Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi November 1, 2022 @ 5:14pm

Azhan Rani Dedah Punca Lutut Elly Mazlein Cedera – “Buat Step Kuda Bersorak Tiba-Tiba…”

Pelakon, Elly Mazlein baru-baru ini mengejutkan ramai pihak apabila mengalami kecederaan ketika menjalankan set penggambaran.

Elly atau lebih mesra disapa Kak Kepom berkongsi berita berkenaan menerusi hantaran di Instagram miliknya telah meraih perhatian ramai.

“Apabila tak di sangka-sangka. Thank you ma love @budakijat @radiusone_official, En. Fazli, Ez. Sham, Artis & crew team manjakan Kepom sangat.

“Tolong Kepom siap letak spray la ais la beli itu ni la untuk si budak lutut yang meletop ni, siap panggil orang physiotheraphy datang check lutut, thank you, thank you, thank you. Alhamdulillah tak serius .. cuma jalan tu agak tak mcm Miss World la dik.,” tulisnya di ruang kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)

Susulan itu, pelakon Azhan Rani yang juga berada di set penggambaran sama tampil mendedahkan punca sebenar disebalik kecederaan lutut yang dialami oleh pengacara TV versatil itu.

Menurut Azhan, Kak Kepom tersalah step ketika bersorak semasa membuat penggambaran terakhir di tengah lewat malam.

“Inilah punca dia. Gambar ni sebelum kejadian kaki Kepom kesayangan Malaysia ni meletop. Time ni dah lewat malam jugak nak buat scene terakhir ni. Dia macam biasa la energy macam kat GV tu buat step kuda bersorak tiba-tiba kaki dia meletop.

“Terduduk terus. Lepas bagi rehat, team produksi hembus-hembus sikit, bagi dia makan coklat pastu dia sambung lagi scene tu macam tak ada apa-apa.

“Semalam kat set ni dah terjingkut-jingkut. Produksi siap panggil team physiotherapist datang buat alignment balik kat kaki Kepom,” katanya.

Dalam pada itu, Azhan sempat mengusik Kak Kepom untuk menggunakan kerusi roda demi menjalankan tugasnya sebagai pengacara di sebuah program realiti nyanyian terkemuka, namun tidak menyangka selebriti ini mengikuti cadangannya.

“Masa tu dah cakap dah macam mana nanti kat GV. Saja main-main cakap why not nanti pakai je wheelchair kalau susah sangat. Nukan senang nak tengok host live pakai wheelchair kat TV.

“On the way aku balik dari set drama #gilaviral ni dah nampak kat feed dia buat hal atas stage dengan wheelchair. Kepom memang fighter! #salute,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 7 Mar 2018

Boikot Neelofa Sampai Bakar Tudung?

Wanita ini mengambil tindakan membakar tudung Neelofa atas alasan tidak mahu membawa nama Neelofa kemana-mana sahaja beliau pergi.

Featured Wed, 18 Oct 2023

Lirik Lagu Nur Nilam Sari Ditukar Kepada Pinjam Seratus, M. Nasir Tak Ada Masalah

Terbaiklah Datuk M.Nasir! Pinjam seratus sat🤞🤞🤞

Hiburan Wed, 11 Mar 2026

Tak Sambut Raya, Petrova Catherina Tetap Meriahkan Syawal Dengan ‘Huru Hara Raya’

Walaupun tidak menyambut Syawal, penyanyi muda dari Sabah, Petrova Catherina tetap tampil memeriahkan Aidilfitri dengan Huru Hara Raya.

Hiburan Fri, 1 Jul 2022
Hiburan Thu, 21 Nov 2024
Trending Sun, 24 Mar 2019

Budak Perempuan Dirogol Kekasih Nenek Lahirkan Anak

Minta Izin Mahu Main Anak Patung Sebelum Jalani Pembedahan Czer, Budak Perempuan Dirogol Kekasih Nenek Lahirkan Anak

error: Content is protected !!