Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 27, 2022 @ 1:31pm

Hijab Seakan Biarawati Itu Hanyalah Fesyen – Aina Abdul

Penyanyi popular, Aina Abdul enggan mengambil pusing mengenai teguran netizen mengenai penampilannya ketika sidang media konsert, A Night With Aina 2.0 baru-baru ini.

Menurut Aina, gaya hijab yang dikatakan sebagai biarawati itu hanyalah sekadar fesyen semata-mata dan tidak perlu dijadikan sebagai satu isu besar memandangkan ia bertepatan dengan gaya dan jenama ‘Aina Abdul’ sendiri.

“Sebenarnya gaya tersebut memang saya mahu tampil begini. Tiada sebab apa-apa, cuma ini adalah jenama Aina Abdul (gayanya).

“Saya suka berfesyen. Walaupun gaya hijab saya disamakan seperti sister (rahib), saya hanya anggap gaya tersebut hanya fesyen sahaja,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Gaya Tudung Aina Abdul Jadi Bualan, Netizen Kata Persis Biarawati!

ARTIKEL BERKAITAN:“Onz Outfit Dia…” – Bersenam Pakai Dress Labuh, Aina Abdul Curi Perhatian

Menjawab persoalan segelintir netizen yang mengatakan Aina memuja sesuatu itu adalah tidak tepat sama sekali kerana menurut Aina, fesyen yang ditampilkan sebelum ini adalah cara beliau untuk memberikan inspirasi kepada orang lain.

“Bukannya saya pakai hijab begini, saya akan berubah dan ‘memuja’ sesuatu. Lagi pun ini cara saya untuk memberi inspirasi kepada orang lain untuk tampil dengan kelainan.

“Untuk mereka di luar sana (netizen), kalau mahu ikut, ikutlah, Kalau tidak mahu, terpulang. Lagi pun saya tidak pernah suruh pun orang lain pakai hijab seperti ini,” jelasnya.

Terdahulu, penyanyi berusia 28 tahun ini menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan peminat mahupun orang ramai apabila tampil dengan memakai hijab persis biarawati.

ARTIKEL BERKAITAN:Harga Tiket Konsert Mahal? Ini Penjelasan Aina Abdul

ARTIKEL BERKAITAN:“Tiada Istilah Copycat”- DSV Sengaja Nak Tiru Imej? Ini Respons Aina Abdul

ARTIKEL BERKIATAN:Aina Abdul Cari Penaja & Rakan Kerjasama Untuk Konsert di Istana Budaya

ARTIKEL BERKAITAN:Banyak Menang Anugerah, Aina Abdul Didakwa Semakin Demand? – “Kalau Lagu Tu Tinggi, Takkan Nak..”

 

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 30 Oct 2018
Hiburan Wed, 25 Jul 2018

Demi Lovato Rushed to Hospital After Apparent Overdose

She is reportedly in a stable condition now.

Hiburan Sun, 22 Mar 2026

Erysha Emyra ‘Prepare’ Mental Untuk Bersosial Ketika Raya – “Dulu Saya Introvert, Banyak Diam Saja”

Mengakui masih mempunyai sifat pendiam, Erysha berkata dia kini perlu ‘bersedia’ dari segi mental sebelum pulang beraya

Hiburan Wed, 8 Nov 2023

Terlalu Mesra & Bermulut Manis, Netizen Mula Meluat Layan Sikap Terlampau Peramah Jaa Suzuran?

Eh! Mesra pun salah? Kalau tak ramah, cakap sombong pulak… memang susah nak puaskan hati semua orang. Jadi diri sendiri jer✅🫶🏻

Contest Mon, 7 Oct 2019

xtra好康头 | 送你《任贤齐「齐迹」2019云顶演唱》入门票

xtra好康头 送你《任贤齐「齐迹」2019云顶演唱》入门票,让你现场见证「齐迹」的发生!

Trending Sat, 5 Feb 2022

Naim Daniel Teruja Jalin Kerjasama Dengan Joe Flizzow

Pelakon, penyanyi dan komposer, Naim Daniel kini tampil dengan karya terbaru kolaborasi bersama rapper terkemuka, Joe Flizzow berjudul Habis Sini. Hasil kerjasama World Peace Entertainment Sdn. Bhd. dengan Def Jam Recordings Malaysia itu menandakan kerjasama […]

Hiburan Thu, 21 Sep 2023
error: Content is protected !!