Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 11, 2025 @ 5:18pm

Bunga Teruja Hadiahkan Lagu Raya Pertama Berjudul ‘Sebulan Raya’

Sambutan Hari Raya pastinya lebih bermakna apabila dapat berkumpul bersama keluarga dan pulang ke kampung halaman.

Bagi penyanyi Bunga, detik istimewa ini sentiasa dinanti-nantikan setiap tahun. Lebih menarik, tahun ini dia menghadiahkan sebuah lagu raya baharu berjudul Sebulan Raya sebagai buah tangan istimewa buat peminatnya.

Menurut Bunga, ini merupakan single raya pertamanya sejak memulakan kerjaya seni pada 2019. Dia juga teruja kerana dapat berkongsi kemeriahan Aidilfitri menerusi lagu ini.

“Sejujurnya, Sebulan Raya memang memberikan keterujaan kepada saya. Semuanya berlaku dalam masa yang singkat dan saya gembira kerana berpeluang bekerja dengan ramai pihak dalam menjayakan lagu raya ini.

“Paling beruntung apabila dapat bekerjasama dengan abang Edry Abdul Halim yang bertindak selaku pencipta lagu ini. Memang ini antara kerjasama perdana yang sangat menarik sepanjang saya bergelar anak seni,” katanya.

Menceritakan bagaimana lagu ini terhasil, Bunga menjelaskan bahawa semuanya bermula secara tidak sengaja ketika menghadiri acara Muzikal Lawak Superstar tahun lalu. Ketika itu, lagu Magika, runut bunyi filem Magika yang pernah ditayangkan pada 2010, dimainkan dan serta-merta menarik perhatiannya.

“Bila mendengarkan sahaja lagu tersebut, saya teringatkan kemeriahan filem berkenaan memandangkan itu merupakan kenangan waktu kecil. Jadi saya jumpa abang Edry dan minta dia buat naskhah baharu.

“Banyak perkara yang kami bincangkan bila berjumpa. Dia ada beri beberapa ‘beat’ untuk dipilih dan beri saya kebebasan untuk menambah baik karya berkenaan termasuklah memberikan idea kepada lirik dan sebagainya.

“Ini antara pengalaman paling berharga buat saya kerana dapat bekerjasama dengan komposer yang sudah berpengalaman luas,” jelas penyanyi Intan Payung ini.

Lagu Sebulan Raya, yang dicipta sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim, diterbitkan oleh Warner Music Malaysia dan bakal dilancarkan secara rasmi pada 28 Februari di semua platform digital.

Dari segi penghasilan video muzik (MV), Bunga baru sahaja selesai menjalani penggambaran di beberapa lokasi sekitar Sekinchan, Kuala Selangor. Dia mengakui pasukan produksi berjaya merealisasikan konsep yang diimpikannya untuk membawa semula suasana kemeriahan beraya bersama keluarga ke dalam MV ini.

“Ada beberapa idea saya beri dan mereka realisasikan dengan baik. Bagi saya, ini adalah proses penting untuk memastikan hasilnya menggembirakan hati semua pihak termasuk peminat.

“Apa yang boleh saya katakan, memang MV kali ini meriah dan penuh dengan kejutan. Saya harap semua pendengar akan berpuas hati dan gembira menyambut kedatangan Syawal kali ini,” katanya yang turut memberi bayangan bakal mengeluarkan album penuh tidak lama lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 29 Apr 2019

MV Terbaru Taylor Swift “ME!” Catat Tontonan Tertinggi Di Youtube Dalam Masa 24 Jam

Taylor Swift sekali lagi mencipta magis apabila  berjaya mendapat tontonan tertinggi di Youtube menerusi muzik video terbaru beliau,’ME!’. 

Featured Fri, 10 Mar 2023
Hiburan Tue, 24 Apr 2018

「蝴蝶姐姐」恺乐519来马举办唯一一场签唱会

来自台湾的「巧克力女神」恺乐即将带着她的全新专辑《黑蝴蝶》来到马来西亚举办唯一一场专辑签唱会,与久违的大马歌迷们见面!

Events Thu, 21 Nov 2019

#xtraVlog: A Trip Up To Resorts World Genting For “Train To Busan” Horror House and The VOID’s “Avengers: Damage Control”

Watch us shot down zombies and screamed to the top of our lungs at Resorts World Genting #TheVOID #TrainToBusan

Featured Tue, 2 Dec 2025

Fathia Latiff Anggap Diri Selekeh, Ramona Zam Zam Ajak ‘Workout’ Bersama – “Saya Buat Bagi You Cantik Balik”

Pelakon Fathia Latiff mencuri perhatian peminat apabila mengakui dirinya kini sudah tidak terurus dan memilik berat badan yang tidak ideal.

Hiburan Tue, 4 Jan 2022

Fedtri Yahya Tampil Dengan Bual Bicara ‘Aduan Jiwa’, Dalami Kisah Sebalik Tirai Kehidupan

Terbaharu di TV9, program bual bicara ADUAN JIWA yang dikendalikan oleh pengacara berpengalaman iaitu Ahmad Fedtri Yahya bakal bersua dengan para penonton bermula 2 Januari lalu, setiap hari Ahad, pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam […]

Events Thu, 2 May 2019
Featured Wed, 28 Jan 2026

“Jangan Sampai Satu Hari Nanti Kau Kena Saman” – Nadia Annuar Tegur Sikap Warganet Suka Sibuk Hal Orang

Nadia Annuar menempelak tindakan segelintir pihak yang secara terbuka berkongsi foto mahupun video orang lain di media sosial tanpa kebenaran.

error: Content is protected !!