Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 2, 2025 @ 7:46am

Kapal Grande Blu GSF Dipintas Tentera Isra*l, Farah Lee Antara Yang Ditahan

Kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) Grande Blu yang membawa pempengaruh media sosial dan aktivis kemanusiaan Malaysia, Farah Lee atau nama sebenarnya, Nurfarahin Romli dilaporkan dipintas serta dinaiki secara paksa oleh tentera Israel ketika berlayar di perairan antarabangsa menuju ke Gaza, Palestin.

Perkara itu dimaklumkan melalui kenyataan rasmi di akaun media sosial Sumud Nusantara sebentar tadi.

Turut dikongsikan ialah rakaman video yang sempat dirakam Farah sebelum pelayaran, sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya sesuatu berlaku terhadap dirinya.

“Nama saya Nurfarahin Romli, warganegara Malaysia. Jika anda sedang menonton video ini, itu bermakna saya sudah ditahan secara paksa oleh tentera Israel.

“Misi kemanusiaan yang kami bawa adalah aman, tidak melibatkan sebarang bentuk keganasan dan sepenuhnya mematuhi undang-undang antarabangsa,” katanya dalam rakaman berkenaan.

Selain Farah, rakyat Malaysia lain yang berada dalam kapal terbabit adalah Danish Nazram.

Farah dalam masa sama turut merayu agar kerajaan Malaysia bertindak segera bagi menjamin keselamatan semua yang berada di atas kapal serta menuntut pembebasan mereka tanpa syarat.

“Saya benar-benar merayu kepada kerajaan Malaysia, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menuntut pembebasan segera kami semua tanpa syarat. Tolong selamatkan kami,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Feb 2025

Tamat Zaman Bujang, Fikry Ibrahim Selamat Berkahwin Hari Ini?

Fikry Ibrahim dikhabarkan telah melangsungkan perkahwinan hari ini.

Featured Fri, 8 Oct 2021

Tiada SOP Baru Untuk Rentas Negeri

Kerajaan mengumumkan tiada prosedur operasi standard (SOP) baharu yang akan dilakukan apabila rentas negeri dibenarkan dalam beberapa hari lagi. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, kerajaan juga tidak akan mewajibkan pelaksanaan ujian kendiri COVID-19 kepada individu […]

Hiburan Mon, 13 May 2019

Percutian Mewah Zahiril Adzim Dan Shera Aiyob Di Perth, Australia Confirm Buat Korang Jealous!

Wah! bestnya tengok Zahiril Adzim sekeluarga bercuti di Perth, Australia

Trending Fri, 6 Nov 2020

Malaysia Dijangka Alami Pertembungan 2 Wabak Hujung Tahun Ini

Jangan leka dan dapatkan suntikan jika perlu

Events Sat, 28 Sep 2019

《铜话鼓事》104大马世界首演!铜鼓大阵势奏响天籁之音

《铜话鼓事》汇集马印精英 10月大马首演!鼓声结合人声叙述人生故事~

familuv Fri, 12 Aug 2022

Idam Nama Nabi, Isa Buat Akim Bangga Jadi Bapa

Hasrat Akim ingin memiliki seorang anak lelaki termakbul. Alhamdulilah. Tahniah Akim dan Stacy!

Hiburan Thu, 17 Oct 2019

Wan Sharmila Berserah…

Alhamdulillah…semoga terus istiqamah!

Hiburan Tue, 15 Jan 2019

抢不到「大吉」玩偶和周边商品?担心什么~用这方法就好啦!

抢不到「大吉」玩偶和精美的周边商品?担心什么~用着方法就好啦!

Featured Fri, 2 May 2025

Misi Kurangkan Berat Badan, Atikah Suhaime Titip Pesan -“Jangan Ambil Ubat Kurus Tak Berkesan!”

Atikah menegaskan, menurunkan berat badan bukanlah perkara mudah, kerana ia menuntut komitmen yang tinggi.

Featured Tue, 29 Apr 2025

“Bagi Saya Jefri Nichol Seorang Yang Perfect” – Ameera Khan Beri ‘Hint’ Bakal Menetap Di Indonesia?

Kata Ameera, Jefri merupakan seorang yang sempurna selain selalu melayannya dengan baik.

error: Content is protected !!