Euforia Bola 2026
Hiburan By: Attiqah Mohd April 29, 2019 @ 6:04pm

MV Terbaru Taylor Swift “ME!” Catat Tontonan Tertinggi Di Youtube Dalam Masa 24 Jam

Setelah album keenamnya Reputation memenangi anugerah dan mencatat tontonan tertinggi dengan single ‘Look What You Made Me Do’, penyanyi pop no 1, Taylor Swift sekali lagi mencipta magis apabila  berjaya mendapat tontonan tertinggi di Youtube menerusi muzik video terbaru beliau, ‘ME!’. 

Single tersebut merupakan single terbaru penyanyi versatil itu yang berkolaborasi bersama Brendon Urie, vokalis utama kumpulan Panic! At the Disco. Video muzik tersebut mencecah tontonan sebanyak 65.2 juta tontonan dalam masa 24 jam setelah dimuat naik di Youtube. 

Berdasarkan laporan Billboard, klip video itu turut mengalahkan muzik video Thank U Next, Ariana Grande yang mencatat tontonan 55 juta.

Setelah dikaitkan dengan kontroversi bersama pasangan Kanye West dan Kim Kardashian 2 tahun lalu, Taylor Swift dilihat berehat seketika dari dunia hiburan sebelum kembali muncul dengan album Reputation yang berjaya mencatat rekod jualan 4.5 juta, Reputation turut menjadi album kedua yang mencatat jualan tertinggi dalam tahun 2017. 

ME! merupakan single utama Taylor Swift bakal ditampilkan dalam album ketujuh beliau.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 24 Oct 2025
Featured Tue, 27 Dec 2022
Hiburan Fri, 20 Apr 2018

「跌倒女神」Hebe自嘲跌倒跌到来大马!

有「跌倒女神」之称的Hebe田馥甄19日来马为OPPO手机代言站台,踩着高跟鞋的她,二度因为舞台上的“陷阱”差点跌倒,让她不禁自嘲“真的跌倒跌到来马来西亚!”

Hiburan Tue, 24 Sep 2024

Dibebaskan Sementara, Mahkamah Tinggi Menetapkan 5 November Sebutan Semula Pelupusan Kes Rogol Da’i Syed

Pendakwah bebas, Da’i Syed dilepaskan atas jaminan sementara menunggu Mahkamah menetapkan pelupusan kes rogol

Hiburan Tue, 4 Feb 2025
error: Content is protected !!