruining you daughters future also Zayden the youngest. Saya selalu ingatkan, pergi dapatkan rawatan dan diagnos Zayden. Anak-anak yang lain pun saya kesiankan juga. Tapi saya pasti awak telah lakukan yang terbaik untuk mereka,” dakwanya.

Bagaimanapun, semasa artikel ini ditulis masih tiada sebarang respons daripada pihak Zahnita berhubung dakwaan pihak tersebut.

Bahkan, berdasarkan pemerhatian XTRA di ruangan Instagram milik aktres itu, dia kelihatan sedang sibuk menyiapkan tempahan humble pie miliknya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 20 Aug 2019

Idam Hero Baharu…Siapa Pilihan Farah Nabilah?

Ehem…siapa agaknya hero baru tu nanti eh?

Events Tue, 15 Jan 2019

Musim Perayaan Ini Lebih ONG Dengan CJ WOW Shop!

Wow kan rumah anda dengan WOW Your Home!

Featured Mon, 30 Mar 2020
Selebriti Fri, 10 Nov 2023
Events Fri, 25 Mar 2022
Events Tue, 18 Jun 2019

张顺源认脾气暴躁!与老婆自立门户拼事业

张顺源认是一名脾气暴躁的老板!与老婆自立门户拼事业,笑称“她竟然可以忍受我的脾气。”

Hiburan Thu, 18 Jan 2024
error: Content is protected !!