Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir November 22, 2022 @ 5:00pm

[VIDEO] Shuk Sahar Terkedu Dibahan Abby Abadi – “Bila Nak Kahwin Dengan Farah?”

Pelakon Abby Abadi berseloroh membahan pelawak, Shuk Sahar yang datang ke rumahnya untuk penghantaran produk wajah.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, Abby seakan-akan memerli dengan bertanyakan tentang status hubungannya dengan wanita yang dikenali sebagai Farah yang juga didakwa punca keruntuhan rumahtangga Shuk dan Rossa Sera.

“Farah sihat? Bila nak kahwin dengan Farah? Wujud lagi tak Farah?,” tanya Abby.

Melalui video tersebut, Shuk kelihatan tidak selesa dengan pertanyaan itu dan hanya ketawa sambil mengawal rasa malu.

“Apa ni kak? Bahaya nya video dia ni,” ujar Shuk.

@abbyabadi112 @shuksahar datang yey! lama tak jumpa adik akak sorg ni.. dah kawen belum? hahaha. @Rossa Sera dah cantik menawan skrg, nyesal tak? 😂😝 sorry2 akak geram ngan awk tak habis lagii 😂🤣 Dan yg pasti org2 Singapore jumpa kami nanti di singapore ye pada 25-27November ini di Marina Bay Sand. Sy tumpang booth Sahabat Sy @Azza Elite yg tentu akan bawak sejadah cantik gebu utk dijual/di infakkan nanti. Sy tentu bawak Rempeyek, kek choc mosit, kerepek pisang power Sy, Shuk bawak serum saranghae dia ni ya.. Dtg tauuu ke Marina Bay Sand. Jumpa nanti 🥰 #fyp #shuksahar #budakbaik #adaanakcomel #tapinakaltakhabislagi ♬ Di Luar Kemampuanku – Ukays

Namun begitu, Abby telah memohon maaf di kapsyen video tersebut.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan soalan yang diajukan oleh Abby kepada Shuk.

“Hehehe terus bagi depan-depan ye.

“Hahaha terbaik kak Abby. Bahan belakang x, bahan depan /.

“Hahahaha kelakar lar,” komen netizen.

Malah, Sera turut meninggalkan komen dengan menandakan setuju dengan tindakan Abby.

“Ngam!!!,” kata Sera.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 1 Oct 2022
Hiburan Thu, 14 May 2026

Filem Polong Jadi Detik Bermakna Buat Mimi Lana, Teruja Dapat Bergandingan Dengan Nadiya Nisaa – “Saya Adore Sangat Dengan Dia”

Mimi mengakui dia sudah lama meminati lakonan Nadiya sehingga pernah menangis ketika menonton drama lakonan aktres itu

Featured Mon, 30 May 2022
Hiburan Wed, 12 Jul 2023

Mat Tudung Begins, Filem Pertama Arahan Fizz Fairuz

Mesti kelakar terbahak bahak ni

familuv Fri, 16 Nov 2018
Hiburan Sat, 14 Sep 2019

Tiada Lagi Cinta, Adele Umum Bakal Cerai

Adele antara selebriti yang tidak gemar berkongsi kisah peribadinya dengan masyarakat.

error: Content is protected !!