Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar April 22, 2020 @ 12:20pm

Wanita Itali berusia 104 terselamat daripada COVID-19 dan Selesema Sepanyol

Seorang wanita Itali berusia 104 tahun, dikatakan manusia tertua yang terselamat daripada dua wabak paling banyak menyebabkan kematian di dunia, selesema Sepanyol (Spanish Flu) pada 1918 dan kini, COVID-19.

Akhbar yang berpangkalan di United Kingdom (UK), The Sun melaporkan petugas kesihatan menganggap kejayaan Ada Zanusso mengharungi COVID-19 sebagai keajaiban dan memberi sinar harapan pada dunia perubatan.

Ada dikatakan mula menunjukkan gejala berkaitan COVID-19 di rumah penjagaan warga tua di Biella, utara Itali pada 17 Mac lalu, iaitu lapan hari selepas Kerajaan Itali melaksanakan Perintah Berkurung di seluruh negara.

Menurut seorang daripada empat anaknya, Giampiero, ibunya didapati muntah, demam dan mengalami kesukaran untuk bernafas sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

“Saya mengesyaki ibu dijangkiti novel koronavirus itu kerana rumah penjagaan itu sudah mempunyai beberapa kes yang disahkan COVID-19, malah ada yang sudah meninggal dunia.

“Selepas dibawa ke hospital, dia disahkan dijangkiti virus berkenaan, tetapi syukur kini dia sudah sembuh sepenuhnya. Menurut doktor kemungkinan ibu saya manusia tertua yang terselamat daripada jangkitan COVID-19,” katanya kepada media.

Ada yang dilahirkan pada 1916 turut terselamat daripada wabak Selesema Sepanyol yang melanda Eropah pada Januari 1918 hingga Disember 1920. Wabak berkenaan dikatakan menyebabkan jangkitan kepada lebih 500 juta penduduk dunia dan dianggarkan membunuh lebih 50 juta pesakit.

Petugas kesihatan membawa mayat pesakit COVIF-19 untuk dikebumikan. Itali antara 10 negara paling terkesan akibat COVID-19 (Gambar AFP/OSCAR DEL POZO)

Berbanding wabak Selesema Sepanyol yang menyebabkan kematian membabitkan pesakit pelbagai peringkat umur, COVID-19 pula dilihat lebih berbahaya kepada pesakit yang berusia 60 tahun ke atas.

Doktor yang merawat Ada, Dr Carla Furno Marchese, berkata wanita berkenaan yang dianggap keajaiban perubatan, tidak menunjukkan sebarang kesan sampingan selepas disahkan bebas daripada COVID-19.

“Dia kelihatan sihat, tidak terbaring dan mampu berjalan ke arah kerusinya, malah ingatannya kekal fokus.

“Kejayaan Ada sembuh adalah hari yang paling menggembirakan bagi kami dan memberikan harapan kepada kami lebih-lebih lagi selepas melalui hari yang sungguh menyedihkan,” katanya.

Selain wanita Itali itu, media turut melaporkan dua lagi wanita berusia 103 tahun disahkan sembuh daripada COVID-19, iaitu Zhang Guangfend dari Wuhan, China dan seorang lagi wanita dari Iran yang tidak didedahkan namanya.

Petugas kesihatan sedang merawat pesakit COVID-19 di Bologna Itali (Gambar AFP/Miguel MEDINA)

Pada Mac lalu, USA Today melaporkan kejayaan seorang lelaki berusia 101 tahun juga dari Itali sembuh daripada COVID-19.

Warga emas yang hanya dikenali sebagai Mr P itu dibenarkan keluar daripada hospital apabila ujian mengesahkan beliau negatif COVID-19 selepas mengharungi beberapa minggu di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menurut agensi berita Itali, ANSA, berita gembira itu diumumkan oleh Timbalan Datuk Bandar Rimini,Gloria Lisi.

“Mr Pi berjaya, dia sudah sembuh daripada COVID-19. Pada usia 101 tahun, dia bukti bahawa tiada siapa tahu  apa akan berlaku pada masa depan,” katanya.

Gambar utama: The Sun

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Wed, 7 Sep 2022

Jihan Muse Selamat Melahirkan Anak Kedua

Alhamdulillah selamat semuanya.. Tahniah Jihan dan suami..

Featured Thu, 8 Sep 2022
Acara Thu, 18 May 2023

Pertama Kali Datang Ke Malaysia, Andmesh Jatuh Cinta Dengan Mi Goreng Mamak & Teh Ais

Terbaiklah Andmesh! Mi goreng mamak, teh ais siappp!🤣

Gaya Hidup Tue, 5 Nov 2019

Diceraikan kerana gagal kekal gemuk? Tak percaya, bacalah!

Wanita ‘gendut’ yang berputus asa, silalah ke negara ini!

Featured Fri, 4 Jul 2025

Gara‑Gara Sebiji Epal, Umie Aida Didenda RM1,000 Di New Zealand

Kata Umie, pada awalnya dia tidak membawa apa-apa makanan kerana mahu memudahkan urusannya di kaunter imigresen.

Featured Mon, 13 Apr 2026

“Jangan Dia Minta Bau Simen Pula”- Harris Annuar & Isteri Bakal Timang Anak Kedua

Pelakon Harris Annuar berkongsi berita gembira apabila isterinya, Asha Merican kini sedang hamil anak kedua mereka.

Featured Thu, 23 Jun 2022

#SeoulSaranghae: Tak Sangka! Rupa-Rupanya G-Dragon & Lee Soo Hyuk ‘Bestfriend’ Walaupun…

Siapa sangka ahli kumpulan Big Bang, G-Dragon dan pelakon siri drama Tomorrow, Lee Soo Hyuk merupakan teman rapat sejak dahulu lagi. Walaupun ramai peminat kedua-dua selebriti popular ini terkejut, namun mereka begitu teruja melihat hubungan […]

Featured Mon, 28 Jun 2021

KWSP Perkenal i-CITRA, Permohonan Pengeluaran RM5,000 Kepada Semua Pencarum Bermula 15 Julai

Menerusi perutusan PEMULIH oleh Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini mengumumkan KWSP bakal memperkenalkan i-CITRA yang menetapkan kadar bayaran RM1,000 untuk tempoh 5 bulan kepada rakyat. “KWSP perkenal i-Citra, menerusi i-Citra, seramai […]

error: Content is protected !!