Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 5, 2025 @ 2:08pm

‘Rangga & Cinta’ Kembali Hidupkan Nostalgia Cinta Remaja, Ini 5 Sebab Anda Wajib Tonton!

Dua dekad selepas fenomena Ada Apa Dengan Cinta?, kisah cinta agung Rangga dan Cinta kembali di layar perak menerusi filem muzikal puitis Rangga & Cinta, yang menjanjikan pengalaman emosi dan nostalgia mendalam buat penonton.

Gabungan elemen klasik dan moden menjadikan karya terbitan Primeworks Studios ini bukan sekadar mengimbau kenangan, tetapi menghidupkan semula detik cinta remaja yang pernah mencuri hati ramai.

Berikut lima sebab kenapa Rangga & Cinta wajib ada dalam senarai tontonan anda:

1. Nostalgia Kisah Cinta Abadi

Kisah Rangga dan Cinta bukan sekadar filem cinta biasa, tetapi memori yang terpahat di hati peminat sejak 20 tahun lalu. Filem ini membuka semula helaian kisah lama itu dengan sentuhan segar, membawa penonton kembali merasai debar cinta pertama yang polos dan tulus.

2. Nyanyian ‘Live’, Bukan Rakaman

Keunikan utama Rangga & Cinta terletak pada babak nyanyian yang dirakam secara langsung di set tanpa pre-record. Setiap lontaran suara dan ekspresi pelakon disampaikan secara realistik, menjadikan emosi yang lahir terasa jujur dan hidup di layar.

3. Lagu Ikonik Bernafas Baharu

Lagu-lagu ciptaan Melly Goeslaw dan Anto Hoed yang pernah mewarnai Ada Apa Dengan Cinta? kini diberi nafas baharu dengan susunan moden. Alunan melodi lama dalam gaya segar ini bukan sahaja membangkitkan nostalgia, tetapi turut menambah keindahan emosi dalam setiap babak.

4. Wajah Baharu, Pesona Segar

Diterajui El Putra Sarira dan Leya Princy, gandingan pelakon muda ini berjaya menghidupkan semula aura legenda Rangga dan Cinta dengan karisma tersendiri. Chemistry semula jadi antara mereka menghidupkan semula semangat cinta remaja yang tidak lapuk dek zaman.

5. Pengiktirafan Antarabangsa

Sebelum ditayangkan di Malaysia, Rangga & Cinta terlebih dahulu menerima tepukan gemuruh di Festival Filem Antarabangsa Busan, Korea Selatan. Visual indah dan kekuatan emosi yang dipamerkan turut menerima pujian ramai, termasuk ketika tayangan perdananya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Filem Rangga & Cinta bakal menemui penonton di seluruh pawagam mulai 6 November 2025, menjanjikan satu perjalanan emosi penuh puitis, muzik dan cinta yang tidak lapuk ditelan masa.

Untuk kemas kini serta kandungan eksklusif, ikuti Primeworks Studios di Facebook, Instagram, X dan YouTube.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 1 Nov 2018
Hiburan Mon, 9 Dec 2019

Bagaikan Kisah Dongeng ‘Snow White’, Majlis Perkahwinan Eizlan Yusof-Tasha Bakal Jadi “Wedding of The Year” 2019

Tak dapat nak membayangkan bagaimana gemilangnya majlis perkahwinan Eizlan Yusof hujung minggu ini. Rasa macam dalam mimpi pulak!

Hiburan Tue, 17 Dec 2019

Ernie Zakri Alih Fokus Untuk Tunaikan Umrah Pula

Mentor Milenia pun dah habis, bolehlah Ernie fokus untuk beribadat pula ya?

Featured Fri, 2 Sep 2022

Zaidi Omar Dedah Rahsia Kekal Sihat Di Usia 64 Tahun

Patutlah nampak muda dan sihat je selalu.. Boleh amalkan petua ni 😁

Hiburan Mon, 2 Jul 2018

Sampai Bila Nak Bawa Watak Nenek Atau Hantu?

Watak Ibu-Ibu lebih sesuai diberikan kepada pelakon seusia saya. Habis tu pelakon seumur saya nak bawa watak apa?

Hiburan Fri, 17 Jan 2025
Hiburan Wed, 6 Feb 2019
Hiburan Sun, 3 Nov 2024

Remaja 19 Tahun Beranikan Diri, Naik Bas Seorang Diri Dari Selangor Ke JB Untuk Sertai Uji Bakat Calpis Soda OIAM

Remaja 19 tahun yang berasal dari Selangor mengambil langkah berani berkelana ke JB dengan menaiki bas seorang diri, cuba nasib uji bakat OIAM!

Trending Mon, 9 Aug 2021
error: Content is protected !!