Euforia Bola 2026
Trending By: Padin March 10, 2022 @ 8:55pm

Pernah Positif Covid-19… Che Ta Akui Paranoid, Pakai Busana ‘SOP’

Pelakon cantik Rozita Che Wan atau Che Ta yang pernah dijangkiti Covid-19 mengakui dirinya paranoid apabila dikelilingi oleh orang ramai.

Enggan pisang berbuah dua kali, Che Ta mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengenakan busana ‘istimewa’ ketika dijemput menghadiri mana-mana acara.

“Saya ambil langkah berjaga-jaga dengan meminta pereka untuk mencipta busana yang patuh prosedur operasi standard (SOP).

“Saya risau jika ada yang terlupa untuk mempraktikkan penjarakan sosial semata-mata ingin bergambar dengan saya.

“Boleh tengok rekaan pada bahu baju saya, memang besar. Fesyen ini bukanlah sekadar suka-suka, tetapi demi mengelakkan orang berhimpit-himpit dengan saya sewaktu bergambar.

“Memang tak mustahil akan berlaku di mana keadaan akan ada orang yang terlupa untuk mempraktikkan penjarakan sosial semasa mahu berfoto,” katanya kepada XTRA.

Tambah Che Ta, dia terpaksa mengambil langkah berhati-hati dan meminta semua pihak yang berada di set penggambaran untuk mengikut SOPZ

“Sekiranya yang berada di lokasi penggambaran itu memang sudah buat ujian pengesanan Covid-19, saya akan pastikan mereka sentiasa memakai pelitup muka.

“Kalau belum tiba giliran dia untuk berlakon ketika itu, saya akan meminta pelakon berkenaan pakai pelitup muka jangan tanggalkan. Hanya tanggalkan sewaktu giliran dia untuk berlakon saja,” katanya.

Che Ta ditemui pada majlis memperkenalkannya sebagai duta kempen Jouls Luxe Fabrics for Rozita Che Wan sempena Hari Wanita Sedunia pada Rabu.

Sementara itu, Pengasas Jouls Luxe Fabrics, Johan Lim berkata, dia dan isterinya, Alia @ Seri Hadia memilih Che Ta menjadi duta kempen berkenaan bagi memberi inspirasi dan membantu golongan ibu tunggal.

“Menerusi 10 peratus hasil jualan, kami akan salurkan kepada ibu tunggal, itu misi kami iaitu untuk bantu mereka bangun dan teruskan kehidupan dengan lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, Alia pula menjelaskan menerusi 13 koleksi tudung yang dikeluarkan untuk edisi tersebut direka sendiri, ia merujuk pada personaliti Che Ta.

“Semua rekaan dibuat selepas menyelidik karakter Che Ta. Beliau ni nampak saja macam seorang diva, tetapi tidak selepas mengenalinya dengan lebih dekat.

“Dia seorang yang menepati masa selain bekerja dengan bersungguh-sungguh, tu sebab dia wajah yang sesuai mewakili jenama kami bagi kempen sambutan Hari Wanita Sedunia hari ni,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 21 Mar 2019

Kursus Motivasi Separa Bogel Kejutkan Ramai Pihak

Macam-macam lah manusia sekarang

Featured Wed, 23 Apr 2025

“Ini Datin Seri Bukan Mak Cik Ya”- Aliff Syukri Belanja Isteri Barang Kemas RM1.5 Juta

Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sebuah video pendek di akaun Instagram miliknya.

Hiburan Fri, 18 Jul 2025
Featured Thu, 10 Nov 2022

[VIDEO] Sharifah Sakinah Ajak Meerqeen Couple?

Eh biar betul? Pastu #meerna macam mana? 😱

Featured Fri, 11 Aug 2023
Featured Mon, 15 Sep 2025
Events Mon, 23 Sep 2024

Alif Teega, Aisyah Hijanah Dijangka Dituduh Terlibat 10 Kes Salah Guna Dana Awam

Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh, Alif Teega dan Aisyah Hijanah tiba di Mahkamah Sesyen pada jam 8.51 pagi hari ini untuk menghadapi masing-masing 10 pertuduhan dipercayai membabitkan salah guna dana awam. Memetik laporan Harian […]

Hiburan Wed, 4 Oct 2023

Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Mengaku Tidak Bersalah Atas Dakwaan Cabul Bekas Penyampai Berita Popular

Allahuakbar, nak bekerja pun takut dah sekarang ni macam tu je kena cabul 😭

error: Content is protected !!