Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 24, 2024 @ 11:50am

Dibebaskan Sementara, Mahkamah Tinggi Menetapkan 5 November Sebutan Semula Pelupusan Kes Rogol Da’i Syed

Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan tarikh 5 November ini bagi sebutan semula pelupusan kes rogol membabitkan pendakwah bebas, Da’i Syed.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam mewakili Da’i Syed, Datuk Abu Bakar Hj Isa Rahmat yang menjelaskan, anak guamnya itu dilepaskan untuk sementara waktu sehingga menunggu keputusan pelupusan kes oleh Mahkamah.

“Mahkamah menetapkan semula kes akan datang pada 5 November untuk pengurusan kes sementara menunggu alasan penghakiman Mahkamah Sesyen.

“Pada 18 September lalu, peguam daripada firma saya telah memfailkan permohonan penangguhan pelaksanaan dan kes didengar pada 20 september iaitu jumaat lepas.

“Hakim membuat keputusan untuk memberi penangguhan pelaksanaan dan anak guam saya dilepaskan dengan jaminan,” katanya.

Da'i Syed

Mengulas lebih lanjut, Abu Bakar menjelaskan anak guamnya itu dibebaskan sementara sehingga Mahkamah Tinggi menetapkan keputusan bagi kes pelupusan membabitkan isu rogol.

“Anak guam saya dilepaskan sehingga Mahkamah Tinggi membuat keputusan berhubung pelupusan rayuan tersebut dan sekiranya anak guam saya tak bersalah, dia akan bebas.

“Tetapi seandainya hukuman itu kekal, pihak guaman akan memfailkan satu lagi peringkat rayuan di mahkamah untuk meminta penangguhan sekali lagi.

“Dia bukan dibebaskan, dia hanya dilepaskan sementara atas jaminan sebanyak RM35,000 sementara menunggu pelupusan kes rayuan di Mahkamah Tinggi,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Abu Bakar turut memaklumkan pihaknya tidak dapat memberi maklumat lanjut mengenai kes tersebut atas arahan mahkamah.

“Saya minta maaf tidak boleh beritahu fakta kes ini kerana dapat arahan daripada Mahkamah untuk tidak memberikan sebarang komen, begitu juga dengan Da’i Syed.

“Sekiranya syarat jaminan itu dilanggar, anak guam saya boleh dihantar semula ke penjara,” jelasnya lagi.

@xtra_my

Replying to @𝙄𝙣𝙨𝙖𝙣𝙋𝙚𝙣𝙙𝙤𝙨𝙖 🇵🇸 Itu adalah prosedur biasa – Peguam #fyp #xtra #daiesyed #hanaismail #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Pada pagi Selasa, Da’i Syed hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi sebutan kes pelupusan rayuan atas kesalahan merogol seorang wanita, lima tahun lalu di sebuah kondomonium.

Sebelum ini, Da’i Syed atau nama lengkapnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful dibebaskan selepas 21 hari meringkuk dalam penjara.

Pada 30 Ogos, Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen atas dakwaan tersebut.

Pada 10 Disember 2020, Syed mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 23 tahun dalam bilik di sebuah kondomonium di I-City, Seksyen 7 pada 11 September 2019.

Artikel Berkaitan: Berimej Botak, Dai Syed Hadir Ke Mahkamah Bagi Sebutan Kes Rayuan Merogol

Artikel Berkaitan: “Moga Ada Keajaiban” – Abby Abadi Sedih Da’i Syed Dihukum Penjara?

Artikel Berkaitan: Isteri Masih Dalam Pantang, Da’i Syed Dipenjara 10 Tahun & Tiga Sebatan Atas Dakwaan Merogol

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 8 Nov 2022
Hiburan Mon, 25 Jun 2018

Buat Lagu Bola Sempena World Cup, Dato’ Seri Vida Setanding Shakira

Seiringan dengan demam bola yang kian menular sekarang, Dato’ Seri Vida khabarnya turut  terkena tempias Piala Dunia Rusia 2018.

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

杨丞琳9年前后对比照惊呆网!

杨丞琳出道2000年以女团「4 in love」出道,现年33岁的她,仍保持少女般稚嫩外貌,近来她晒出9年前后的对比照,连自己看了都忍不住惊呼:「我真的很冻龄,My god!」

Hiburan Wed, 4 Dec 2024
Featured Fri, 30 May 2025

Maryam Durian Kimchi Dikritik Pakai Baju Ketat, Ryzal Ibrahim Terbuka Terima Teguran

Kritikan yang diterima dianggap sebagai ada betulnya.

Featured Tue, 6 Jun 2023
Trending Fri, 5 Jun 2020

Pasar Di Selangor Akan Mula Dibuka Esok

Khas buat penduduk Selangor..

error: Content is protected !!