Euforia Bola 2026
Selebriti By: Padin February 10, 2026 @ 10:21am

“Kenapa Saya Nak Berkira Untuk Turun Padang Beri Sokongan?” – Aliff Syukri Bangga Lihat Perniagaan Usahawan Baharu Makin Maju

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tidak berkira untuk turun padang memberi sokongan terhadap usahawan baharu.

Menurut penyanyi lagu Abang Nak Tegur ini, dia berbangga dengan usaha anak tempatan dalam membangunkan kerjaya dalam bidang perniagaan.

“Kenapa saya nak berkira untuk beri sokongan kepada usahawan baharu? Saya berbangga. Dalam kegawatan ekonomi dunia, ekonomi Malaysia makin bagus, ada usahawan Melayu yang maju dalam perniagaan.

“Kalau kita tak sokong orang Melayu kita, siapa lagi? Kita nampak apa yang sudah mega, kedai besar, kedai mewah tapi di sebaliknya, bukan senang nak membangunkan perniagaan.

“Jadi, saya dah lama meniaga, tengok usahawan muda berjaya, saya sama-sama tumpang bangga,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Terima Bantuan Zakat, Kini Bayar RM2 Juta Tunai Zakat Perniagaan… Aliff Syukri Luah Rasa Syukur

Aliff ditemui di majlis pelancaran Juz Coffee di Seksyen 13 Shah Alam, pada Sabtu.

@xtra_my Ala comel je Datuk Seri Aliff Syukri dengan peminat cilik istimewa ni… Kalau dah namanya ayah kan, sifat kebapaan tu memang nombor syatu! ❤️ #xtramy #xtratonton ♬ original sound – XTRA

Kedai kopi baharu itu dibangunkan oleh usahawan muda, Mohd Irfan Raziq Zakariya bersama penyanyi Asfan Shah.

Tambah Aliff, bukan mudah untuk mendapatkan kopi yang sedap dan dijual dengan harga berpatutan.

“Saya datang dan beri sokongan. Selalunya, jenama kedai kopi yang terkenal dimiliki oleh usahawan luar negara. Bila saya dapat tahu ada jenama kedai kopi milik orang kita, harga juga murah dan rasanya sedap, jadi saya sokong.

“Saya memang menyokong semua perniagaan tempatan, khususnya orang Melayu yang mahu melangkah maju ke hadapan. Lagipun, harga yang mereka tawarkan juga berpatutan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 12 Aug 2018

Auntie Penny终回马开唱!泪洒舞台「没胆量再办大型演出」

出道18年的「金曲歌后」戴佩妮,终于圆了在山下开唱的心愿,把《贼亚洲巡回演唱会》最终站献给家乡马来西亚。真性情的她,演唱会上二度哽咽并说“这场后就金盆洗手,没胆量再办大型演出。”

Hiburan Wed, 27 Nov 2019

Amyra Rosli Dilarang Berlakon?

Masa yang terbaik untuk Amyra jaga kesihatan dan baby dalam kandungan tu ok.

Featured Wed, 21 Dec 2022
Featured Thu, 8 Feb 2024
Hiburan Tue, 27 Nov 2018
Replicated Draft Fri, 31 Mar 2023

Raya Tahun Ni Confirm Lebih Ceria Dan Lebih Jimat Bila Korang Ikut Tips Ini!

Setiap tahun bila bulan Ramadan hampir tiba je confirm ramai yang mula fikir macam mana nak kasi rumah nampak extra cantik dan extra ceria betul tak? Yelah, raya kan datang setahun sekali je, masa tu […]

Hiburan Fri, 11 Nov 2022

Utamakan Ibu Bapa, Hafiz Mahamad Ingat Pesanan Isteri – “Happy Kan Mereka Dulu”

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Hafiz Mahamad yang acap kali tular dengan kerja-kerja amal dan sifat rendah dirinya sekali lagi mencuri perhatian warganet. Hafiz yang membawa kedua orang tuanya bercuti ke Switzerland, mengingati pesanan dari isterinya, Syafiqah […]

Trending Mon, 21 Jun 2021

Lagu Kesetiaan Jadi ‘OST’ Video Cemas Pintu ATM Tertutup, Siti Sarah Nak Bagi Hadiah Kepada Pemuda Viral!

Penyanyi Siti Sarah mahu memberikan hadiah kepada pemuda yang hampir terperangkap di dalam bank selepas mengeluarkan wang di mesin teler automatik atau automated teller machine (ATM). Potongan video memaparkan aksi pemuda yang hampir terperangkap itu […]

Featured Sun, 18 Jun 2023
Hiburan Wed, 24 Oct 2018
error: Content is protected !!