Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd October 11, 2021 @ 6:05pm

Siti Nordiana, Ben Amir, Haqiem Rusli Antara Artis Yang Raih Undian Tertinggi, Jom Semak SENARAI PENUH Calon Top 5 ABPBH 34

Bahang kehangatan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 semakin dirasai apabila finalis bagi 14 kategori utama dan empat kategori online diumumkan ketika majlis Pengumuman Malam Kemuncak ABPBH 34 yang bersiaran secara langsung melalui program Melodi di TV3 semalam.

Proses undian peringkat pertama pencarian Bintang Paling Popular ABPBH 34 untuk semua kategori yang dipertandingkan telah bermula pada 10 September 2021 dan berakhir pada 3 Oktober 2021.

Sepuluh artis yang meraih undian tertinggi pada pusingan awal ABPBH 34 adalah Amir Masdi, Ben Amir, Dolla, Haqiem Rusli, Khai Bahar, Merqeen, Naqiu, Sissy Imann, Siti Nordiana dan Sweet Qismina.

Manakala undian pusingan kedua akan diadakan bermula hari ini, 10 Oktober 2021 sehingga 31 Oktober 2021.

Undian boleh dilakukan sama ada secara percuma, pakej langganan BH digital dan cetak serta undian bersama penaja utama, Xiaomi menerusi laman web ABPBH 34 di www.abpbh.com.my

Antara artis yang akan menyerikan segmen persembahan ABPBH kali ini membabitkan bintang  yang layak bergelar lagenda selain bakat baru yang pantas akan mendaki tangga populariti.

Pentas ABPBH 34 akan dirancakkan oleh persembahan Kaka, Ella, Zizi Kirana, Fauziah Latiff,  Aina Abdul, Man Kidal, Datuk Zainal Abidin, Hazama, Haqiem Rusli, Ramlah Ram, Jay Jay, Syamel, Anuar Zain dan penyanyi lagu parodi, Azman Naim 44 Mantra.

Pada malam kemuncak ABPBH 34, sebanyak empat belas kategori utama yang bakal dipertandingkan adalah Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular, Pelakon TV Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi, Penyanyi Wanita Popular Xiaomi, Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular, Artis Komedi Popular, Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular, Penyampai Radio Popular dan kategori baru iaitu Watak Animasi Popular.

Turut dipertandingkan adalah enam (6) kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Anugerah FANtastik Popular, Watak Antagonis Popular, Artis TikTok Popular dan YouTuber Popular, Anugerah FANtastik Popular dan Artis TikTok Popular.

Bagi kategori Anugerah FANtastik Popular dan Artis TikTok Popular, undian sudahpun bermula pada 4 Oktober lalu dan akan berakhir pada 7 November 2021 di laman aplikasi TikTok.

Bagi peminat yang hendak menyertai #ABPBH34 kempen video TikTok, mereka boleh ikuti akaun TikTok TV3Malaysia dan XiaomiMalaysia.

Malam kemuncak ABPBH 34 yang dibawakan penaja utama, Xiaomi, akan disiarkan secara  langsung oleh TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 13 November 2021.

Bertemakan #KITABERSAMA, malam kemuncak ABPBH 34 akan dilaksanakan dengan pematuhan ketat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Acara ini boleh disaksikan secara langsung melalui saluran TV3 dan Tonton, termasuk YouTube TV3 dan BH, TikTok serta laman web ABPBH di www.abpbh.com.my

Berikut merupakan senarai penuh calon Top 5 semua kategori ABPBH 34:

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 26 Nov 2020
Hiburan Mon, 8 Oct 2018

Wanita Mengandung Ada Tabiat Pelik Kan? Mawar Rashid Kongsi Pengalaman

Cantiknya mommy to be ni! Macam wanita mengandung lain juga, Mawar Rashid turut berdepan dengan tabiat ‘mengidam’ benda pelik. Apa agaknya tu ya?

Hiburan Thu, 30 Apr 2026

Isu Artis Tunai Solat Dipersoal, Aznil Nawawi Tampil Perjelas Elak Fitnah

Aznil, 64, berkongsi caranya yang mengambil air wuduk terlebih dahulu sebelum wajahnya memakai sebarang solekan.

Hiburan Fri, 4 Apr 2025

Anak Perempuan Ketiga Kak KM Dipuji Cantik Persis Aktres Indonesia – “Rania Makin Lawa”

Rania Anak Kak KM dipuji semakin cantik persis aktres Indonesia

Hiburan Thu, 7 Jun 2018

Kenapa Perlu Tengok Dua Drama Korea Ini Di Tonton?

Dua drama terhangat dan mendebarkan dari Korea ini pastinya akan membuatkan anda ternanti-nanti apakah masalah yang bakal dihadapi oleh peguam-peguam terhebat abad ini?

Featured Tue, 22 Nov 2022
TECH Thu, 13 Dec 2018

3 Aplikasi Asas Ini Boleh Jadikan Anda Pelukis Digital Terhebat!

Adakah anda mempunyai masa untuk melukis ataupun ingin menjadi pelukis yang hebat? Anda perlu cuba aplikasi ini.

Featured Tue, 12 Aug 2025

Safwan Nazri Kongsi Pengalaman Mistik Selepas Penggambaran Podcast – “Saya Pernah Nak Campak Anak Sendiri”

Safwan Nazri terbuka berkongsi pengalaman mistiknya sepanjang menjadi hos podcast ‘Sembang Seram’.

error: Content is protected !!