Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 16, 2025 @ 6:06pm

Pernah Terima Bantuan Zakat, Kini Bayar RM2 Juta Tunai Zakat Perniagaan… Aliff Syukri Luah Rasa Syukur

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, sekali lagi mencatat pencapaian tersendiri apabila muncul sebagai pembayar zakat perniagaan tertinggi kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi tahun ini menerusi syarikat miliknya, D’Herbs Holdings Sdn Bhd, dengan jumlah keseluruhan RM2 juta.

Hadir bersama isteri, Datin Seri Nur Shahida, serta anak sulung mereka, Ammar Ahyan, bagi menyempurnakan penyerahan replika cek kepada pihak LZS, penyerahan zakat tersebut dilakukan dalam Majlis Iktiraf Muzakki dan Penyerahan Zakat (IMTIYAZ) 2025 yang berlangsung di Shah Alam, sebentar tadi.

Ketika ditemui media, Aliff menyatakan rasa syukur dan tidak menyangka syarikatnya sekali lagi tersenarai sebagai penyumbang tertinggi zakat perniagaan di Selangor.

Katanya, pengiktirafan itu bukan sesuatu yang dirancang, sebaliknya lahir daripada tanggungjawab dan kepercayaan terhadap amanah rezeki.

“Saya sendiri tidak mengetahui jumlah keseluruhan zakat yang dikeluarkan kerana urusan akaun diuruskan oleh isteri. Apabila dimaklumkan jumlahnya mencecah RM2 juta, saya benar-benar terkejut dan bersyukur. Ini bukan soal berbangga diri, tetapi tanda terima kasih atas rezeki yang Allah kurniakan,” katanya.

Aliff turut berkongsi kisah peribadi apabila pernah menjadi penerima zakat pada satu ketika dahulu.

Pengalaman itu, katanya, memberi makna besar terhadap komitmennya untuk terus menunaikan zakat sejak usia muda.

“Saya mula membayar zakat ketika berumur 19 tahun. Pada waktu itu gaji hanya RM650 dan zakat yang mampu dibayar hanyalah RM7 sebulan.

“Nilainya kecil, tetapi bagi mereka yang memerlukan, ia sangat bermakna. Alhamdulillah, jumlah itu meningkat setiap tahun sehingga hari ini,” jelasnya.

Menurut Aliff, latar belakang hidup yang sederhana tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kejayaan. Dia menegaskan bahawa golongan kurang bernasib baik wajar diberikan sokongan dan peluang kerana setiap individu berpotensi untuk mengubah kehidupan masing-masing.

“Saya juga pernah menerima bantuan zakat untuk pelajaran, kelengkapan sekolah dan makanan. Jangan memandang rendah orang susah. Sama ada berasal dari kampung, tinggal di PPR atau penerima bantuan, semua orang ada peluang untuk berjaya jika diberi ruang,” katanya.

Sementara itu, Shahida memaklumkan tahun 2025 mencatat rekod tertinggi bagi syarikat mereka dari segi pembayaran zakat perniagaan. Menurutnya, kejayaan itu hasil sokongan berterusan pelanggan terhadap pelbagai produk yang diusahakan.

@xtra_my Datuk Seri Aliff Syukri & Datin Seri Nur Shahida menerusi D'Herbs Holdings Sdn Bhd mendahului senarai syarikat dengan bayaran zakat perniagaan tertinggi sebanyak RM2 juta kepada Lembaga Zakat Selangor menerusi Majlis Iktiraf Muzakki & Penyerahan Zakat (IMTIYAZ) 2025. Alhamdulillah 🤲🏻❤️ #xtramy #xtratonton ♬ original sound – XTRA

“Tahun ini jumlah zakat paling tinggi setakat ini. Ia hasil usaha bersama dan sokongan pelanggan terhadap produk kami, daripada makanan hingga barangan keperluan. Semua yang menyokong perniagaan kami sebenarnya turut menyumbang kepada zakat ini,” katanya.

Dalam majlis yang sama, sebanyak 56 syarikat tampil menunaikan kewajipan berzakat dengan jumlah keseluruhan RM22.15 juta. Antara syarikat lain yang tersenarai sebagai pembayar zakat perniagaan utama termasuk Open University Malaysia, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan Wawa Global Sdn Bhd.

Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan bantuan zakat berjumlah RM346,238 kepada golongan asnaf melibatkan bantuan perumahan, perniagaan dan perubatan. Selain itu, Wakalah Majikan Kerajaan turut disampaikan kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan LZS dalam memperkukuh kebajikan masyarakat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 13 May 2018

Soal Berhijab, Sarah Minta Doakan Yang Terbaik!

Tambah Sarah, pemergiannya kali ini adalah lebih istimewa kerana bersama suami tercinta. Alhamdulillah…

Trending Thu, 10 Mar 2022
Trending Sun, 1 Jul 2018

Presiden Umno Hadir Ke SPRM

Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, diambil keterangan oleh SPRM selepas diarahkan hadir oleh badan pencegah rasuah itu semalam.

Events Sun, 10 Nov 2019

Nah, Ini Perkara Menarik Tentang Lazada Supershow 11.11 Ahad Ini!

Jom hangatkan lagi Lazada Supershow 11.11 malam ini!

Hiburan Wed, 29 Apr 2026

Trisha Ooi Masuk Gelanggang! All Star Championship: Dubai Edition Satukan Influencer 7 Negara Dalam Pertarungan Tinju Pertama Seumpamanya

Trisha Ooi merupakan antara selebriti & pempengaruh media sosial dari tujuh negara yang bakal menyertai All Star Championship: Dubai Edition di Round 10 Boxing Club, Dubai.

Hiburan Wed, 24 Apr 2019
Featured Mon, 31 Oct 2022

[VIDEO] Kecewa Dengan Respons Bekas Suami, Fatin Afeefa Luah Rasa Kesal – “Apa Salah Arrian? Dia Selalu Doakan Lepas Solat..”

Anak soleh Arrian ni 🥺 Moga semua yang terbaik saja buat anak-anak Fatin Afeefa ❤️

Featured Tue, 15 Aug 2023

“Bazir Masa Nak Fikir Pasal Cinta, Yeah Aku Sakit!” – Muat Naik Video Di IG, Mimi Lana Cetus Spekulasi

Pelakon Mimi Lana sekali lagi mencuri tumpuan selepas memuat naik hantaran di Instagram Story (IGS) miliknya seolah-olah memberikan gambaran mengenai perasaannya pada ketika ini. Menerusi hantaran tersebut, Mimi kelihatan sedang duduk di atas katil sambil […]

Hiburan Wed, 5 Nov 2025

“Buli Tak Cool Brother!” – Alif Satar Tegas Kecam Perbuatan Buli

Alif Satar secara terbuka mengaku sangat membenci tindakan buli.

error: Content is protected !!