Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin June 7, 2018 @ 4:03am

Kenapa Perlu Tengok Dua Drama Korea Ini Di Tonton?

Dua drama terhangat dan mendebarkan dari Korea ini pastinya akan membuatkan anda ternanti-nanti apakah masalah yang bakal dihadapi oleh peguam-peguam terhebat abad ini daripada dua siri drama eksklusif tayangan perdana serentak hanya di tonton sepanjang Jun ini.

Suits, pastinya menjanjikan plot penceritaan yang lebih mendebarkan walaupun cerita ini diadaptasi daripada drama bersiri Amerika sebelum ini. Lakonan Jang Dong Gun (Choi Kang Seuk) dan Park Hyun Sik ( Go Yeun-Woo) berkisarkan tentang seorang peguam berjaya dan berkarisma di sebuah firma undang-undang yang berprestij. Sebagai peguam senior, Choi Kang Seuk mengalami kesukaran untuk mencari peguam baru untuk firmanya. Manakala, Go Yeun-Woo, merupakan seorang pemuda yang bercita-cita menjadi seorang peguam. Namun, disebabkan faktor kewangan, dia terpaksa melupakan impiannya lalu berkerja sebagai penjaga parkir sahaja.

Akibat terdesak untuk membayar bil hospital neneknya, dia menerima tugas untuk mengedar dadah. Malang tidak berbau untuk dirinya apabila dia telah diperangkap dan ketika melarikan diri daripada pihak polis, dia secara tidak sengaja masuk ke bilik temuduga di firma Kang-Seok. Agaknya apakah yang bakal berlaku  ketika pertemuan pertama kali Choi Kang Seuk dan Go Yeun Woo? Pastinya, penonton dan peminat setia tonton tidak  mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan setiap babak dalam cerita tersebut bukan?

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan drama bersiri 16 episod ini,  pada setiap hari Sabtu dan Ahad jam 12 tengah hari bermula pada 2 Jun ini hanya di tonton!

Lawless Lawyers, mengisahkan tentang pembunuhan kejam ibu tersayang di tangan seorang hakim yang dihormati menyebabkan Bong Sang-Pil (lakonan Lee Joon-Gi) mahu membalas dendam di atas kematian ibunya dengan menanamkan hasrat untuk menjadi seorang peguam dan kini dia berjaya mencapai cita-citanya itu.

Namun, terdesak untuk memenangi kes guaman nya, Bong Sang-Pill menggunakan kelemahan undang-undang dalam kes terdahulu untuk menang. Apabila manual undang-undang tidak boleh diguna pakai, dia akan mengambil jalan nya yang tersendiri dengan menggunakan kekerasan dalam menegakkan keadilan. Meluaskan legasi guamannya dengan membuka firma guaman sendiri, Bong Sang-Pil turut disertai beberapa peguam terhebat dalam menyelesaikan kes-kes sulit. Dan berjayakah beliau membalas dendam atas kematian kejam ibunya?

Lakonan hebat Lee Joon -Gi, Seo Ye-Ji, Lee Hye-Young dan Choi Min-Soo ini akan menemui penonton setia tonton pada 13 Jun, setiap Rabu dan Khamis, 12.00 tengah hari hanya di www.tonton.com.my untuk merungkai segala kebenaran!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Heo’s Diner: Pengembaraan Kulinari Merentas Mara Yang Penuh Misteri & Keajaiban!

Tayangan serentak dengan Korea, Heo’s Diner hanya di Tonton

Featured Mon, 17 Apr 2023
Featured Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] Sweet! Gelagat Anna Jobling & Meerqeen Nyanyi Sambil Pakai Pyjamas Sedondon Raih Perhatian

Umum mengetahui, pasangan serasi drama Anna Jobling dan Meerqeen sedang berada di set penggambaran drama bersiri Melur Untuk Firdaus 2 yang dijangka bakal ditayangkan pada tahun ini. Artike Berkaitan: Tak Sabar! ‘Melur Untuk Firdaus Season 2’ […]

Hiburan Tue, 23 Jul 2019

Tragedi Ice Skating, Isteri Lan Solo Terkejut Dapat Banyak Perkongsian!

Nur Sheila Hassim membuka masyarakat mengenai beberapa aspek yang tidak seharusnya dipandang remeh ketika bermain sukan luncur ais.

Kisah Viral Mon, 28 Aug 2023

Tak Masuk Konti Radio, KJ Didakwa Ada Konflik Dengan AG?

Alamak konflik apa tu? Harap boleh selesai dengan cara baik

Featured Mon, 12 Aug 2024

Muat Naik Foto Tayang Pakaian Dalam, Imran Bard Dikecam – “Makin Lama, Makin Mengarut!

Suka lagi tengok dia jadi orang kampung.. marah Mak Cik Bawang kan???

error: Content is protected !!