Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 17, 2025 @ 12:55pm

[VIDEO] Hadir Ke Acara Bersama… Ameera Khan & Jefri Nichol Tak Lepas Pegang Tangan, Saling Berpelukan

Pempengaruh dan model jelita, Ameera Khan akhirnya secara terbuka mendedahkan hubungan cintanya bersama aktor tampan Indonesia, Jefri Nichol kepada umum ketika hadir ke sebuah acara bersama.

Menerusi sebuah video dimuat naik oleh Glam Malaysia, Ameera dan Jefri hadir ke acara pembukaan jenama terkemuka di pusat membeli belah, The Gardens Mall, Kuala Lumpur.

Video tersebut memaparkan kemesraan pasangan sejoli itu yang saling tidak melepaskan tangan masing-masing, selain Jefri turut memeluk erat pinggang Ameera yang kelihatan manja disamping kekasih hatinya itu.

Meninjau ke ruangan komen, hubungan cinta Ameera dan Jefri menerima pertikaian serta tentangan segelintir warganet, namun begitu Ameera dalam sesi siaran langsung sebelum ini berkata restu daripada ibu bapa lebih utama daripada orang ramai.

“Mama dan daddy akan restu siapa sahaja yang saya pilih, asalkan dia membuatkan saya bahagia dan rasa selamat.

“Jangan runsing tentang saya dan keluarga saya sebab Alhamdulillah, ramai yang jaga dan pantau saya,” ujarnya.

Sebelum ini, kemesraan dan keakraban antara Ameera dan Jefri meraih perhatian terutamanya selepas tular beberapa foto mereka di media sosial.

Nama Jefri hangat menjadi sebutan selepas membuat pengakuan pernah meniduri lebih 20 orang wanita selain turut curang dengan pasangannya.

Terdahulu, Ameera dan Jefri didakwa pernah bercinta namun hubungan itu dikatakan telah terputus selepas mereka saling tidak mengikuti di Instgaram sekitar Oktober 2021.

Namun, mereka kembali digosipkan bercinta selepas Ameera menerima panggilan video daripada Jefri pada penghujung Mac lalu.

Artikel Berkaitan: Ameera Khan Bahagia, Keluarga Sokong Hubungan Dengan Jefri Nichol – “Saya Tak Perlukan Pengesahan Orang Lain”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Dulu Bercinta Dengan Orang Dikatakan Baik, Tapi Perangai Macam…” – Ameera Khan

Artikel Berkaitan: Ameera Khan, Jefri Nichol Hangat Bercinta, Netizen ‘Bitter’ Tinggal Komen Sarkastik – “Touch And Go Je lah”

Kredit video: Glam Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 19 Jun 2026

Fenomena Koplo Makin Menular, KOPLOVE Live In Kuala Lumpur 2026 Bakal Satukan Peminat Malaysia Dan Indonesia

Zona Joget bakal menganjurkan KOPLOVE Live In Kuala Lumpur 2026 pada 1 Ogos depan, jam 8 malam di VOX Live Kuala Lumpur, Platinum Park.

Hiburan Mon, 6 Oct 2025
Trending Thu, 2 Aug 2018
Trending Thu, 14 Jun 2018

Solat Sunat Aidilfitri Diawalkan

Keputusan itu dibuat bagi memastikan sambutan hari raya tidak menjejaskan kewajipan umat Islam menunaikan solat Jumaat.

Hiburan Tue, 7 May 2024
Hiburan Mon, 19 Feb 2018

PANAS! PENGACARA INI KAHWINI PASANGAN SEJENIS

“We?… hells yeah, we are! Signing my death warrant/agreement to be enslave. No hashtag, no photoshoot, no special dress… just love. Lol. We did it. Many thanks, friends. You’ve been great!”

Events Fri, 6 Oct 2023
Hiburan Mon, 3 Sep 2018
Hiburan Thu, 7 Aug 2025

“Tolong Jangan Obses! Awak Yang Mulakan, Sekarang Benci Saya?” – Ezzanie Jasny Luah Perasaan Di Thread?

Ezzanie Jasny curi tumpuan, luah rasa berang terhadap individu yang didakwa obses dengannya

error: Content is protected !!