Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 9, 2025 @ 10:00pm

[VIDEO] “Dulu Bercinta Dengan Orang Dikatakan Baik, Tapi Perangai Macam…” – Ameera Khan

Pempengaruh dan model jelita, Ameera Khan mendedahkan pengalaman pahitnya bercinta dengan jejaka yang disifatkan berperangai seperti syaitan meskipun berwatakan baik.

Menerusi sebuah video siaran langsung di TikTok, Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Abdul Halim Khan perkara tersebut memberikannya pengajaran untuk tidak terus menilai seseorang daripada luaran.

“Dulu bercinta dengan orang yang dikatakan baik padahal perangai macam setan. Baik depan setan di belakang.

“Yang sebelum ini bukan setan tapi perangai macam iblis. Tapi luaran orang tengok baik. Itulah, jangan mudah menilai orang.

“Jadi lebih baik tunjuk sahaja apa yang pernah awak buat dan apa yang tidak pernah, biar saya tahu.. kalau okay saya akan terima. Jangan berpura-pura,” katanya.

Sementara itu, adik kepada selebriti Noor Neelofa itu turut memaklumkan ibu bapanya akan merestui siapa sahaja pilihan hatinya.

“Mama dan daddy akan restu siapa sahaja yang saya pilih, asalkan dia membuatkan saya bahagia dan rasa selamat.

“Jangan runsing tentang saya dan keluarga saya sebab Alhamdulillah, ramai yang jaga dan pantau saya,” ujarnya.

@ptryyy04_

#littlemisskhan #ameerakhan #jefrinichol #indonesia #masukberanda

♬ original sound – 𓍼 ݁ ˖ 𝒾𝓃𝒸𝑒𝓈𝓈 ‧₊˚ – 𓍼 ݁ ˖ 𝒾𝓃𝒸𝑒𝓈𝓈 ‧₊˚

Sebelum ini, kemesraan dan keakraban antara Ameera dan pelakon Indonesia, Jefri Nichol meraih perhatian terutamanya selepas tular beberapa foto mereka di media sosial.

Nama Jefri hangat menjadi sebutan selepas membuat pengakuan pernah meniduri lebih 20 orang wanita selain turut curang dengan pasangannya.

Terdahulu, Ameera dan Jefri didakwa pernah bercinta namun hubungan itu dikatakan telah terputus selepas mereka saling tidak mengikuti di Instgaram sekitar Oktober 2021.

Namun, mereka kembali digosipkan bercinta selepas Ameera menerima panggilan video daripada Jefri pada penghujung Mac lalu.

Malah, baru-baru ini tular sebuah foto mendakwa Ameera dan Jefri saling berpegangan tangan ketika bertemu di Jakarta.

Artikel Berkaitan: Buat Trend TikTok ‘In 2025, You Will…’, Ameera Khan Teruja Dijangka Bakal Kahwin, Siap Mention IG Jefri Nichol

Artikel Berkaitan: Ameera Khan Bahagia, Keluarga Sokong Hubungan Dengan Jefri Nichol – “Saya Tak Perlukan Pengesahan Orang Lain”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Teruk Dikecam, Ameera Khan ‘Backup’ Jefri Nichol – “Saya Sentiasa Doakan Dia Berubah”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Mar 2025
Hiburan Fri, 16 May 2025
Featured Tue, 22 Jun 2021

Bantuan Kepada M40- Pensyarah Ekonomi

Kerajaan dicadang memperluaskan bantuan kepada golongan M40 dalam fasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Menurut Pensyarah Kanan Putra Business School, Profesor Madya Ahmed Razman Abdul Latiff, beberapa inisiatif jangka masa panjang boleh diambil dalam […]

Hiburan Tue, 14 Nov 2017

LAYAK KE, ALTIMET?

Ramai pihak yang cuba mempertikaikan keputusan juri pada pemilihan lagu AJL32 kali ini.

Hiburan Thu, 14 Nov 2019

Menyanyi Boleh, Mengaji Pun Sedap…Terbaiklah Bulan!

Mesti Mentor Black bangga dengan protegenya!

Hiburan Thu, 2 Oct 2025
Featured Wed, 5 Sep 2018

Cantiknya Sara Iftekhar, Memang Layak Dipilih Sebagai Peserta Ratu England

Sara Iftekhar harap untuk menjadi Muslim pertama yang memenangi pertandingan Ratu England.

Featured Tue, 18 Feb 2020

Soulmate, nyanyian terakhir BCL buat Ashraf…

Ashraf Sinclair meninggal di usia 40 tahun

error: Content is protected !!