Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 24, 2025 @ 11:19am

“Penuhilah Hatiku Dengan Sabar & Reda, Jauhkan Aku Dari Putus Asa…” – Isteri Nubhan Mohon Diberi Kekuatan

Isteri Nubhan, iaitu Dr Afifah Hidayah menyentuh hati ramai apabila dia meminta pertolongan dan berdoa kepada Yang Maha Esa. 

Menerusi perkongsian di Threads, Dr Afifah atau lebih dikenali sebagai Dr Fie berharap agar dia diberikan kekuatan, keteguhan iman dan kesabaran dipercayai bagi menempuh ujian rumah tangganya bersama Nubhan. 

“Ya Allah, kuatkanlah imanku, jauhkan aku dari kelemahan dan putus asa, dan penuhilah hatiku dengan sabar dan reda,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen menitipkan pesanan dan kata-kata semangat kepada Dr Fie agar terus bertahan dan sabar tatkala berdepan detik gelap ini.

Dalam pada itu, Nubhan ketika ditemui pengamal media pada Khamis menegaskan punca keretakan rumah tangganya itu tiada kaitan dengan pihak ketika, sekali gus mendakwa Dr Fie mengetahui perkara sebenar disebalik keputusannya untuk berpisah.

Sebelum ini, Dr Fie berharap agar Nubhan masih mahu mempertahankan atau menyelamatkan rumah tangganya demi isteri dan anak-anak.

Sementara itu, kes perceraian antara mereka dijadualkan bersambung pada 2 Disember depan, di hadapan Hakim Syarie Tuan Muhamad Nazri Basrawi.

Dalam prosiding terdahulu, Nubhan selaku plaintif diwakili oleh peguam syarie Mohd Redzuan Ramli, manakala Dr Afifah diwakili Datuk Akberdin Abdul Kadir.

Menurut peguam, Nubhan pernah melafazkan cerai pada 2017, namun pasangan itu kembali rujuk dalam tempoh idah dan kini, penyanyi itu memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai selepas insiden yang didakwa berlaku dalam sebuah kereta pada 26 Ogos lalu.

Difahamkan, perpisahan mereka berlaku secara baik tanpa konflik besar, sebaliknya berpunca daripada perselisihan faham yang berpanjangan dan mula tinggal berasingan.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah, yang juga seorang doktor gigi, mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.

Artikel Berkaitan: “Semoga Ada Kelembutan Dalam Hati Dia Untuk Saya & Anak” – Isteri Nubhan Mohon Doa Orang Ramai

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 7 Jan 2021
Hiburan Wed, 4 Sep 2019

Amukan Che Ta..Jangan Main-Main!

Pasai apa marah sangat ni??

Featured Tue, 29 Apr 2025

Living Legend! Diiringi 13 Pemuzik Terbaik Tanah Air, Konsert Solo Amy Search Memukau

Phewittttt! Amy Search sekali lagi membuktikan statusnya sebagai ikon muzik apabila berjaya memukau ribuan penonton dalam konsert solonya.

Trending Mon, 24 Sep 2018
Featured Tue, 4 Oct 2022
Events Tue, 16 Jul 2019

Noh Hujan Bersyukur Lagu Ciptaan Jadi OST Filem

Bukan senang artis nak jadikan lagu ciptaan sendiri jadi runut bunyi sebuah filem tau, kita ni tau dengar and komen je kan?!

Featured Tue, 1 Nov 2022

Azhan Rani Dedah Punca Lutut Elly Mazlein Cedera – “Buat Step Kuda Bersorak Tiba-Tiba…”

Alahai Kak Kepom 🥺 Tapi min lurve semangat Kak Lina Kepom ❤️❤️ Apapun moga cepat sembuh

error: Content is protected !!